Thursday 25 April 2013

KENALI CALON N46 CHENDERIANG


Dato' Dr Mah Hang Soon merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi N46 Chenderiang. .Sebelum ini, beliau adalah penyandang kerusi N46 Chenderiang bermula pada tahun 2008. Selepas 11 bulan Negeri Perak berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, barulah beliau  dilantik sebagai Exco  Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak.

Dato' Dr Mah Hang Soon  berkelulusan dari Universiti Malaya  dalam bidang Perubatan. Sebelum ini, beliau adalah seorang pakar kardialogi (jantung) di Pusat Perubatan Ipoh (KPJ). Dalam MCA, beliau merupakan Ketua Pemuda MCA Negeri Perak dan sekaligus menjadi Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan.

 Beliau seorang pemimpin yang mudah mesra tanpa mengira kaum dan agama. Sepanjang beliau menjadi Wakil Rakyat bagi DUN Chenderiang, beliau banyak memberi sumbangan kepada penduduk di Kawasan DUN Chenderiang  tidak kira dari segi pembangunan, sosial dan ekonomi. Beliau juga seorang yang prihatin terhadap rakyat. Ini jelas apabila setiap kali berlaku tragedi, beliau akan turun ke tempat kejadian bagi melihat keadaan dan seterusnya memberi sumbangan kepada keluarga mangsa. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang yang amat mengambil berat mengenai kesihatan rakyat. Ini terbukti apabila beliau mendapat tahu ada pengundi beliau yang jatuh sakit, beliau akan memberi bantuan dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan pengundi tersebut.

Bagi Minah, walaupun Dato' Dr Mah Hang Soon berketurunan Cina, beliau layak menjadi pemimpin kerana beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang baik, malah beliau alert dengan keadaan keliling dan begitu menghormati semua orang tanpa mengira kaum dan agama. Bukan itu sahaja, malah beliau amat memahami adat dan budaya Orang Melayu dan Islam.



2 comments: