Thursday 20 December 2012

Isu Kafirkah aku???

Mengapa terus memusuhi UMNO?


BESUT 20 Dis. - Ketika Hashim Deraman, 56, menjadi penyokong tegar Pas, kebencian terhadap UMNO meruap-ruap dan darahnya bagaikan menyirap apabila soal kebaikan UMNO dan kerajaan didengarinya.

Disebabkan taksub, dia juga membayangkan emosinya terganggu setiap apabila melihat bendera atau lambang UMNO dan Barisan Nasional (BN) di depan mata yang dianggapnya penghalang terhadap perjuangan jihad Pas untuk menegakkan sebuah negara Islam.

''Saya tidak boleh tengok. Ada ketikanya saya kerah budak-budak untuk membuangkan dan saya akan bergalang-ganti menghalang sebarang cubaan untuk menampal atau mengantung bendera atau lambang parti UMNO dan Barisan Nasional," ujarnya.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menceritakan Amanat Haji Hadi mengukuhkan sokongannya kepada Pas namun akhirnya dia beransur-ansur menyedari ikutan secara membuta-tuli itu suatu yang sia-sia berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak- tanduk para pemimpin Pas.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktiviti dan penyokong tegar PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. al-Afgani bahawa puluh ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, apabila PAS semakin galak mempertahankan hubungannya dengan parti seperti DAP, Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia mula berfikir apakah mash terpakai amanat itu yang menyentuh hubungan gabungan UMNO dan parti-parti bukan Islam dan perjuangan kabur mereka (PAS).

Beliau juga mula mempersoalkan mengapa harus berterusan membenci UMNO dan penyokongnya yang menerima Islam sedangkan perjuangan Islam PAS semakin reda dan indak-tanduk pemimpinnya juga mula menampakkan mengejar kebendaan.

"Mengapa mereka masih terus memusuhi UMNO sedangkan (PAS) boleh begitu rapa dengan DAP yang jelas menolak perjuangan ke arah negara Islam. Bagaimana pula sikap kita sama ada ingin memilih calon bukan Islam DAP atau calon Melayu dan Islam UMNO dalam pilihanraya?

"Saya melihat PAS lebih berperanan untuk membantu mengukuhkan DAP dan saya bimbang PAS akan terus tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang. Saya tidak nampak lagi perjuangan Islam dan jihad PAS," ujarnya.

No comments:

Post a Comment