Thursday 20 December 2012

DAH TERBUKTI AKTA ISA MEMANG BERKESAN..

Bapa Mohd. Noor Fikrie minta ISA diwujudkan semula


PONTIAN 20 Dis. - Bapa kepada anggota kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang mati ditembak di Davao, Filipina pada Jumaat lalu berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi mencegah kejadian sama berulang seperti yang menimpa anaknya, Mohd. Noor Fikrie, 26.

Abd. Kahar Sirun, 53, berkata, walaupun ISA sudah dimansuhkan, undang-undang yang menggantikannya perlulah cukup kuat supaya rakyat negara ini yang disyaki terjebak ke kancah keganasan boleh diselamatkan sebelum mereka pergi lebih jauh.

"Pihak berkuasa memaklumkan, anak saya telah lama disyaki menyertai JI tetapi tidak boleh melakukan penangkapan kerana belum berjaya mengumpul bukti kukuh untuk menahannya.

"Namun, jika ISA masih wujud, saya pasti arwah akan ditahan sebaik sahaja pihak berkuasa menghidu penglibatannya dalam JI, sekali gus menghalangnya daripada melakukan kesalahan lebih besar seperti yang telah dilakukan baru-baru ini sehingga menyebabkannya mati ditembak," katanya kepada Utusan Malaysia.


Abdul Kahar ditemui selepas jenazah Mohd. Noor Fikrie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Abdul Rahman, Benut di sini hari ini. 

Bagaimanapun, Abdul Kahar redha dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Kemanterian Dalam Negeri, pihak Polis dan Kedutaan Malaysia di Filipina kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah.

Dia sendiri juga tidak menyangka bahawa mimpi jam tangan yang dipakainya pecah yang dialaminya pada hari Mohd. Noor Fikrie terbunuh membawa petanda buruk buatnya. 

"Dalam mimpi itu juga, arwah datang dan duduk di sebelah saya sambil menyatakan Allahyarham gembira dengan apa yang sedang dilakukannya itu.

"Bukan itu sahaja, tia minggu sebelum itu ketika membaca tahlil, saya juga ada tersasul menyebut naka Fikrie dalam doa yang dibacakan, sedangkan nama yang harus disebut adalah Amin. Saya tidak sangka itu semua adalah petanda awal kematiannya," katanya.

 

No comments:

Post a Comment