Wednesday 13 March 2013

BUAT RENUNGAN BERSAMA......

Buah renung ini untuk difikirkan bersama.


Zulkifli Nordin, antara orang kuat dan paling rapat dgn Anwar. Begitu juga Ezam Mohd Noor, Gobalakrishnan, Rahimi Karim, Eskay dan ramai lagi. Sangat ramai. Mereka ini sgt rapat dan sgt kenal siapa Anwar. Hubungan mereka dgn Anwar bukan sahaja bersifat sokongan politik, tapi peribadi yg amat akrab.

Chegu Non, Hasan Ali, Hasan Basri, Prof. Madya Ustaz Mohd Nor Idris, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Hafiz Nordin, Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi, sangat ramai, mereka ini pula dahulu sangat kuat dan berpengaruh dalam PAS. Kesetiaan mereka kpd parti tidak pernah diragukan ketika itu. Semuanya kerana terlalu cintakan Islam, terlalu sayangkan Islam. Mereka ini selalu di barisan hadapan, paling lantang pertahankan PAS. Bagi mereka, pertahankan PAS sama seperti pertahankan Islam.

Namun hari ini, sama seperti kawan-kawan Anwar yg saya sebutkan awal tadi, tokoh-tokoh yg setia kpd PAS ini juga sudah meninggalkan PAS. Jika kawan-kawan Anwar tinggalkan Anwar atas sbb masalah peribadi, tokoh-tokoh PAS itu pula kerana berasakan perjuangan PAS hari ini sudah menyimpang.

Tetapi adakah mereka keluar atau tinggalkan perjuangan masing-masing dengan begitu sahaja?

Saya percaya, semuanya kerana hidayah daripada Allah SWT. Mereka ini bukan calang-calang manusia, bukan calang-calang tokoh. Ada yg bergelar Dr. Ada yg bergelar Professor. Ada juga peguam, ilmuan, aktivis dan bermacam-macam lagi. Bg yang Islam, tidakkah kita terfikir, adakah Allah sengaja keluarkan mereka dari haraki perjuangan jika PAS itu benar-benar benar, dan Anwar itu benar-benar benar?

Mereka dikurniakan hidayah sehingga mereka kenal siapa sebenarnya musuh dan sedar siapa sebenarnya pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Bagaimana dengan kita ini yang tidak pernah kenal Anwar Ibrahim, apatah lagi bersahabat dengannya? Khusus kpd kaum PAS pula, adakah anda fikir anda benar-benar pejuang di mata pemimpin anda?

No comments:

Post a Comment