Sunday 30 December 2012

Kenyataan Senator Ezam Yang Conform Membuatkan PAS Sakit Hati!!!


PAS sepatutnya menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya sekadar pengikut, kata Senator Mohamad Ezam dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Ezam yang juga bekas Ketua AMK PKR berkata selagi PAS berada dalam PR, DAP tetap menjadi batu penghalang kepada parti itu.

“Dalam Pakatan, ketua sepatutnya ialah PAS..Timbalan ketua sepatutnya PAS..tetapi PAS tidak mampu dan tidak akan mampu selagi mereka bersama-sama dengan DAP sebab DAP memang tidak mahu melihat Islam dan Melayu itu dilihat sebagai ketua memimpin..Mereka mahu memadamkan sejarah Melayu dan Islam..

“Mereka mahu padamkan kepimpinan yang jelas, yang menjadi tonggak dan kekuatan pada negara ini, pada Islam dan Melayu,” katanya.

Tambah beliau lagi, selagi PAS terus berada di dalam Pakatan Rakyat, parti Islam tersebut akan hilang kerelevanannya, dan tidak lagi berjuang berlandaskan matlamat asalnya.

“Bagi saya DAP ini tak patut ada, patut diharamkan dari awal sebab mereka ni anti tesis, anti kepada penubuhan negara..(mereka tekankan) konsep Malaysian Malaysia, sama rata.

“Mana ada sama rata dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam prinsip keadilan dalam Islam pun bukan sama rata..prinsip keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan itu yang kita letakkan orang Melayu tempatnya di mana, orang bukan Melayu tempatnya di mana,” hujahnya.

ALHAMDULILLAH.. NASIB KUCING-KUCING INI TERBELA....


Pada 27 Disember 2012 yg lalu, Minah menonton Astro Awani yang berkisar tentang Kisah Nasib Si Comel yang mati disuntik.(klik saja tajuk yg berwarna pink). Minah terharu dengan pengorbanan Papa Hero and the team. Sesungguhnya mereka ini adalah insan yang berhati mulia. Sanggup berkorban tenaga dan wang semata-mata nak selamatkan sicomel ini dari menerima suntikan maut oleh DBKL. Minah percaya, ramai yang diluar sana yang berhati mulia seperti Papa Hero. Oleh itu, Minah harap sangat supaya rang undang-undang yang bertujuan melindungi haiwan jalanan seperti kucing dan anjing diluluskan di Parlimen supaya nasib haiwan-haiwan ini terbela.

LU LANGSI LU MATI LA....

Hot ! Guan Eng lari ketakutan di lapangan terbang ! 

Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang tadi, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
 
Azmi berkata Guan Eng dijadualkan  tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
 
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 
 
“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami  yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
 
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” katanya ketika ditemui media.
 
Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.- ANTARA POS-



** Bila nak undi rakyat ketika pilihanraya , Guan Eng  punya la merayu dan bersalam minta sokongan  . Tapi bila nak berkuasa .. jadi angkuh & sombong hingga lari daripada rakyat yang menunggunya pun lari.  

Orang2 Penang....Kalau ini apek lari ,....lu orang ajar dia kat kertas UNDI !!

Wednesday 26 December 2012

MEMANG TAK DE KERJA LAIN. FITNAH JE KERJANYA....

Minah dapat satu info yang mengatakan kononnya masyarakat Orang Asli Tapah telah buang undi sebelum PRU ke-13. Mereka dipaksa undi dan memangkah BN dalam kertas undi di depan muka Dr Mah Hang Soon, JAKOA dan pimpinan UMNO. Kertas undi yang pangkah BN dapat beras 5kg sebagai sogokan. Siap bagi tempoh masa 1 minggu untuk Dr Mah dan pihak berkenaan untuk jawab. Klik sini untuk mengetahui maklumat ini..


Minah tak percaya langsung tentang perkara ni. Sebab Minah tau mana boleh buat macam tu sebelum PRU. 
Mereka ni tak habis-habis nak berbohong. Wahai En Bah Tony, kot ye pun nak berbohong, agak-agak la. Tau la you dah desprate nak jadi ADUN Chenderiang. Tak payah la sampai nak berbohong. You ingat semua masyarakat Orang Asli ni bodoh ke? Sepatutnya you defend depa. Bukannya pergunakan mereka. You pun kena ingat. You belajar kat universiti dulu pun kerajaan yang bagi scholarship tau..

You tu yang sebenarnya tak sedar yang depa tu pergunakan you.. THINK ABOUT IT.....

SURE NUAR LARI MALAM NIH...

10 Nama Bakal Hancurkan Anwar 


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan dua yang lain berjaya mengekalkan hampir sebahagian besar pembelaan mereka dalam kes saman yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan demikian selepas membenarkan Anwar membatalkan beberapa perenggan sahaja dalam pernyataan pembelaan Nallakaruppan dan syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) yang dinamakan sebagai pihak defendan.


Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera ketika membaca penghakimannya menyatakan, defendan-defendan tidak boleh bergantung kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat membabitkan bekas pemandu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu justifikasi.

Namun begitu, penghakiman mahkamah tertinggi negara itu boleh digunakan bagi membuktikan perlindungan bersyarat atau penghujahan bagi menentukan kos.

Nallakarupan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara wanita yang dikaitkan dengan Anwar, dakwa Ahli Dewan Negara itu dalam dokumen tersebut ialah : 

1. Shamsidar Taharin
2. Norlaila Abdul Majid
3. Soma Rodrigo @ Anne
4. Mior Abdul Razak
5. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja
6. Dr Munawar Ahmad Anees
7. Azizan Abu Bakar   
8. Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun
9. Hairany Mat Nafees
10.Rashid

Vazeer Meera membuat keputusan sedemikian dalam permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang difailkan pada 2 Ogos lalu untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Nallakarupan dan Utusan setelah berpendapat perenggan-perenggan berkenaan tidak sepatutnya dimasukkan.

Selain bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd dan Utusan, turut dinamakan dalam saman menuntut ganti rugi sebanyak RM 100 juta itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakarupan tuduh Anwar biseksual.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar selaku plaintif menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud, beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga mendakwa, perkataan tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Januari tahun depan untuk pengurusan kes tersebut.

Kedua-dua pihak juga akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Sementara itu, Muhammad Shafee ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak akan memanggil individu-individu yang disebut namanya seperti Shamsidar Taharin dalam pembelaan Nallakarupan sebaliknya anak guamnya itu akan memberi keterangan berdasarkan apa yang dilihat.

Tambah peguam terbabit, sekiranya plaintif ingin menyangkal apa yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Negara itu maka Anwar yang perlu memanggil individu-individu terbabit untuk menafikannya.

Jom layan jap babak nih...


PESANAN P.RAMLEE BUAT ORANG MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI


Sebenarnya apa sahaja filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah realiti yang berlaku sekarang. Jadi, renung2kanlah. Dan kepada Orang Melayu yang masih tak sedar diri, fikir2kanlah. Terutama kepada Orang PAS, PKR dan Orang Melayu yang menyokong DAP...

Sunday 23 December 2012

MACAM MANA NAK MENANG KALAU MACAM NI???

PAS seronok hina kaum Bumiputra…

Kecetekan akal pemimpin PAS ni, memang tidak dapat dinafikan begitu juga dengan kelancangan kata mereka.

Kepada semua makhluk yang boleh berfikir, telah acapkali presiden PAS ni mengeluarkan kata-kata yang tak ada langsung bercirikan seorang Islam.

Suatu ketika dulu, amanat Hadi cukup popular kerana mengkafirkan orang UMNO dan langsung diangkat sebagai fatwa agama PAS.

Mungkin ramai masih ingat kata-kata Hadi yang menghina pengundi Sarawak apabila mereka hilang sokongan Bumiputra Sarawak.

Kononnya penduduk Bumiputra Sarawak bodoh dan tidak tahu mengundi kerana memberikan BN kemenangan yang besar.

ALHAMDULILLAH....

4 ribu rakyat Perancis masuk Islam setiap tahun


Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam satu tahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang masuk Islam. Hal ini sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.

Diumukan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam. Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang.

Menurut para ahli sosiologi Perancis, sebelum usia 15 – 20 tahun merupakan alasan utama yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian rohani mereka. Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.

Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah.

Nak buat umrah pun nak tambang free ke? Bikin malu saja....

Orang macam ni pun ada ker?Buat malu je ABBY ABADI nih.. Sedarlah sikit...hanya mahu meminta daripada hak orang lain.Usaha lah atau berdikari dengan duit titik peluh sendiri..... Dulu gi umrah tau pulak keluar duit sendiri...

Hopefully jadi kenyataan...

GEMPAR! USTAZ HARON DIN AKAN KELUAR PAS?!! 

Yup.. itu lah crita yg brlegar2 di pelusuk alam sekarang. Ustaz Haron Din yg kita semua sudah sedia maklum amat tidak suka kpd Anwar Aljub di khabarkan akn join group Ustaz Nasha dan Hassan Ali(group yg xblago angin dgn Nik Aziz).

Mnurut sumber dalaman PAS, kmarahan Haron Din kpd kpimpinan PAS semakin membuak2 selepas PKR dan DAP secara terbuka meminta utk menambah kerusi dlm PRU nanti dan kepimpinan PAS hanya sperti pak hangguk yg sudah terkena nasi kangkang, tidak brkeras utk prtahankan kerusi yg sedia milik mereka.

 Bagus lah kalo begitu ustaz.. lgpun kami nampak, ustaz dan beberapa kerat je lg dlm PAS yg betul2 konsisten dlm perjuangan mnjaga kesucian Islam. yg lain dah termakan chewing gum Anwar Aljub termasuk nik aziz si pemberi tanah.

Lagi cantik kalo ustaz dpt join UMNO, dpt jugak nasihatkan Org2 UMNO yang berjuang hanya untuk mendapat nama. :) 

Nasihat P. Ramlee Kepada Kita Semua...


Kalau P. Ramlee pun dah keluar statement mcm tu, korang fikirlah sendiri....

Nicol takluk dunia kali ke-7

NICOL David menjulang trofi Terbuka Dunia yang dimenangi buat kali ketujuh di Kepulauan Cayman, semalam.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Krismas tahun ini amat bermakna buat Datuk Nicol David apabila dia melebarkan rekod DENGAN merangkul kejuaraan skuasy wanita Terbuka Dunia buat kali ketujuh di Kepulauan Cayman, semalam. 

Selepas memintas rekod lima gelaran milik idolanya, Sarah Fitz-Gerald tahun lalu, jaguh No. 1 dunia itu masih bernafsu untuk terus mencipta rekod apabila menyingkirkan bintang England dan pemain No. 3 dunia, Laura Massaro 11-6, 11-8, 11-6.

Malah, Nicol turut melakar rekod baru kejohanan sejak ia diperkenalkan pada 1976, apabila menjadi pemain pertama melayakkan diri ke final sebanyak lapan kali dalam tempoh sembilan tahun. Nicol muncul naib juara pada 2004 selepas kalah kepada Vanessa Atkinson dari Belanda. 

Walaupun diheret dalam rali yang panjang, Nicol menunjukkan kesabaran tinggi, termasuk ketika ketinggalan 5-7 di set kedua sebelum bangkit pada masa yang tepat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai legenda skuasy dunia. 

Kemenangan tersebut menutup mulut pengkritik bahawa pemain berusia 29 tahun itu sudah dikejar pemain generasi muda dan tidak mungkin mampu mengekalkan kedudukan lebih lama. Saya tidak percaya.. benar-benar tidak percaya.

“Saya gembira menang perlawanan ini kerana Laura memberi tekanan kepada saya pada setiap mata. Ada ketikanya, saya hanya membiarkan pukulannya kerana tiada jawapan, dia bermain dengan sangat bagus.

“Saya hanya fokus kepada permainan sendiri tetapi terpaksa mempercepatkan rentak pada pertengahan saingan untuk mencipta kemenangan. Bila memikirkan tentangan kemenangan hari ini, berjaya menang sekali lagi di Cayman dan meraih gelaran dunia ketujuh, saya sedar hanya itu yang saya mahukan,’’ ujar Nicol.

Biarpun memegang rekod pertemuan keseluruhan 14-2, namun menentang Massaro, perlawanan sering diheret dalam aksi sengit. 

Dua detik paling genting buat Nicol semalam hadir pada kedudukan 7-7 di set kedua. Ia menjadi titik kebangkitan ratu skuasy negara itu sebelum menjarakkan kedudukan 8-7 dan menang 11-8. 

Massaro terus menguji Nicol dengan bermain rali di set ketiga, selain beberapa kali melakukan pukulan kilas yang menyebabkan bola jauh daripada dinding, namun kesabaran Nicol mengejar setiap pukulan akhirnya berbaloi. 

Enam gelaran Terbuka Dunia sebelum ini yang dimenangi ratu skuasy negara itu bermula di Hong Kong pada 2005, diikuti Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan dua kali di Belanda (2009 dan 2011).
“Saya agak kecewa. Pertengahan permainan adalah tempoh yang penting dan ketika itulah saya gagal menyainginya.

“Jarang sekali dia (Nicol) dapat ditewaskan, dia memang seorang pemain yang hebat tetapi kami bekerja keras dan berusaha untuk meningkatkan prestasi, sekurang-kurangnya dia menerima cabaran yang lebih hebat,’’ kata Massaro.

BERANI KERANA BENAR

Bahan lucah: Speaker DUN Perak buat laporan polis


IPOH 22 Dis. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini.

Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita. - BERNAMA

HMMM... RUPANYA DALAM DAP PUN ADA PhD.....

Pingat: Karpal bidas Koo Ham, Chang Khim


PULAU PINANG 23 Dis. - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.

Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran ketika masih aktif dalam politik.

“Ngeh (Koo Ham) dan Teng (Chang Khim) telah melanggar prinsip tersebut dan saya tidak gembira (mengenainya)," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk pada 2008, manakala Chang Khim yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010.


* cer tengok. Rupanya deme ni pun ada PhD (Perasaan Hasad Dengki) dikalangan deme. Tengok la. Prinsip konon. Cakap je la yg mike pun teringin nak gelaran Datuk....

 

 

Najib sedih kematian Keng Yaik


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat sedih apabila mendengar berita kematian bekas Presiden Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik yang meninggal dunia, semalam.

Perdana Menteri berkata, Keng Yaik merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang baik dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negara.

"Dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau lima dekad, Tun Dr. Lim Keng Yaik terbukti menjadi seorang tokoh inspirasi ahli politik yang didorong komitmen tinggi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata, sebagai menteri Kabinet selama 22 tahun, mendiang Keng Yaik berkhidmat dengan cemerlang dan memainkan peranan yang besar dalam transformasi negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang stabil dan makmur.

"Semua rakyat Malaysia terhutang budi kepada beliau. Keng Yaik bukan sahaja seorang pemimpin yang hebat, bahkan rakyat Malaysia yang hebat.

"Beliau adalah seorang pejuang dan kita akan akan merasai kehilangan beliau. Ingatan kami kini bersama keluarga dan rakan baik beliau," katanya. 

Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Country Resort Tropicana, Petaling Jaya pada 4.45 petang semalam.

Beliau meninggalkan isteri, Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak. - BERNAMA

* Secara peribadinya, Minah memang menyenangi mendiang. Beliau seorang yg mempunyai sense of humour. Then beliau juga seorang tokoh yang disenangi oleh semua lapisan kaum. Bukan mendiang sahaja, adik mendiang juga pernah menjadi boss minah suatu ketika dulu. Now, negara dah kehilangan seorang tokoh pemimpin yang berkaliber. Semoga keluarga mendiang tabah untuk meneruskan kehidupan..

Thursday 20 December 2012

Jom kita layan lagu ni....


So, sapa2 yg berkenaan, hrp2 lagu ni bg semangat dan menghiburkan anda....

DAH TERBUKTI AKTA ISA MEMANG BERKESAN..

Bapa Mohd. Noor Fikrie minta ISA diwujudkan semula


PONTIAN 20 Dis. - Bapa kepada anggota kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang mati ditembak di Davao, Filipina pada Jumaat lalu berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi mencegah kejadian sama berulang seperti yang menimpa anaknya, Mohd. Noor Fikrie, 26.

Abd. Kahar Sirun, 53, berkata, walaupun ISA sudah dimansuhkan, undang-undang yang menggantikannya perlulah cukup kuat supaya rakyat negara ini yang disyaki terjebak ke kancah keganasan boleh diselamatkan sebelum mereka pergi lebih jauh.

"Pihak berkuasa memaklumkan, anak saya telah lama disyaki menyertai JI tetapi tidak boleh melakukan penangkapan kerana belum berjaya mengumpul bukti kukuh untuk menahannya.

"Namun, jika ISA masih wujud, saya pasti arwah akan ditahan sebaik sahaja pihak berkuasa menghidu penglibatannya dalam JI, sekali gus menghalangnya daripada melakukan kesalahan lebih besar seperti yang telah dilakukan baru-baru ini sehingga menyebabkannya mati ditembak," katanya kepada Utusan Malaysia.


Abdul Kahar ditemui selepas jenazah Mohd. Noor Fikrie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Abdul Rahman, Benut di sini hari ini. 

Bagaimanapun, Abdul Kahar redha dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Kemanterian Dalam Negeri, pihak Polis dan Kedutaan Malaysia di Filipina kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah.

Dia sendiri juga tidak menyangka bahawa mimpi jam tangan yang dipakainya pecah yang dialaminya pada hari Mohd. Noor Fikrie terbunuh membawa petanda buruk buatnya. 

"Dalam mimpi itu juga, arwah datang dan duduk di sebelah saya sambil menyatakan Allahyarham gembira dengan apa yang sedang dilakukannya itu.

"Bukan itu sahaja, tia minggu sebelum itu ketika membaca tahlil, saya juga ada tersasul menyebut naka Fikrie dalam doa yang dibacakan, sedangkan nama yang harus disebut adalah Amin. Saya tidak sangka itu semua adalah petanda awal kematiannya," katanya.

 

396 ahli Pas Semerak keluar parti, sertai UMNO


PASIR PUTEH 20 Dis. - Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO. 

Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas.

"Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lePas," kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, hari ini.

Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika dinikahkan oleh imam UMNO. 

Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira 22 tahun.

Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.

"Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak. - BERNAMA

* Alhamdulillah. mereka dah makin sedar yg PAS tak bawak kebaikan langsung pada umat Islam. So, Yang lain tu amacam? Nak ikut lagi ke? sedar2 la weh.....

MEMANG SAHIH LA PAS NI PARTI AJARAN SESAT..

Imam enggan urus jenazah


ALOR SETAR 19 Dis. - Seorang bekas pemimpin Pemuda Pas hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong Pas untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an. Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.

"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli Pas ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan.

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bekas Ketua Pemuda Pas di salah satu cawangan Pas di Pendang selama empat tahun bermula 1998 itu menceritakan pengalamannya ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti tersebut masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Shahidi yang lebih mesra dipanggil sebagai ustaz berkata, selepas keluar daripada Pas dia tidak lagi dibenarkan menghadiri kuliah atau pengajian kitab yang dianjurkan oleh parti itu meskipun pada mulanya mereka mengatakan tidak kisah jika dia menyertai UMNO.

Menurutnya, akibat kesan Amanat Haji Hadi juga, kebanyakan mereka menganggap orang yang menyokong UMNO menempah pintu neraka dan tanggapan itu masih wujud hingga hari ini.

Tambah beliau, semasa menjadi ahli Pas sejak 1997 termasuk berada dalam Lajnah Kebajikan Pas kawasan Pendang, pemikirannya banyak dipengaruhi dengan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpin parti itu.

"Namun selepas saya menyertai UMNO dan berada di dalam parti, baru saya nampak kebenaran kerana perjuanganya adalah benar iaitu demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Berikutan itu, Shahidi menyeru penyokong Pas agar kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar dengan tidak terlalu taksub dengan parti itu kerana ia tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.

Katanya, penyokong UMNO dan Pas perlu bersatu atas nama Islam supaya nasib orang Melayu dan Islam terbela di negara ini.

UDAH-UDAH LA POK NIK OOIIII.....

Nik Aziz mahu bertanding lagi


KOTA BHARU 20 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyatakan hasrat mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang meskipun ramai yang berharap beliau bersara daripada politik memandangkan keadaannya yang semakin uzur.

Katanya, menjadi kewajipan kepadanya untuk menentang UMNO selagi masih ada orang Melayu yang memberi sokongan kepada parti itu.

‘‘Insya-Allah saya bertanding. Apa saja perkara yang UMNO tidak setuju, saya akan buat. Macam saya kata dulu, bertanding politik bukan tubuh sihat tetapi fikiran betul, tak mabuk. Kalau ajak saya bertumbuk, saya minta maaf," katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meminta supaya rakyat membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang tidak menepati janji.

Teguran tersebut ditujukan kepada Nik Abdul Aziz ekoran kenyataannya sebelum itu yang membayangkan mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini.

Nik Abdul Aziz yang kini berusia 81 tahun sudah 44 tahun berkecimpung dalam politik. Beliau yang menyertai Pas pada tahun 1960 sebagai ahli biasa pernah menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1969 dan menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990.

Ditanya janji beliau sebelum ini yang mahu berundur daripada politik sekiranya Dr. Mahathir berbuat demikian, Nik Abdul Aziz berkata:

“Bila saya sebut? Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."

* Udah2 la Pok Nik. Makin lama Pok Nik pegang, makin huru-hara la rakyat dibuatnya dengan fatwa2 yang sesat lagi menyesatkan....

Isu Kafirkah aku???

Mengapa terus memusuhi UMNO?


BESUT 20 Dis. - Ketika Hashim Deraman, 56, menjadi penyokong tegar Pas, kebencian terhadap UMNO meruap-ruap dan darahnya bagaikan menyirap apabila soal kebaikan UMNO dan kerajaan didengarinya.

Disebabkan taksub, dia juga membayangkan emosinya terganggu setiap apabila melihat bendera atau lambang UMNO dan Barisan Nasional (BN) di depan mata yang dianggapnya penghalang terhadap perjuangan jihad Pas untuk menegakkan sebuah negara Islam.

''Saya tidak boleh tengok. Ada ketikanya saya kerah budak-budak untuk membuangkan dan saya akan bergalang-ganti menghalang sebarang cubaan untuk menampal atau mengantung bendera atau lambang parti UMNO dan Barisan Nasional," ujarnya.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menceritakan Amanat Haji Hadi mengukuhkan sokongannya kepada Pas namun akhirnya dia beransur-ansur menyedari ikutan secara membuta-tuli itu suatu yang sia-sia berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak- tanduk para pemimpin Pas.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktiviti dan penyokong tegar PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. al-Afgani bahawa puluh ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, apabila PAS semakin galak mempertahankan hubungannya dengan parti seperti DAP, Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia mula berfikir apakah mash terpakai amanat itu yang menyentuh hubungan gabungan UMNO dan parti-parti bukan Islam dan perjuangan kabur mereka (PAS).

Beliau juga mula mempersoalkan mengapa harus berterusan membenci UMNO dan penyokongnya yang menerima Islam sedangkan perjuangan Islam PAS semakin reda dan indak-tanduk pemimpinnya juga mula menampakkan mengejar kebendaan.

"Mengapa mereka masih terus memusuhi UMNO sedangkan (PAS) boleh begitu rapa dengan DAP yang jelas menolak perjuangan ke arah negara Islam. Bagaimana pula sikap kita sama ada ingin memilih calon bukan Islam DAP atau calon Melayu dan Islam UMNO dalam pilihanraya?

"Saya melihat PAS lebih berperanan untuk membantu mengukuhkan DAP dan saya bimbang PAS akan terus tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang. Saya tidak nampak lagi perjuangan Islam dan jihad PAS," ujarnya.

Malaysia bercadang ambil guru bahasa Inggeris dari India


NEW DELHI 20 Dis. - Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar-pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa tersebut, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu disambut baik oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yang mengarahkan tindakan susulan dilakukan segera.

‘‘Perdana Menteri India menyambut baik cadangan tersebut dan akan mengarahkan menteri berkenaan untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Pendidikan kita bagi merealisasikan cadangan itu," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan dua hala dengan Manmohan dan bermesyuarat dengan anggota Forum Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia-India (MICEOF) di sini hari ini.

Najib tiba di sini lewat malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari yang bermula hari ini. Sidang bertemakan Perkongsian ASEAN-India untuk Keamanan dan Kemakmuran Bersama ini diadakan sempena 20 tahun hubungan dialog ASEAN-India dan ulangtahun ke-10 Sidang Kemuncak ASEAN-India.

Ini lawatan kedua Perdana Menteri ke India selepas lawatan pertama pada 2010 yang diikuti lawatan balas Manmohan sembilan bulan kemudian. Sejak itu hubungan Malaysia-India bukan setakat hubungan perdagangan biasa tetapi telah berkembang melalui perkongsian strategik dalam pelbagai bidang termasuk hubungan antara rakyat.

Menurut Perdana Menteri lagi, cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.

Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu di tempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.

Katanya, memandangkan India banyak menghantar pelajar ke luar negara, beliau mencadangkan kepada kerajaan India untuk melihat Malaysia sebagai satu lagi pilihan bagi menempatkan pelajar mereka di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. - UTUSAN

* sekurang2nya najib sentiasa mencari jalan utk kemudahan rakyat. Korang ada? silalah jawab wahai PAS, PKR n DAP.....

Thursday 13 December 2012

KITA TENGAOK SIAPA YANG PUTAR BELIT PASAL PERLAKSANAAN HUDUD

Sebelum Minah nak tunjuk surat ini, Minah nak pesan pada semua followers dan pembaca, selepas anda semua membaca surat ini, anda nilailah siapa sebenarnya yang putar belit. Bagi Minah, yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah..




So, how? Bagi Minah, Tun Dr Mahathir mempunyai pengetahuan luas tentang Islam. Jadi, sudah pasti dia tahu bahawa hukum hudud adalah berat perlaksanaannya. Jadi, terserahlah kepada anda untuk menilainya...

Wednesday 12 December 2012

MAKIN TERUK MOROYAN SI ABBY NIH....


Makin menjadi-jadi pulak meroyan si Ostazah Abby nih.. No wonder la Norman Hakim cari lain n Zul Ariffin kata good bye kat dia. Dah tu, teruk sangat meroyannya......

NI SORANG LAGI VAVI....


Apa kata Pok nik?????

PETITION: PETITION TO STOP CAT TORTURE IN CHINA


Ya Allah. Betapa kejamnya manusia terhadap kucing dan anjing. Sanggup jadikan haiwan kesayangan nabi sebagai makanan. Minah mmg berpewatakan kasar. Tapi Minah cukup marah bila manusia memperlakukan haiwan comel tu sebegitu. Bagitu jugak dengan anjing. Walaupun anjing tergolong dalam haiwan najis berat, tapi kita kena ingat. Anjing pun makhluk ciptaan Allah. Oleh itu, Jom la kita support petisyen ni supaya Kucing dan anjing tidak dijadikan makanan. 

Minah bersetuju jika rang undang-undang untuk melindungi haiwan sama ada haiwan terbiar mahupun haiwan yang bertuan diluluskan di parlimen. Kita jadikanlah kisah kucing comel yang bernama Hero sebagai contoh. Hanya kerana mencuri makanan, kedua-dua kakinya dipotong. Nasib baik la ada seorang insan berhati mulia menyelamatkan Hero. 

Minah  harap supaya semua sahabat2 dan followers Minah agar support petisyen ni supaya tiada lagi penganiayaan terhadap haiwan-haiwan ini.. Jom kita support web ni..http://www.causes.com/causes/791536-say-no-to-cat-torture-in-china

BAWAK-BAWAK LA BERTAUBAT WAHAI PENYOKONG PAS.... KORANG MANA MAMPU NAK GANTI UMNO... KORANG PUN MELUKUT DI TEPI GANTANG.....

 
PULAU PINANG, 13 Dis – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairuz Khairuddin berkata rakyat terutamanya penyokong Pas perlu sedar hakikat bahawa Pas tidak akan mampu menggantikan UMNO apatah lagi untuk memimpin pembangkang.
Hakikat tersebut tegas beliau berdasarkan fakta kerana Pas tidak pernah mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan sepanjang 12 kali pilihan raya umum lalu.
Ini kerana katanya sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang ditandingi Pas kurang daripada separuh  dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan.
“Bermula dari tahun 1969, Pas hanya bertanding sebanyak 62 daripada 144 kerusi di Parlimen. Tahun 1990 hanya sebanyak 29 daripda 180 kerusi,, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sekiranya Pas menang di semua kerusi yang dipertandingkan pun tegas beliau sudah terang lagi bersuluh parti ini tidak boleh sama sekali membentuk kerajaan.
“Perlu diingat, Pas hanya menang kesemua kerusi mereka ketika mereka bersama BN dalam pilihan raya 1974. Kini setelah bergabung dengan pakatan pembangkang, Pas terus menjadi sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang.
“Pas hanya mampu menunduk mengikut telunjuk rakan sekutu mereka iaitu DAP dan PKR. Dengan sikap sebegini, mampukah mereka menjadi parti yang mampu menjadi peneraju utama negara… Hakikatnya Pas tidak bersedia untuk menjadi sebuah parti dominan,” ujarnya.
Tambah Fairuz, jelas dapat dilihat dalam pakatan pembangkang sendiri Pas tidak mampu menyanggah DAP dan PKR yang sentiasa mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Pas termasuklah prinsip perjuangan mereka sendiri untuk melaksanakan hudud dan menubuhkan negara Islam.
Tegasnya lagi, Pas di Selangor sahaja sudah memberikan gambaran jelas bahawa parti itu hanya sebagai pengikut setia yang bersedia menurut perintah sehingga portfolio Exco Agama yang sepatutnya disandang Pas telah dirampas PKR.
“Jika benar Pas dominan dalam pakatan pembangkang, mengapa jawatan Exco Agama tidak diberikan kepada parti itu tetapi sebaliknya dijaga oleh PKR.
“Lagi satu, kalau dominan, mengapa hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang menjadi ‘kitab’ perjuangan mereka?” ujarnya.
Katanya lagi, rakyat perlu menilai persoalan-persoalan itu dan hanya mereka yang tidak berfikir secara waras sahaja percaya Pas parti dominan dan terus ditipu oleh Pas yang kononnya mampu untuk menjadi parti yang bakal memimpin pucuk pimpinan negara. - MediaUMNO

HUH!!! TAK DE PENDIRIAN LANGSUNG.....

Salon: Pas Akhirnya ‘Mengalah’ 


KOTA BHARU – Setelah lebih 21 tahun melaksana dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan Pas Kelantan akhirnya ‘mengalah’ atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, penangguhan itu termasuk kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut bukan Islam boleh menggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina. – Utusan Online

Tuesday 11 December 2012

MEMANG VAVI BETUL LA DIA NIH....




Mmg celaka betul la orang yang suka suki ubah logo UMNO mcm ni. Apa kata minah ubah logo PAS, PKR dgn DAP mcm ni...

Untuk PAS, mcm ni...



Untuk PKR mcm ni...


Untuk DAP pulak.....

 
Amacam? Ok x mcm ni????

Monday 10 December 2012

APA CERITA NI? DAH KALAH SEBELUM WAKTU KE?


Di luar, PAS bukan main gah lagi kata PAS akan ganti UMNO tapi dalam mesyuarat belakang tabir, lain pula ceritanya.

Dikalangan orang PAS di Kelantan, mereka sudah terima arahan untuk hanya pertahankan DUN Kelantan dan turun lebih ke bawah kerana mereka mula risau dengan gerakan BN untuk "turun padang".

Kata mereka, Nik Aziz telah keluarkan arahan ini dalam satu mesyuarat tertutup ssuatu malam bersama hanya pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil rakyat Kelantan di bangunan PUTIK di Pengkalan Chepa selepas akhirnya Muktamar PAS  pada November 19hb.

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh lebih kurang 21 orang pemimpin-pemimpin PAS Kelantan dan dipengerusikan Dato Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang juga exco kanan kerajaa Kelantan, Nik Amar menyeru pemimpin-pemimpin mengenepikan kepentingan diri dan tumpukan kepada pilihanraya. Sebarang agenda yang dibuat perlu diteruskan.

Suara yang cemas juga kedengaran dari Husam yang dalam ucapan mengatakan gelombang merah yang UMNO sedang serang di bawah dan pengundi PAS sudah turut terjejas.

Husam tidak mencadangkan apa-apa melainkan memainkan permainan propaganda untuk menarik Dato Mustapha dari Jeli untuk turun lawan di Bachok. Dengan cakap besar, Husam kata PAs tak risau dengan Awang Adek tanding di Bachok.
 
 
Manakala Nik Aziz yang begitu jelas menyatakan terang-terang untuk tidak pedulikan kerusi Parlimen yang mana PAS tidak boleh mimpi untuk ke Putrajaya. Dia mahu tumpukan supaya Kelantan tidak jatuh balik ke UMNO.
 
Namun begitu, dia beritahu jangan beritahu ke bawah kerana ada parti komponen lain dan dirisaukan pelbagai tuduhan tidak beri kerjasama akan timbul. Dalam keadaan tertekan, Nik Aziz pula berangan-angan mahu sapu bersih kerusi-kerusi DUN Kelantan..

Menurut rancangan Nik Aziz, dia mahu kekalkan 4 kerusi di Pasir Puteh dan 4 kerusi di Kuala Krai.

Beliau arahkan tumpuan diberi kepada DUN Kok Lanas dan tentang habis-habisan Alwi Che Mat. Nampak sangat Nik Aziz berdendam kerana Alwi yang dedahkan dirinya dan isteri mendapat tanah ladang rakyat baru-baru ini.

Nik Aziz ada merungut mengenai Dato Ibrahim Ali yang dikatakannya berpaling tadah darinya.

Dia turut memberitahu kemungkinan tidak akan ketengahkan Salahuddin Ayub dan Dr Nasharuddin Md Isa sebagai calun di Kelantan. Nasha tidak ada jawatan maka tidak perlu calonkan dia semula di Bachok.

Bila ditanya, Nik Aziz pun hadapai masaalah juga dengan pencalunan Ustaz Mohd Hussin dan Dr Hatta Ramli.

Nik Aziz cadangkan dihenti dari mengikut rentak UMNO untuk gaduh dan bantah. Dia mahu rakyat nilai sendiri. Bolehkah mereka benarkan rakyat menilai sendiri kes royalti minyak yang sudah kalah di mahkamah hingga ke federal Court?

Muslimah PAS akan digerakkan untuk adakah usrah perbincangan dari rumah ke rumah. Beliau meminta lawatan dibuat dengan sekerap seminggu sekali.

Nampaknya PAS baru sedar mereka bermasaalah di Kelantan dan baru mahu nak ambil tahu masaalah rakyat di bawah.
 
* Kalau macam ni lah caranya, alamat kalah la PAS kali ni... Elok pun.. 
 
 

LAMA TAK LAYAN LAGU NI....

Jom layan lagu nih....

WHAT THE HELL ARE YOU TALKING???


Apa punya BANGANG la statement ABBY ni...sedarlah apa tugas kau ni asyik membawa fitnah semata mata dan membawa berita tak betul saja.Adakah ABBY sakit jiwa semenjak masuk PAS?mempersoalkan hak orang lain samaada jujur dan tidak ALLAH yang menentukan.

AMACAM NURUL IZZAH? ADA BRAN?????


So, tunggu apa lagi? Takkan takut kot.....

CERITA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Assalamualaikum to all my friend n followers,

Firstly, Minah nak minta maaf sbb lambat sgt nak karang artikel ni. Sepatutnya dari hari pertama lg minah dah karang. Tp disebabkan masa x menentu hinggakan kesihatan Minah terjejas, Minah x sempat nak karang artikel ni.

Ok, masa hari pertama Minah jejakkan kaki di PWTC, Minah teruja sgt sbb tahun ni la yg betul2 menaikkan semangat Minah as a Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO. Mana taknya, bila kita tgk betul2 kat PWTC, Minah rasa seolah-olah PRU 13 dah nak dekat. Seriau jugak Minah dibuatnya..

Malam Perasmian, Minah rasa mcm bahang PRU je. Mana taknya, setiap bait2 ucapan perasmian oleh YAB Tan Sri Muhiddin Yassin semuanya berkisar tentang pilihanraya. Jom kita tgk video ni....


Pergh.. Minah mmg rasa tahun ni lain dari yang lain. X pernah Minah rasa bersemangat mcm ni.

Hari Kedua

Hari kedua adalah Hari Persidangan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri. Sekali lagi Minah rasa teruja sangat bila mendengar ucapan dasar dari YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Minah rasakan seolah2 YB Datuk Rosnah jelmaan YB Datuk Azalina Othman Said iaitu Ketua Pergerakan Puteri Malaysia pertama. Beliau seolah-olah mengambil semangat Datuk Azalina semasa beliau menjadi perintis Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Tak percaya? Jom kita tengok dua video ni...


Dah tengok kan. So now, jom kita imbas balik zaman Datuk Azalina Othman Said semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dulu..


Sorry. Minah x dapat nak cari ucapan dasar Datuk Azalina masa tahun 2004.Tp video ni pun dah cukup menunjukkan bahawa Datuk Rosnah seolah-olah jelmaan Datuk Azalina.  Tamat saja Persidangan, Minah berfikir sesuatu. Adakah kita semua benar-benar bersedia? Adakah kita benar-benar kita telah bersiap siaga? Minah harap persoalan ini tidak akan bermain difikiran kerana semasa PRU 13, tiada lagi kedengaran belum bersedia. Kita kena berjuang habis-habisan demi mempertahankan survival kita, maruah agama Islam dan mengekalkan keamanan di negara kita demi masa depan generasi kita yang akan datang.

Oleh itu, AYUH SEMUA... KITA BANGKIT MENENTANG MEREKA WALAUPUN HINGGA KE HUJUNG NYAWA.... DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR YG TERCINTA ... UNTUK GENERASI KITA YANG SETERUSNYA....

SAHIH DAH SEWEL TAHAP GABAN...

Abby Abadi Fitnah Tun Mahathir Tidak Bersolat!


Lagi fitnah ditaburkan oleh bekas pelakon dan penyanyi yang pernah kecoh berhubung KETIADAAN DARA sewaktu berkahwin kali pertama dahulu dengan bekas suaminya, Norman Hakim sehinggakan bekas suaminya itu terpaksa membuat kenyataan media bahawa ABBY ABADI MASIH DARA ketika dikahwininya. Sedangkan Abby Abadi pula, sekadar menyorok dan tidak mampu menerangkan perkara sebenar berhubung DIA TIDAK BERDARA ketika berkahwin. 

Masa terus berlalu. Abby Abadi yang suatu ketika pernah melahirkan kekesalan kerana seringkali menjadi 'mangsa fitnah', kini begitu giat pula menfitnah orang lain, khususnya para pemimpin UMNO. Teguran-teguran yang diberikan kepadanya berhubung sikapnya yang melampau terutama menerusi TWITTER, tidak sahaja menyedarkannya, bahkan membuatkan dia semakin sombong dan sentiasa menyalahkan UMNO. 

Kini, Abby Abadi dan fitnah ibarat lagu dan irama. Tidak boleh dipisahkan. Apa-apa sahaja yang terlahir sama ada dalam bentuk tulisan di TWITTER mahupun menerusi ceramah, hanyalah fitnah semata-mata. Orang yang sebelum ini menjadikan maksiat sebagai sebahagian daripada hidupnya, kini cuba menampilkan diri kononnya lebih Islam berbanding orang lain dengan melakukan fitnah.

Terbaru, Abby Abadi yang cuba 'membetulkan kesalahan' membuat fatwa, memetik kenyataan Dr. Khairuddin yang mengatakan sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir, tiada agenda solat, mencegah kemungkaran dan melahirkan umat yang soleh. 

Sama ada Abby Abadi memang jenis yang buta perut atau bakal calon PAS pada PRU13 akan datang dari kalangan yang enggan mengakui, kemungkaran dan kekufurannya selama ini adalah salah sendiri, hanya dia dan Allah Taala sahaja yang terlebih tahu. 

Sepanjang tempoh pentadbiran Tun Dr. Mahathir atau kerajaan UMNO, tiada satu kaedah dan halangan pun dibuat untuk membuatkan umat Islam meninggalkan atau mengengkari ajaran yang menjadi akidah mereka. Sebaliknya penyuburan dilakukan menerusi gerakan syiar dalam bentuk tabligh, pendidikan, persekitaran dan dasar kerajaan. 

Fitnah terbesar terhadap Tun Dr. Mahathir ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh puak-puak PAS. Malahan sehingga kini, orang PAS kekal menganggap orang UMNO dan para pemimpin UMNO tidak bersolat, tidak memberatkan solat dan tiada pendidikan tentang solat. 

Tugas kerajaan ialah menyediakan persekitaran, pendidikan dan penyuburan dakwah. Tugas-tugas berkenaan telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dan para pemimpin UMNO yang lain sepanjang tempoh mereka menggalas tanggungjawab. Apabila rakyat tidak mahu bersolat, enggan mengelak daripada melakukan kemungkaran dan enggan menjadi umat yang soleh, ianya tidak ada langsung kena-mengena dengan kerajaan. 

Dek kerana itulah terdapat banyak ayat al Quran yang Allah Taala firmankan bahawa orang lain tidak akan menanggung dosa orang lain, melainkan dosa dan amal sendiri. Antara ayat-ayat al Quran tersebut adalah Al-Baqarah ayat 286, Al-An'am ayat 164, Al-Israa ayat 15, Al-Faathir ayat 18, Az-Zumar ayat 7 dan An-Najm ayat 38.

Sama ada puak-puak seperti Abby Abadi dan para pemimpin PAS dari jenis yang tidak membaca al Quran atau dari jenis yang membaca al Quran tetapi tidak mengambil pelajaran daripada apa yang mereka, seringkali kita boleh melihat dan mendengar bagaimana mereka gemar menyalahkan para pemimpin atas kemungkaran yang berlaku. 

Dari dahulu sehingga sekarang, kelas-kelas pelajaran agama untuk semua peringkat boleh ditemui di serata tempat. Bagaimanapun, kaum jahiliyyah seperti Abby Abadi sangat gemar mencari jalan pintas untuk ke syurga dengan kaedah masuk parti politik yang ada jenama agama. Lantas keterujaan kerana berada di dalam sebuah parti agama itulah yang telah menyesatkan mereka, bukannya semakin mendekatkan mereka dengan Allah Taala. 

Kalaulah benar Abby Abadi mahupun para penyokong PAS benar-benar diberikan pendidikan tentang agama Islam, mereka tidak akan menyalahkan orang lain kerana kemungkaran yang mereka atau orang-orang di sekeliling mereka lakukan. Sebaliknya mereka akan menyalahkan diri dan semakin bermuhasabah selain beriltizam untuk menghapuskan kemungkaran tersebut sama ada dengan tangan, lisan mahupun hati mereka. 

Malangnya, puak-puak ini telah ditutup hati dan akal mereka oleh Allah Taala dengan hijab yang sangat tebal sehinggakan mereka mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain.

Dek kerana itulah, Allah Taala tidak datangkan atau turunkan Islam kepada Muhammad s.a.w dalam bentuk fahaman politik, sebaliknya Islam diturunkan dalam bentuk Ad-Deen.

Orang PAS boleh faham ke apa bendanya Ad-Deen atau mereka masih juga beranggapan, PAS adalah Ad-Deen, sama seperti Islam?