Tuesday 22 October 2013

EKSKLUSIF : GAMBAR-GAMBAR Majlis Pengebumian Jenazah Jamalul Kiram III


Jamalul, 75 tahun, meninggal dunia di Hospital Manila, Filipina. Jenazah Sultan Jamalul Kiram III diterbangkan ke kampung halamannya di Jolo, Sulu.

Upacara pengkebumiannya diadakan di Maimbung mengikut tradisi keluarga Kesultanan Sulu.

Jenazahnya dibawa melalui penerbangan Lion Air, tiba di Sulu jam 7:30 pagi (20 Oktober 2013) waktu tempatan. Majlis dihadiri ahli keluarga serta pengikutnya.

Kematian Jamalul dimaklumkan oleh anak perempuannya, Jacel Kiram-Hassan menerusi siaran stesen radio.






Semoga dengan kematiannya, tiada lagi kekacauan yang akan berlaku di Sabah. Cukup la pencerobohan yang berlaku telah banyak mengorbankan nyawa sama ada dari pihak kita mahupun pihak mereka. Semoga ia dijadikan pengajaran buat kita semua...

Wednesday 16 October 2013

KHAS UNTUK PUAK-PUAK PR

Kalimah Allah: Hormati keputusan Mahkamah Rayuan


KEPALA BATAS 15 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang diputuskan semalam.

Abdullah berkata, hakim yang membuat keputusan penting itu telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum memutuskan keputusan berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu seharusnya boleh diterima kerana dibuat selepas ketiga-tiga barisan hakim turut mengambil pandangan pelbagai pihak.

"Isu yang menimbulkan pertikaian telah dibawa ke mahkamah dan keputusan diputuskan sebegitu. Jadi, semua pihak harus menghormati keputusan badan kehakiman yang arif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abdullah menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas anjuran UMNO bahagian itu di Kampung Kuala Bekah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Abdullah mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, umat Islam di negara ini menunjukkan kematangan dalam isu berkenaan dengan bertindak matang sebelum ini walaupun keputusan mahkamah terdahulu tidak memihak kepada mereka.

"Ketika itu, umat Islam tidak bertindak agresif sehingga mencetuskan keadaan tegang dan menerima dengan hati terbuka kerana tahu ada saluran lain untuk menyelesaikan isu tersebut," katanya.

Sementara itu, Reezal Merican meminta pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim supaya menerima keputusan berkenaan kerana tiga hakim yang membuat keputusan itu telah mengambil kira pelbagai aspek.

"Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik dan bersifat legislatif dalam mentafsir Perlembagaan Persekutuan tetapi harus diingat, keputusan itu turut dibuat selepas mengambil kira aspek keharmonian negara. Jadi, wajar difahami," katanya.