Sunday 25 November 2012

AYUH PEMUDA DAN PUTERI UMNO...

 



Tinggal sehari sahaja lagi Perhimpunan Agung UMNO 2012. Perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU13. Sudah tentu banyak usul yang berkaitan dengan PRU yang akan dibahaskan pada tahun ini. Minah jugak tak terkecuali kerana Minah menjadi Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO seperti tahun-tahun lepas. Sudah tentu Minah nak dengar apa usul yang akan dibahaskan untuk tahun ini.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO. Sudah tentu mereka juga tak terkecuali. Cuma harapan Minah kepada semua perwakilan yang mewakili bahagian masing2, manafaatkanlah Mesyuarat Perwakilan bagi tahun ini supaya semua usul yang akan dibahaskan pada 28 November ini menjadi guidline kepada kita untuk mempertahankan kerusi yang kita telah pegang dan mungkin juga usul ini juga boleh digunakan untuk merampas kembali kerusi yang telah dipegang oleh pembangkang. 

Sebagai anak muda, kita juga perlu memahami erti perjuangan, pengorbanan dan kewibawaan dalam usaha mempertahankan parti, memperteguhkan kedaulatan Agama Islam dan survival bangsa Melayu dan Bumiputera.Kita perlu menyelami perit jerih nenek moyang kita dalam usaha untuk mempertahankan negara kita dan keamanan sejagat sebelum kemerdekaan. Sebab itu kita perlu mempertahankan kuasa kita..

Ingatlah semua. Kita hanya tinggal kuasa politik semata-mata. Oleh itu, AYUH PEMUDA DAN PUTERI.. KITA BANGKIT UNTUK PERTAHANKAN KUASA KITA DEMI KEDAULATAN AGAMA ISLAM, SURVIVAL BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA SERTA KEAMANAN NEGARA KITA....... 

Sehari Sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2012

UMNO BERSEDIA TERIMA LEBIH 5,000 PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN AGUNG 2012


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor berkata Umno sudah bersedia menerima kehadiran 5,447 anggota
perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan bermula minggu depan.
Katanya segala persiapan kini sudah di peringkat akhir dan mengikut jadual
yang ditetapkan.

"Kami di ibu pejabat Umno yakin perhimpunan agung akan berjalan dengan
lancar," katanya pada sidang media khas mengenai perhimpunan agung itu di Ibu
Pejabat Umno di sini, hari ini.

Menurut Tengku Adnan Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bakal bermula Selasa
ini dengan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan didominasi oleh
mood pilihan raya yang juga merupakan fokus utama Perdana Menteri dan Presiden
parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 991 anggota perwakilan bagi setiap sayap parti itu akan bersidang
dan mengemukakan agenda masing-masing sebelum perasmian Perhimpunan Agung Umno
2012 pada Khamis.

-- LAGI 

TENGKU ADNAN-PERSIAPAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Tengku Adnan berkata seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah
negara di peringkat antarabangsa juga telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan
kali ini sebagai pemerhati dan menyertai Forum Antarabangsa 2012.

Forum bertajuk ''Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat-Menoleh ke
Belakang atau Memandang ke Hadapan'' itu akan berlangsung selama dua hari bermula
Isnin (26 Nov).

Dalam pada itu Tengku Adnan sekali lagi mengingatkan perwakilan Umno yang
akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno 2012 supaya berhujah secara bijak dan
tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyakitkan hati pihak lain.

Katanya walaupun mungkin teruja berucap terutamanya memandangkan perhimpunan
kali ini diselubungi mood pilihan raya, mereka perlu mengelak daripada
menimbulkan isu yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

"Kita minta mereka ''bertomakninah'' sedikit. Memang ada kebebasan untuk
berbahas dan kita terima semua usul yang diberikan. Tapi sebagai parti
berasaskan kaum, kita juga bimbang dan meminta bahawa mereka jangan menyakitkan
hati orang lain," katanya.

Persidangan Agung Umno kali ini juga akan menyaksikan seramai 1,782 wartawan
dari 102 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik selain media
baharu termasuk blogger dan portal berita online akan bertugas sepanjang
persidangan berlangsung.

-- BERNAMA

 

Himpunan Hari Wanita Muda Negara



Hari ni Minah attend Himpunan Hari Wanita Muda Negara. Himpunan hr ni dihadiri oleh wanita muda Dari seluruh Negara dan dia anjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Program ini bertujuan menghimpunkan wanita muda yang berbilang bangsa, agama mahupun keturunan yang ada dari seluruh Malaysia untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara di samping menyemarakkan lagi semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing. 



Majlis pembukaan dan ucaptama disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri selaku Penaung Himpunan manakala perasmian penutup oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 


Antara pengisian program Himpunan Wanita Muda Negara 2012 ini adalah forum perniagaan, keusahawanan, program-program motivasi, program-program kesihatan, segmen khas “Di Sebalik Kejayaan Lelaki Berdiri Seorang Wanita”, bengkel-bengkel, pameran-pameran serta mini Konsert.



Antara artis yang membuat persembahan adalah Jimmi Palikat dan Noraniza Idris. Bagi segmen khas
“Di Sebalik Kejayaan Lelaki Berdiri Seorang Wanita”, panel bagi segmen ini adalah Datuk Chef Wan, Datuk Dr Sheikh Muzafar dan Ustaz Fathul Baar

  Yang paling menarik perhatian Minah adalah booth SEJUTA IMPIAN. Mereka Akan edarkan kad kecik pada setiap peserta n Minah pun x terkecuali. Kita boleh tulis apa saja impian kita dlm kad tu. Then Banyak pendedahan yg Minah dpt. 

Hopefully semua wanita2 muda Malaysia yg dtg hr ni Akan gunakan peluang ni sebaik2nya utk meningkatkan Kemajuan diri....

Thursday 22 November 2012

PATUTNYA SENDIRI BUAT, SENDIRI MAU INGAT LA...

Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.
Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Saman itu berhubung lima artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

GEREK SEH...


Insyaallah, BN menang lagi kalau Pemuda dan Puteri diberi perhatian..........

ANWAR Mesti Conar Baring Ni...Mukanya Marah Kehadirannya Tiada Sambutan....


Bangang sangat ANWAR ni.....memang patut pun.Penduduk Di Shah Alam sudah naik menyampah dan meluat dengan ANWAR bebbb.Kalau yang datang tu bukan semua yang sokong ANWAR hanya mahu mendengar apa yang diperkatakan saja tapi kena tahan sikit lah telinga tu.


RASANYA ABBY NI ELOK LA MASUK SEKOLAH BALIK....

Minah tak faham betul dengan Ostazah Abby ini ..sudah lah nak tunjuk pandai dalam agama ,tapi kini bidang sejarah pulak . Abby kata zaman Nabi tak ada perbezaan bangsa ? Betul ke ??

Adakah maksud Abby selepas tertubuhnya kerajaan Islam Madinah ( selepas peristiwa Hijrah ) ? Setahu Minah la , sebelum  zaman penyebaran Islam telah banyak bangsa/kaum  tinggal di Mekah & Madinah .

Di Mekah , ia terang -terang  mereka  mengamalkan suku kabilah iaitu hidup berpuak-puak . Selain itu , kaum Arab Badwi pun turut ada .

Jadi , fakta yang Abby kata zaman Nabi tiada perbezaan bangsa tenryata palsu .  Malah umat Islam berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah pun menjadi Ansar sebelum nak berbaik dengan Muhajirin .

GAZA PENJARA TERBESAR DAN PALING KEJAM DI DUNIA...


Golongan Ilmuan Islam Kelantan Tolak Nik Aziz....Habislah kali ini PAS DiKelantan....


Orang Melayu sudah sedar Pemimpinan PAS sekarang ni...PAS sudah tidak keruan lagi apabila tersedar kesilapannya yang meminta DOA KAN kemusnahan kepada UMNO sehingga pelbagai peringkat membuat bantahan kepada PAS.Rakyat akan menghukum PAS di Kelantan...Percayalah nanti .....

Hadi Awang Tewaskan Anwar Ibrahim Buktikan Pengundi Sinar Harian Bodoh


Bodoh dan sememangnya BODOH!!! Itulah pandangan Gomo kepada para pengundi yang mengundi dalam Sinar Harian sepertimana yang dilaporkan oleh RBF Online KLIK DISINI

Kenapa Gomo kata bodoh? Kenapa Gomo kata pengundi yang mengundi Hadi Awang sebagai bodoh?



Pengundi yang mengundi Hadi Awang adalah bodoh kerana tak mengundi Anwar Ibrahim. Atas faktor apa Hadi Awang nak diangkat menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim? Jauh mana hebat Hadi Awang tu daripada Anwar Ibrahim? Apakah pengundi Sinar harian ni BEBAL BEBAL belaka?

Anwar Ibrahim tu ANUGERAH TUHAN, Kau orang tahu tak dia tu anugerah tuhan yang mana tidak ada manusia pun yang hebat melainkan Anwar Ibrahim. Yang kau orang pi undi Hadi Awang yang sekolah tak tinggi tu pasal apa? Jauh benar taraf dan kelayakkan Hadi Awang berbanding Anwar Ibrahim malah kalau sembang tentang kelayakkan mereka berdua ni 7 hari 7 malam pun belum tentu Hadi Awang dapat menandingi kehebatan Anwar Ibrahim. Pengundi Sinar Harian ni BODOH ke?

Bandingkan lah pakaian Anwar Ibrahim dengan Hadi Awang tu mana lebih smart dan bergaya? Mana lebih kacak? Apajadah nak lantik Perdana Menteri yang takda class cam Hadi Awang tu? Langsung takde style berpakaian jauh panggang dari api dengan Anwar Ibrahim yang sentiasa kacak dengan pakaian berjenama tu. Pengundi Sinar Harian ni BANGANG ke apa?

Kalau nak ikut kepintaran otak tu jauh lebih tinggi makam Otak Anwar Ibrahim berbanding hadi Awang. Hadi Awang otak lama berkarat dan bodoh. Manakala Anwar Ibrahim tu otak geliga dan pandai bercakap malah boleh bernyayi dan menari. Hadi Awang boleh buat? Jangan haraplah kau orang semua pengundi Sinar Harian.

Nak jadi Perdana Menteri mestilah nak dikenali dunia, Hadi Awang tu ada orang kenal ke macam Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim tu diiktiraf seantero dunia malah akhbar perdana Israel pun iktiraf Anwar Ibrahim. Hadi Awang sapa kenal dia? Puak PAS jelah yang kenal tapi dunia luar kenal? Apalah BEBAL pengundi Sinar Harian ni.

Arghhhh buat sakit hati gua jelah maki hamun pengundi Sinar Harian yang BODOH pilih Hadi Awang ni. Memang bebal otak pengundi Sinar Harian ni dan teramatlah bebal coz tak pilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. BINGAI!!!

Patutnya kau orang pilih Anwar Ibrahim yang jauh lebih layak dari Hadi Awang tu. Kalau aku jadi pengundi Sinar Harian aku pasti akan pilih Anwar Ibrahim. Jangan harap le nak bagi vote kat Hadi Awang yang otak tepu berkarat tu. Anwar Ibrahim  jauh lebih layak dari Hadi Awang.

 Aku akan pilih Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim ada SEX VIDEO dengan China Doll. Hadi Awang ada ke Sex Video? Mampu ke Hadi Awang buat? Takkan kawin bini muda macam Hadi Awang tu Anwar Ibrahim anytime je boleh buat. tapi Hadi Awang mampu ke Liwat jantan macam Anwar Ibrahim liwat Saiful tu? Tak mampu kan? betul tak?

Kau orang pengundi Sinar Harian memang BODOH!!!

**Minah setuju dengan pandangan PAPA GOMO... So, kekawan, nilailah sendiri sama ada Sinar Harian ni BIJAK atau BODOH.....

TU LA DIA KALAU DAH DESPRATE NAK JD PM!

@anwaribrahim Terlalu Terdesak, Ajak Negara Luar Menyibuk Dalam Malaysia? #TolakPR 

 Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

"Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," katanya. 

* tu la dia kalau dah desprate nak jadi PM. Sanggup buat apa saja. Sampai nak sembah negara lain utk gulingkan BN. Tgk apa jadi? udah pecah rahsia.. BIKIN MALU SAJA....

Tuesday 20 November 2012

LAWAK PETANG...


Hahaha.... Lawak Lawak


RENUNGAN UNTUK HARI INI...

              .... RATAPAN SANG pemerkosa MAYAT ....

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Suatu hari Umar ra datang menemui Rasulullah dengan menangis. Rasulullah pun bertanya kepadanya, "Apa gerangan yang menyebabkan engkau menangis, wahai Umar?"

Kata Umar, "Sungguh hati saya merasa tersentuh oleh ratapan seorang pemuda yang ada di pintu rumah tuan!"

Rasulullah pun memerintahkan Umar untuk membawa pemuda itu.

Ketika pemuda itu telah sampai di hadapan Rasulullah, baginda pun bertanya kepadanya, "Wahai Pemuda, apa gerangan yang menyebabkan engkau menangis dan meratap?" Pemuda itu menjawab, "Wahai Rasulullah, yang membuat saya menangis ialah banyaknya dosa yang terlanjur saya lakukan! Saya takut bila Allah murka kepada saya!" Beliau kembali bertanya, "Apakah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu?"

"Tidak!" jawab pemuda itu. "Apakah engkau telah membunuh orang dengan tanpa hak?" tanya Rasulullah. "Tidak!" jawab pemuda itu. "Allah akan mengampunkan semua dosamu, walaupun dosamu itu sepenuh tujuh langit dan bumi!" jelas Rasulullah sambil menenangkan pemuda itu.

Mendengar penjelasan Rasulullah, pemuda itu pun berkata, "Wahai Rasulullah, dosa saya lebih besar dari tujuh langit dan gunung yang tegak berdiri!"

Beliau pun menyampuk, "Apakah dosamu lebih besar dari kerusi (kekuasaan) Allah?".

"Dosa saya lebih besar lagi!: Ratap pemuda itu. "Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?" Beliau kembali bertanya. "Dosa saya lebih besar dari itu!" Jawab pemuda itu. "Apakah dosamu lebih besar, atau Allah?" Tanya Rasulullah.

"Allah tentu yang lebih besar dan lebih Agung, tapi saya malu kepadamu, Wahai Rasulullah, jawab pemuda itu.

Beliaupun bersabda,: Janganlah engkau malu, beritahu dosamu kepada saya! "Pinta Rasulullah.

Oleh kerana beliau yang meminta, maka pemuda itu pun tak kuasa untuk menolaknya. Akhirnya dia pun menceritakan dosa yang telah dikerjakannya, seraya berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh saya adalah seorang pemuda pembongkar mayat dalam kubur sejak 7 tahun yang lalu. Suatu ketika ada seorang gadis putri seorang sahabat golongan Ansar yang meninggal dunia, maka saya pun membongkar kuburnya dan mengeluarkannya dari kafannya, kerana tergoda bisikan syaitan, saya pun menggaulinya.

Tiba-tiba gadis itu berbicara, "Tidakkah engkau malu kepada Kitab Allah dan pada hari dia meletakkan 'kerusinya" untuk memberikan undang-undang serta mengambil hak orang yang dianiaya daripada orang yang telah menganiayanya? Mengapa engkau jadikan aku telanjang dihari penghimpunan kelak, dari orang-orang yang telah meninggal dunia? Mengapa engkau jadikan aku berdiri dalam keadaan junub diharibaan Allah? "

Mendengar cerita itu Rasulullah pun meloncat kerana gusarnya. Dengan suara keras, beliau berkata, "Wahai pemuda Fasiq, keluar dan jauh-jauhlah kamu dari saya, tidak ada balasan yang pantas untukmu kecuali neraka!"

Pemuda itu pun keluar dengan menangis sejadi-jadinya. Ia menjauh dari khalayak ramai dan menuju ke padang pasir yang luas, dengan tidak mahu makan dan minum sesuatu, serta tidak boleh tidur sampai tujuh hari lamanya.

Tubuhnyapun menjadi lemah dan lunglai, sehingga iapun jatuh tersungkur di permukaan tanah berpasir yang maha luas itu.

Seraya meletakkan wajahnya dipasir sambil bersujud, ia berdoa dan meratap

. "Wahai Tuhan, aku adalah hamba-Mu yang berdosa dan Bersalah. Aku telah datang ke pintu Rasul-Mu agar dia boleh menolongku di sisi-Mu. Namun ketika ia mendengar dosaku yang sangat besar, ia mengusir dan mengeluarkan aku dari pintunya. Kini aku datang kepintu-Mu, agar engkau berkenan menjadi penolongku di sisi Kekasih-Mu. Sesungguhnya engkau maha pengasih kepada hamba-hamba-MU.

Tak ada lagi harapanku kecuali kepada-Mu. Kalau tidak mungkin, maka lebih baik hantar saja api neraka dari sisi-Mu, dan bakarlah aku dengan api itu di dunia-Mu ini, sebelum aku engkau bakar diakhirat-Mu nanti! "

Sepeninggal pemuda itu, Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril, seraya berkata, "Wahai Rasulullah, Allah telah berkirim salam kepada-Mu!" Beliau pun menjawab salam Allah. Setelah itu malaikat Jibril kembali berkata, "Allah bertanya kepadamu, apakah kamu yang telah menciptakan para makhluk?" Beliau menjawab, "Tentu saja tidak, Allah yang telah menciptakan semuanya!"

"Allah juga bertanya kepadamu, Apakah kamu yang telah memberi rezeki kepada makhluk-makhluk Allah?" Malaikat jibril kembali bertanya.

"Tentu saja Allahlah yang telah memberi rezeki kepada mereka, bahkan juga kepadaku!" Jawab beliau.

"Apakah kamu yang berhak menerima taubat seseorang?" Kembali malaikat jibril bertanya. "Allahlah yang berhak menerima dan mengampuni dosa hamba-hamba-Nya! 'Jawab beliau.

Mendengar jawapan-jawapan Rasulullah, malaikat Jibrilpun berkata, "Allah telah berfirman kepadamu," Telah aku kirimkan seorang hamba-Ku yang menerangkan satu dosanya kepadamu, tapi mengapa engkau berpaling daripadanya dan sangat marah kepadanya?

Lalu bagaimana keadaan orang-orang yang beriman besok, jika mereka itu datang padamu dengan dosa yang lebih besar seperti gunung? Kamu adalah Utusan-Ku yang aku utuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam, maka jadilah engkau orang yang berkasih sayang kepada orang-orang beriman dan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa. Maafkanlah kesalahan hamba-Ku, kerana aku telah menerima taubatnya dan mengampuni dosanya ".

Mendengar teguran Allah, Rasulullah pun mengutus beberapa orang sahabatnya untuk menemui pemuda yang pernah diusir Rasulullah itu. Akhirnya mereka menemuinya dan mereka juga memberikan khabar gembira tentang ampunan Allah kepadanya. Lalu mereka membawa pemuda itu kepada Rasulullah, dan kebetulan apabila mereka sampai beliau sedang mengerjakan solat. Maka mereka pun segera bermakmum dibelakangnya.

Setelah selesai membaca surat Alfatihah beliaupun membaca surat At-takasur baru saja beliau sampai ayat "Hatta zurtumul Maqabir (sampai kamu masuk ke dalam kubur)," maka pemuda itu pun menjerit keras dan jatuh.

Ketika orang-orang telah selesai solat, mereka juga mendapati ternyata pemuda itu telah meninggal dunia. Allah berkenan menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam kelompok hamba Allah Yang Shaleh

Gaza Conflict : Barrack Obama Dengar Gesaan PM @NajibRazak


Konflik Israel-Palestin di Gaza merupakan salah satu agenda penting yang disampaikan oleh DS Najib Razak kepada Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat di Kemboja kelmarin.

Saluran diplomatik yang digunapakai oleh Najib Razak bukan sahaja valid tetapi dihormati dan diambil dengan serius oleh Barrack Obama sendiri.

Di bawah adalah laporan pertemuan di antara Najib Razak dengan Barrack Obama :
PHNOM PENH, Kemboja 20 Nov. - Presiden Barack Obama mengambil tindakan segera bagi membendung keganasan yang berlaku di Semenanjung Gaza, selepas mendengar gesaan Malaysia dan Indonesia semasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat (AS) Keempat di Peace Palace malam tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Presiden Amerika Syarikat itu memaklumkan sendiri kepadanya yang beliau telah menghubungi beberapa pihak terlibat untuk menghentikan keganasan di wilayah bergolak itu.

"Pagi tadi beliau (Obama) beritahu saya yang beliau telah membuat beberapa panggilan telefon malam tadi setelah Malaysia dan Indonesia bangkitkan perkara ini.

Beliau telah mainkan peranan untuk cuba menghentikan keganasan di Gaza," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Hotel Phnom Penh di sini hari ini.

Pagi ini, Perdana Menteri berjumpa sekali lagi dengan Obama ketika menghadiri Mesyuarat Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bersama ketua-ketua kerajaan dari Australia, Brunei, New Zealand, Singapura dan Vietnam, selepas menyertai Dialog Global ASEAN.

Pada mesyuarat semalam, Najib telah memohon Obama untuk bertindak membendung keganasan yang berlaku di Gaza bukan sahaja menerusi kaedah jangka pendek bahkan jangka panjang iaitu dengan menyambung semula rundingan ke arah penyelesaian di Asia Barat, dalam konteks mewujudkan negara Palestin berasaskan penyelesaian dua negara.

Penyelesaian dua negara (two-state solution) merujuk kepada pembentukan negara Palestin yang merdeka bersama-sama negara Israel.

Ditanya mengenai jaminan yang diberikan oleh Obama untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin itu, Najib berkata, semua pihak mengetahui cabaran-cabaran dan kerumitan isu itu.

"Obama kata beliau akan cuba. Beliau mahu keganasan dihentikan dan beliau tahu untuk mencari penyelesaian akhir yang menyeluruh memerlukan pengorbanan besar.

"Saya fikir beliau memang berhasrat hendak mencari penyelesaian akhir terhadap isu ini," katanya.

Menurut Perdana Menteri, Obama agak tertarik dengan konsep kesederhanaan yang dipromosikan Malaysia kerana beliau yakin ia suatu nilai yang boleh menentukan bahawa setiap insan akan mendapat peluang mengembangkan potensinya, menyelesaikan konflik di mana-mana sahaja dan juga boleh membantu ke arah keamanan, kedamaian dan kestabilan dunia. Utusan Malaysia

Pengarang Utusan Ucap Tahniah Kepada Pas Kerana Doa Kehancuran


Pengkalan Chepa – Pengarang Utusan Malaysia ucap tahniah kepada Pas kerana doa menghancurkan Umno yang diimamkan oleh Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Zulkeflee Bakar mengucapkan tahniahlah kepada Pas kerana bersedia menjadi pejuang sejati dan pak turut abadi kepada pakatan pembangkang semata-mata kerana kemaruk kuasa.

“Percayalah tidak semua orang Islam yang buta hati dan tertutup minda mereka untuk menilai apa yang Pas lakukan sama ada betul atau tidak. Hanya pemimpin dan penyokong Pas yang taksub sahaja yang merestui majlis doa berkenaan.

“Memang benar Allah pernah menenggelamkan Firaun di dalam laut, Allah izinkan bumi menelan Qarun, Allah melaknatkan Namrud dan begitu juga Abu Lahab.

“Tetapi pernahkah Pas bertanya kenapakah sehingga ke hari ini Allah masih belum memakbulkan doa mereka untuk menewaskan UMNO dan BN secara total dalam dalam pilihan raya atau meletakkan Pas sebagai parti pengganti UMNO?,” katanya dalam laman politiknya di akhbar itu.Katanya, Justeru daripada pemimpin dan penyokong Pas menghabiskan masa mendoakan kehancuran UMNO adalah lebih baik jika mereka bermuhasabah dan menilai di manakah silapnya perjuangan mereka selama ini.“Percayalah seburuk-buruk UMNO yang mereka doakan agar senasib dengan Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab, parti itu tidak pernah mempertaruhkan Islam untuk meraih undi.

“UMNO juga tidak pernah memperdagangkan hukum hudud untuk menang dalam pilihan raya, UMNO tidak pernah sewenang-wenangnya mengkafirkan sesama Islam kerana berbeza ideologi politik dan UMNO tidak pernah menganggap ulama sebagai terompah.“Selain itu UMNO juga tidak pernah mendoakan mana-mana pemimpin Pas pecah perut atau ditimpa bala dan sudah pasti UMNO juga tidak pernah mendoakan kehancuran Pas dalam pilihan raya.“Tetapi kajilah apakah sikap berpolitik Pas selama ini dan kita pasti mendapat jawapan siapakah sebenarnya yang sedang menuju kehancuran akibat terlalu kemaruk mahu berkuasa!,” katanya.

BELUM APA-APA LAGI UDAH GADUH,,,,

DAP, PKR DAN PAS HANTAR MEMO BERASINGAN SIAPA CALON PM KEPADA AGONG

Kahwin pun belum sudah bergaduh untuk menentukan berapa orang anak dia nak. Bakal isteri kata nak 4, bakal suami pula nak 8.

Belum pun kahwin dah bergaduh untuk menentukan samada nak sewa rumah atau nak duduk rumah mak mertua.

Belum pun mengandung dan beranak sudah bergaduh laki bini untuk menentukan siapa dan ciri menantu yang manakah yang paling sesuai untuk dijadikan menantu.

Belum pun pergi sudah bincang macam mana dan bila mahu balik.

Belum mati lagi pun sudah mahu "chup-chup" tanah kubur dan batu nisan yang sesuai untuk mereka.

Belum tahu pun lagi samada dapat masuk syurga atau neraka sudah mahu "claim" duduk di syurga firdaus dan sudah mahu tentukan senarai dan jenis bidadari yang mereka mahu mengikut citarasa mereka.

Inilah kisah dan ragam yang sedang berlaku di antara para pemimpin pakatan pembangkang. Belum pun tahu bila PRU13, jauh sekali dari mengetahui siapa pemenang PRU13, pakatan pembangkang sudah hiruk-pikuk bergaduh untuk menentukan siapa bakal PM pakatan mereka.

Memang dasar suka mendahului ketentuan tuhan betullah perangai mereka ni.

Mereka mahu "dictate" bagaimana Allah harus "berkehendak" dan "menetapkan" sesuatu takdir yang bakal terjadi. Allah wajib menentukan "takdir" yang bakal berlaku mengikut citarasa dan kehendak mereka. Allah mesti akur dan jangan macam-macam.


TERKINI - DAP BAKAL USUL KARPAL SINGH BAKAL PM.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara.

“Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen.

“Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  pendirian perwakilan di Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada PR  pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, DAP dengan tegasnya mengulangi pendirian mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR memerintah.

“Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu , Dr Mahathir berkata DAP, mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu, oleh kerana itu mereka beriya-iya mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Dia nak orang Melayu percaya pada DAP, kerana pemimpin DAP tidak ada orang Melayu, yang ada sudah lari keluar. Jadi dia nak Melayu punya sokongan, sebab itu dia nak orang Melayu jadi PM, jadi orang Melayu merasa legalah orang Melayu jadi PM.

“Tetapi, nanti jadi seperti di Perak, bila Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar, dia duduk di bawah telunjuk DAP, sebab itu dia bagi tanah, kita tentukan dasar tanah tidak boleh bagi lebih daripada 99 tahun  tapi dia bagi sampai kiamat,” katanya.

MEMANG BETUL PUNYA KAYU.....


Presiden Pas... rupa2nya KHADAM saja dalam Pakatan rakyat.
Minah percaya, jika mereka (Pas) bersama2 dgn perjuangan UMMAH... tentu 'dia' tidak diletakkan ditempat sebegitu... oleh ummat Islam. Setidak2nya mcm al-Marhum Fadhil Noor dulu...Presiden Pas MERANGKAP Pemimpin Ummah di Malaysia.

Bukan salah ibu mengandung... tapi mungkin salah memilih teman seperjuangan utk berkecimpung....

KO yahudi... KO sekutu2nya (termasuk yg di Asia Tenggara).

Eloknya PAS tambah sikit benda kat bendera depa. Macam ni.....


Ni baru sesuai.....

Sumber :   Halim Ibnuramadhan

Apa Kata Shabery Cheek?

Musuh Islam Ambil Kesempatan Terhadap Perpecahan Umat - Shabery Cheek 20/11/2012 

Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa musuh terhadap agama Islam akan mengambil kesempatan ke atas perpecahan umat Islam.Shabery menjelaskan,kesempatan yang diambil itu adalah berniat jahat untuk kepentingan sendiri. 

PATUT LA DESPRATE SANGAT!!!!!

KM @mohd_ali_rustam DEDAHKAN KEPINCANGAN PAKATAN PEMBANGKANG! 

 Perbezaan pendapat tentang calon utama PM sesama pakatan haram pembangkang telah menimbulkan banyak keraguan tentang keutuhan pakatan tersebut.

Terdapat perwakilan PAS yang menolak Anwar Ibrahim secara terang-terangan dilihat sebagai menjatuhkan kredibiliti dan maruah ketua pembangkang itu. Sila baca :

MELAKA: Pertikaian Pakatan pembangkang berhubung jawatan Perdana Menteri jelas menunjukkan kepincangan dan perpecahan mereka kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata ini  membuktikan keadaan sebenar parti pembangkang yang berpecah belah dan tidak mampu mencapai kata sepakat dalam memilih pemimpin tertinggi mereka. 

'DAP mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan PAS mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan kecelaruan ini jelas menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara," katanya kepada pemberita di sinihari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Presiden PAS dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, namun ditolak DAP. 

Sementara itu, mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno, Mohd Ali berkata parti tersebut telah hilang kewarasan dan tersasar daripada ajaran Islam. Katanya, parti itu dilihat rakus, tamak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat jawatan yang diidamkan. seterusnya

THE QUESTION IS....

Mengapa Ostazah Abby tak dijemput program amal ini ??

Agak terkejut jugak apabila nama Ostazah Ebby tercicir daripada senarai artis yang akan melakukan kerja-kerja amal mengutip derma untuk rakyat Palestin di Gaza .

Sewajarnya beliau patut dijemput kerana dia antara  artis yang paling hebat berjuang untuk Islam. Setiap hari tweet dengan berkongsi ilmu agama untuk politik   untuk followernya ..

Sayang sekali namanya dipinggirkan dalam kerja -kerja amal untuk bantu umat Islam di Gaza ini. Mungkin disebabkan beliau banyak dilihat terlibat politik  parti kesayangannya , jadi penganjur takut nak panggil agaknya ..haha



Kira - kira 10 orang artis akan melakukan kerja amal untuk mengutip derma bagi membantu rakyat palestine yang menderita akibat serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis terhadap negara itu. 

 Anggota jawatankuasa penganjur acara berkenaan, Sam Samin berkata, kutipan itu akan diadakan selama dua jam bermula pukul 4.30 petang pada Rabu (esok) di perkarangan pusat membeli belah Pavillion, Bukit Bintang dekat sini. Antara artis yang bakal terlibat ialah Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Diana Amir, Noryn Aziz dan Salima (AF). 

 Turut mengesakan untuk menyertainya ialah Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Ainul Aisyah dan Ayu Damit. 

"Pihak kami amat berharap orang ramai dapat sama - sama menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu rakyat Palestin yang menderita. 

Mudah - mudahan sumbangan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah," katanya. 

 Menurut Sam, artis - artis tersebut sanggup mengetepikan populariti masing - masing kerana ingin memberi sokongan terhadap rakyat Palestin disamping memupuk perasaan sayang sesama insan.

 Katanya, sumbangan yang dikumpul daripada kutipan itu akan disalurkan melalui Aman Palestin yang ditubuhkan Kerajaan. - SUMBER

Antara Doa Org PAS yg dah dimakbulkan...

Lagi 10 sekeluarga penyokong tegar PAS sertai UMNO

Lagi Keluar parti selepas PAS DOA Kan kepada UMNO 10 sekeluarga penyokong tegar PAS menyertai UMNO di Pasir Puteh.Ini Tamparan hebat bagi PAS....
 
PASIR PUTEH: Sepuluh orang dari sebuah keluarga di Kampung Tok Khamis di sini yang selama ini penyokong tegar PAS, bertindak keluar parti kerana percaya PAS sudah menyeleweng daripada dasar perjuangan Islam.Ketua keluarga itu Mohd Norudin Saman, 60, berkata kesemua mereka akan menyertai Umno dan menyokong calon Umno pada pilihan raya umum akan datang."Saya sudah menyertai PAS lebih 40 tahun kerana percaya parti itu untuk menegakkan negara Islam," katanya ketika berjumpa Ketua Umno Pasir Puteh Zawawi Othman di kampung itu, hari ini.


Katanya PAS kini sudah tersasar jauh daripada perjuangan asal apabila mahu mewujudkan negara berkebajikan serta bersekongkol dengan DAP yang ternyata anti-Islam.Beliau juga kecewa dengan tindakan terbaru PAS yang mendoakan agar Allah memusnahkan sesama Islam (Umno) kerana perbuatan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh mengundang perpecahan ummah.Mohd Norudin turut menyeru anggota PAS berfikir dan kembali ke pangkal jalan dan bersatu dalam satu ummah iaitu Umno yang sudah ternyata banyak berjasa kepada bangsa dan agama.

Pada malam Jumaat lepas, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur.

Antara kandungan doa yang dibaca adik kepada Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat itu ialah meminta Umno dan Barisan Nasional dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang.

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN...

Naik gred secara automatik diperluas: KSN 

 
Datuk Seri Dr Ali Hamsa bersalaman dengan penjawat awam di INTAN, semalam

Kluang: Seramai 1.42 juta kakitangan awam berpeluang menikmati kenaikan gred tanpa temu duga berikutan cadangan kerajaan memperluaskan kenaikan gred secara automatik.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata cadangan menaikkan gred berdasarkan ‘time base’ itu sedang diteliti sebelum dilaksanakan untuk semua sektor awam.

"Cadangan ini sedang dikaji dan kita akan perkenalkan secara menyeluruh selepas semua kekangan terutama dari segi perbelanjaan dikaji sepenuhnya. Kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara,” katanya.


Beliau berkata pihaknya perlu menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

"Suruhanjaya khas itu sedang mengkaji cadangan berkenaan dan akan menyerahkan laporan mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di sini semalam.

Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan menikmati kenaikan gred berdasarkan time base tanpa perlu menghadiri temu duga. 

Sumber : Berita Harian

* Alhamdulillah.. Kita tunggu je la ye....

AZHAR SULAIMAN EXPLAIN ISU MURTAD. BACA BETUL-BETUL...



Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."
Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.






"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.

Sumber : Sinar Harian

* Sebenarnya bro Azhar ni perli Pok Nik. Ye la.. Sesuka hati Pok Nik je kata org UMNO murtad. Kalau kita ingat balik, dulu pun Pok Nik pernah kata UMNO ni kafir. So, x salah la kalau bro Azhar Sulaiman keluar statement mcm tu... Minah faham niat bro Azhar Sulaiman. Bro ni nak sedarkan Pok Nik. Tu la Pok Nik. Keluar statement ikut sedap mulut je.Lain kali, fikir dulu sebelum bercakap. Terlajak bot boleh reverse, terlajak kata, buruk padahnya. Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.. Fikir2kanlah wahai Pok Nik....

"Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut..."- Tun Mahathir


Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh."Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga."Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang...patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat...bila pencen dapat Tun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di PWTC, Selasa.


Ditanya mengapa DAP pula mahu Anwar menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata parti itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu di negara ini.

Bernama melaporkan Dr Mahathir bagaimanapun meminta penyokong Anwar supaya tidak telalu taksub dan fanatik tetapi menggunakan akal untuk menimbang segala perbuatan yang dilakukan pemimpin mereka itu.
"Kalau tanpa mengambil kira apa yang pemimpin buat, ia akan merosakkan negara," tegasnya.

JOM KITA CERGASKAN DIRI

Korang mesti nak tau kan cara Minah nak kekalkan kecergasan dan stamina. Nak tau rahsia minah? Ni rahsianya...


Nilah cara Minah menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan. Minah pilih gym sbb bg minah ni salah satu cara yang more effective untuk mengekalkan kecergasan n stamina, disamping tu akan menurunkan berat badan. Kat gym, macam2 kita boleh buat. contohnya macam gambar kat atas ni. 

Selain tu, kita boleh jugak guna peralatan lain mcm gambar kat bawah ni..


Bagi yang suka jogging, tp malas nak keluar, (almaklum la. skrg kan musim hujan) kita boleh guna peralatan macam gambar ni...


Pendek kata, macam-macam ada kat gym. tapi satu je Minah nak ingatkan, pemakanan pun kena jaga jugak. Sebab pemakanan jugak berperanan dalam meningkatkan kecergasan kita... so, jom kita cergas diri....
 

JOM KITA MAKAN...


Kalau korang nak tau. Minah memang hantu coklat. Especially Extra Moist Chocolate cake. Pergh.. mmg menjilat jari. Oh ya.. Kalau korang nak dapatkan kek ni, link ke http://anakjatimalaya93.blogspot.com/2012/11/coklat-moist-kek-sedap-gilerrrr.html.  

Nanti korang boleh dpt contact number dealer kek ni... Jemput Makan semua....

Monday 19 November 2012

KORANG SEDAR TAK?

Hak Orang Melayu Bebas Beragama: Nurul Izzah Menyemarakkan Agenda IFC


Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.

IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.

Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak, maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM. Bezanya, IFC akan mencampuri urusan agama khasnya Islam, manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.

Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu, jelas sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.

Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai mungkin sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah Kristian Assunta di Petaling Jaya.

Namun, bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2), tetap sama sekali tidak dapat menerima pandangan serba liberal yang kini sedang meracuni fikiran anak perempuan Anwar Ibrahim itu.

Wan Azizah sebagai ibunya mungkin boleh terus bermain dengan sentimen air mata biawak sekalipun, hakikatnya ia tidak dapat menyembunyikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu sudah seumpama cubaan menyemarakkan kembali agenda IFC.

Klik untuk cerita selanjutnya...

Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.
IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2012/11/hak-orang-melayu-bebas-beragama-nurul.html#ixzz2CkNDoxFi