Tuesday 17 September 2013

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan manusia sebangsa dengan kita.

Kisah 1:Seorang cina kaya beli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari.Apa ada dalam fikiran kita? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit mesti tak mau. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai yg cantik. Satu hari gadis itu tiada, rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran kita? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut nazir dan imam kerana sebut harganya hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Bangsa kita ni, Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu apa yang patut dan harus, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih tak fikir pasal pahala yang menunggu?

Malangnya, kisah di atas adalah kisah benar dan biasa kita dengar. Tak percaya ? Mungkin anda masih perlu lebih teroka dunia kehidupan sekeliling kita. .

Wednesday 4 September 2013

NAMPAK SANGAT LA KIT SIANG TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI.......

Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan tidak perlu untuk mengubahnya.

“Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku.

“Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek ‘Impression’ Melaka di sini hari ini.

Projek ‘Impression’ Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan terbuka di Pulau Melaka.

Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyelar tindakan sasterawan negara yang juga aktivis propembangkang, A. Samad Said yang belum menyerah diri kepada pihak polis kerana mengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam kemerdekaan tempoh hari.

“Semua orang adalah sama. Jika menteri sekalipun, kalau diminta menyerah diri, mesti pergi.
“Besar sangat ke A. Samad? Polis panggil, pergi sahajalah," tegasnya.

*Kalau dah buat salah, macam2 akal dia.....

ITU YANG LEBIH BAIK....

UMNO Perak sokong Presiden, Timbalan Presiden tidak ditanding


IPOH 4 Sept. - Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti, Oktober ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian UMNO Perak itu tidak perlu disalahtafsirkan oleh mana-mana ahli demi kebaikan parti dan proses transformasi dalam Umno.

Katanya, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanya, Tan Muhyiddin Yassin merupakan gandingan mantap untuk memimpin parti itu.

"Saya yakin UMNO Perak telah nyatakan bahawa di samping tidak menolak hak untuk anggota bertanding di mana-mana peringkat, kami merasai bahawa kedudukan untuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengenai pertandingan di peringkat bahagian dan cawangan, beliau berharap ia dapat diadakan dalam suasana kekeluargaan dan ahli parti sudah matang untuk memilih calon yang sesuai. - BERNAMA

 

GREAT TOK ALI....

Ali Rustam tanding Naib Presiden

Mohd. Ali Rustam (berdiri, kiri) beramah mesra dengan tetamu yang menghadiri majlis 
Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Rumah Melaka, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Teka-teki mengenai jawatan yang akan ditandingi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada pemilihan UMNO hujung tahun ini terjawab apabila beliau mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden parti itu.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan sedalam-dalamnya dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dalam parti.

Katanya, langkah itu juga setelah mengambil kira pengalaman yang dimiliki beliau yang sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO selain memegang jawatan dalam kerajaan.

"Bukanlah tujuan saya untuk melawan ataupun menidakkan sesiapa, ini adalah proses penawaran, semua yang ada (bertanding) baik-baik belaka. Ahli parti ada pilihan, saya fikir pengalaman dimiliki boleh membantu memperkuatkan parti dan saya juga ingin perjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam mengikut Perlembagaan Malaysia.

"Kita lihat hari ini, hak-hak orang Melayu semakin dipertikaikan, terutama oleh parti pembangkang hingga tak hargai apa pengorbanan golongan Melayu sejak merdeka, maka saya melihat UMNO merupakan wadah terbaik untuk pertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam serta Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui bersama semasa menuntut kemerdekaan dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Rumah Melaka di sini hari ini.

Pengumuman itu mengesahkan pertandingan lima penjuru bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

Sebelum ini tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandang sementara Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menawarkan diri bertanding.

Menurut beliau, UMNO sebagai sebuah parti demokrasi memerlukan transformasi dan umum melihat jawatan-jawatan tertentu wajar dipertandingkan untuk kebaikan parti.

Katanya, semua yang bertanding untuk jawatan tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri dan berdasarkan rekod perkhidmatan, masing-masing telah banyak berjasa kepada parti serta negara.
"Jadi terpulang kepada ahli parti untuk memilih yang terbaik. Bagi saya semua mempunyai peluang yang sama, cuma mungkin kelebihan kepada saya memandangkan tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

"Saya mempunyai lebih masa untuk jumpa ahli serta pemimpin di peringkat akar umbi. Dengar pandangan mereka dan membawanya kepada pucuk pimpinan atasan untuk dijadikan panduan," katanya.

Mengulas ketiadaan muka baharu yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden, beliau memberitahu, masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana UMNO mempunyai banyak pemimpin pelapis dan berkemungkinan akan ada yang menawar diri pada saat-saat akhir.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia


Minah terbaca headline Utusan Malaysia. Yang menarik perhatian Minah adalah tajuk Ringankan Beban Guru. Timbalan Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa sebanyak 10000 jawatan Pembantu Pentadbiran akan diwujudkan bagi meringankan beban tugas guru. Minah setuju bersetuju sangat. Ye la. Beban tugas guru semakin berat. Bermakna kerajaan memang prihatin dengan masalah beban tugas yang dihadapi oleh guru. Jadi, memang patut la kalau diwujudkan jawatan tu. Semoga pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan menjadi berita baik untuk semua guru-guru di Malaysia.

* Kalau la PR yang memerintah, rasanya lagi berat kot beban tugas guru.....