Wednesday, 3 April 2013

Tuesday, 2 April 2013

NAK UBAH MACAM MANA?

Depa nak Ubah Malaysia ni. Nak ubah macam mana? Macam Gambar kat bawah ni ke?

Cer fikir.... Korang nak Malaysia ubah jadi macam tu ke? OMG... X sanggup aku....

Lahad Datu Terkini - ANGGOTA POLIS BELOT DIDAKWA DI MAHKAMAH LAHAD DATU!!!


Seorang anggota polis adalah antara lapan orang yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Anggota polis tersebut, Koperah Hassan Ali Basri didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala, tujuh warga selatan Filipina pula didakwa atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S. Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Bagaimanapaun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Malah, kes Koperah Hassan Ali Basri juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Monday, 1 April 2013

OMG!!!!!!!

Betul ke apa yang aku tengok nih????


Betul ke ni bendera baru untuk 3 parti HARAM JADAH nih???????

MANYAK LANGSI oooooo...........

Bekas ahli DAP Taman Nesa dibelasah dekat lokasi ceramah

JOHOR BAHRU 1 April - Seorang bekas ahli DAP cedera di bahagian kepala akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong parti pembangkang ketika meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan parti itu di Taman Nesa, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, bekas Setiausaha Publisiti Kecil DAP Taman Desa, A.K Murugan, mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul bertalu-talu oleh lebih daripada tiga lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Menurut Murugan, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa rakan berada kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah pembangkang.

"Ketika di sana saya bersama rakan-rakan yang lain bertindak meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan parti yang tidak prihatin dengan kaum India.

"Lokasi ceramah itu terletak berhampiran rumah, jadi saya ambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin DAP yang hanya tahu bercakap tapi tidak mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambahnya, ketika masih berada di situ, dia didatangi sekumpulan lelaki yang memarahinya sebelum mereka mula bertindak kasar dengan memukulnya bertalu-talu menggunakan topi keledar.
Ekoran kejadian tersebut, dia membuat laporan polis di Balai Polis Skudai sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Beberapa jam sebelum kejadian, Murugan dan bekas Pengerusi DAP Taman Saga di Kulaijaya, V. Thulasi Das bersama kira-kira 25 masyarakat India mengadakan bantahan secara aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP.
Bantahan itu diadakan di hadapan lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau bersama pemimpin pakatan mengadakan mesyuarat membincangkan Deklarasi Gelang Patah sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). - UTUSAN





© Utusan Melayu (M) Bhd 

PENYUDAHNYA LEBIH KELUAR DARI MASUK...

Bersiap sedia lah wahai org-orang PAS.... Kalau ahli Ulamak dengan pelajar sekolah pondok pun dah kata GOOD BYE kat HANGPA, tak MUSTAHIL kalau ahli lain pun akan kata GOOD BYE jugak....