Monday 30 July 2012

Penyudahnya ada yang palam Abby Balik...

Umie ‘Tegur’ Abby, Jangan Politikkan Agama



Sejujurnya, jika ada anugerah artis politik paling popular, memang penulis nak beri anugerah khas tersebut kepada Abby Abadi. Abby Abadi nampaknya semakin hangat diperkatakan oleh rakan-rakan media serta peminat yang mula mempersoalkan beberapa kenyataan Abby.Kali ini timbul pula isu Abby Abadi yang menyatakan sukar bagi dirinya yang sudah berhijrah untuk mendapatkan kerja kecuali apabila kerajaan yang sedia ada tumbang.

Kenyataan itu telah dikecam oleh Umie Aida menerusi laman sosial Twitter.Menurut Umie, kenyataan Abby Abadi itu seperti orang yang cetek pemikirannya.

Umie lebih bersifat terbuka apabila dia menyatakan yang selebriti yang berhijrah masih boleh maju tetapi jangan menggunakan medium politik.

Justeru, penulis lebih gemar untuk mengambil beberapa contoh artis/selebriti yang telah berhijrah tetapi masih berjaya dalam industri seni tanah air.Penulis suka melihat cara Erma Fatima berdakwah. Anda nampak cara dia berdakwah? Mungkin ada yang sudah perasan akan perkara ini.

Erma Fatima yang juga pengarah terkemuka di Malaysia menggunakan pendekatan berbeza untuk berdakwah rakan selebriti yang lain.Dia telah melakukan penggambaran di Tanah Suci Mekah pada masa yang sama melakukan ibadah umrah. Selain itu, dia juga gemar memaparkan isu berkenaan wanita dan Islam dalam hasil karyanya sekaligus dapat memberi nasihat serta pengajaran kepada penonton.

Lain pula cara yang diguna pakai oleh Sheila Rusly. Penulis melihat Sheila lebih cekal dalam industri seni apabila dia pernah jatuh kemudian kembali semula bangkit dan berjaya dalam industri.Dia berusaha untuk mencipta nama menerusi program-program yang dihoskan serta diterbitkan sendiri.Pada masa yang sama, dia membantu suaminya, Jinggo dalam memajukan syarikat produksi mereka, JS Production.

Selain itu, Wardina Safiyyah juga mengakui yang sedikit sukar untuk mendapat kerja sebagai pelakon selepas memakai tudung kerana perlu menjaga adab dan sebagaianya.Namun, pelbagai cara alternatif yang boleh digunakan untuk menjana pendapat.“Tapi bila kita tiada ‘job’ untuk berlakon, kita boleh cari dengan cara lain dalam industri ini dalam usaha mencari rezeki.“Kita nampak satu pintu tertutup, tapi Allah SWT Maha Penyayang, 10 pintu dibuka untuk umatnya,” kata Wardina sewaktu dihubungi hari ini.Ujarnya, pelbagai pilihan boleh dibuat seperti menjadi duta produk, pengacara, mengusahakan perniagaan ataupun terlibat secara langsung disebalik tabir produksi.Bagi Wardina, sikap, personaliti serta pemikiran merupakan asas utama untuk berjaya dalam industri.

Jelas, isu berhijab serta kerajaan yang memimpin Malaysia bukanlah isu yang perlu dipersoalkan oleh Abby.Rata-rata komentator dalam laman-laman sosial serta laman web dan blog lebih menjerumus untuk memberi nasihat kepada Abby supaya tidak begitu aktif dalam politik sebaliknya mengfokuskan agama yang didahagakannya sebelum ini.

Penulis suka untuk mencadangkan supaya rakan-rakan selebriti yang telah berhijrah tetapi masih berjaya melangsungkan kehidupan dan menjana sumber rezeki untuk duduk berbincang bersama Abby serta berkongsi tips kejayaan.

Mungkin itu salah satu cara yang terbaik. Apa kata anda?

Pengkhianat.....



Rasanya satu Malaysia dah tau yang Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dah lompat parti. Keputusan mereka berdua ni sememangnya sudah lama dijangka. Sekurang-kurangnya kita dah nampak siapa duri dalam daging, api dalam sekam. Kalau mereka masih berada bersama Barisan Nasional dan UMNO, rasanya mungkin lebih haru-biru jadinya.. kalau nak tau cerita mereka, Klik je...

Monday 23 July 2012

Dah kata UMNO ada hubungan dengan Komunis.... Suka Suki je...

UMNO tiada hubungan komunis

Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) bersalaman dengan para perwakilan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-20 parti tersebut di Wisma Tan Sri M. G. Pandithan, Seri Kembangan di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 22 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi Pas dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA



Apa nak jadi dengan puak PR nih? lepas satu, satu fitnah yang dihamburkan pada UMNO. Agak2 la woi... 

Punya La Desprate....



                    Sh Aini (klik)      Ning Baizura (klik) Nasha Aziz (klik)

Adoiyai. punya la desprate PAS ni, sampai artis yg tak tau benda pun dia kata nak join depa. kan dah kena bambu... padan muka.... nak tau ceritanya, tekan je klik...

Wednesday 18 July 2012

Adoiyai. Apa dah jadi nih?

Apa dah jadi nih? Dulu para ulamak masuk PAS. Tapi Sekarang golongan artis pulak masuk PAS. Yang masuk PKR pun ada. Yang lawaknya, artis yang join PAS tu artis yang x berapa nak laku lak tu... Frust x dpt job berlakon n job menyanyi ke? Then atitude pun bukannya bagus mana pun. Mana taknya, yang sorang tu kaki minum. yang sorang lagi pernah kena tangkap khalwat. yang sorang lagi menikah kat Siam. Yg ex-drug addict pun ada.Tak paham tak paham... Siap kutuk UMNO lagi.Yang paling haru biru sekali yang sorang tu pernah  ambik watak polis. yang sorang lagi pernah ambik watak askar. Tapi dengan selambanya dok kata polis kejam. Tu satu bab. Bab yang paling lawak sekali, baru nak masuk Islam balik kot, dah pandai mengutuk orang yang kononnya kita ni Islam hanya pada nama. Alahai. Perangai ko dulu lagi teruk. Takkan tak ingat kot? Ingat sikit. Kita ni seagama dan sebangsa. Berpeganglah pada kata-kata keramat Hang Tuah. Takkan hilang Melayu di dunia. Then, nak kuatkan iman, rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah... Bertaubat la wahai para artis........ All my followers, jom layan..... 1. Bob Lokman punya cerita (klik) 2. Hairie Othman dan Zulkifli Ismail punya reason (klik) (klik) 3. Dayangku Intan berceramah (klik) 4. Adam Hamid Pelakon yang tak berapa nak laku (klik) 5. Aisyah Janji Manismu (klik) 6.Abby Abadi kecewa tak sudah (klik) (klik) 7. Mail XPDC ex-drug addict (klik) 8.Leman Raja Lawak yang tak berapa nak lawak (klik) 9.Yat Hamzah pun join jugak (klik) 10.Zuar XPDC (klik)