Sunday 23 December 2012

Najib sedih kematian Keng Yaik


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat sedih apabila mendengar berita kematian bekas Presiden Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik yang meninggal dunia, semalam.

Perdana Menteri berkata, Keng Yaik merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang baik dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negara.

"Dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau lima dekad, Tun Dr. Lim Keng Yaik terbukti menjadi seorang tokoh inspirasi ahli politik yang didorong komitmen tinggi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata, sebagai menteri Kabinet selama 22 tahun, mendiang Keng Yaik berkhidmat dengan cemerlang dan memainkan peranan yang besar dalam transformasi negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang stabil dan makmur.

"Semua rakyat Malaysia terhutang budi kepada beliau. Keng Yaik bukan sahaja seorang pemimpin yang hebat, bahkan rakyat Malaysia yang hebat.

"Beliau adalah seorang pejuang dan kita akan akan merasai kehilangan beliau. Ingatan kami kini bersama keluarga dan rakan baik beliau," katanya. 

Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Country Resort Tropicana, Petaling Jaya pada 4.45 petang semalam.

Beliau meninggalkan isteri, Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak. - BERNAMA

* Secara peribadinya, Minah memang menyenangi mendiang. Beliau seorang yg mempunyai sense of humour. Then beliau juga seorang tokoh yang disenangi oleh semua lapisan kaum. Bukan mendiang sahaja, adik mendiang juga pernah menjadi boss minah suatu ketika dulu. Now, negara dah kehilangan seorang tokoh pemimpin yang berkaliber. Semoga keluarga mendiang tabah untuk meneruskan kehidupan..

No comments:

Post a Comment