Pingat: Karpal bidas Koo Ham, Chang Khim
PULAU PINANG 23 Dis. - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini
menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk
Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan
raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.
Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua
pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut
sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran
ketika masih aktif dalam politik.
“Ngeh (Koo Ham) dan Teng (Chang Khim) telah melanggar prinsip
tersebut dan saya tidak gembira (mengenainya)," katanya dalam sidang
akhbar di sini.
Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk
pada 2008, manakala Chang Khim yang merupakan Speaker Dewan Undangan
Negeri Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010.
No comments:
Post a Comment