Nik Aziz mahu bertanding lagi
KOTA BHARU 20 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
sekali lagi menyatakan hasrat mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 akan datang meskipun ramai yang berharap beliau bersara daripada
politik memandangkan keadaannya yang semakin uzur.
Katanya, menjadi kewajipan kepadanya untuk menentang UMNO selagi masih ada orang Melayu yang memberi sokongan kepada parti itu.
‘‘Insya-Allah saya bertanding. Apa saja perkara yang UMNO tidak
setuju, saya akan buat. Macam saya kata dulu, bertanding politik bukan
tubuh sihat tetapi fikiran betul, tak mabuk. Kalau ajak saya bertumbuk,
saya minta maaf," katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasminya di
JKR 10 di sini hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meminta
supaya rakyat membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang
tidak menepati janji.
Teguran tersebut ditujukan kepada Nik Abdul Aziz ekoran kenyataannya
sebelum itu yang membayangkan mahu bertanding lagi dalam pilihan raya
umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini.
Nik Abdul Aziz yang kini berusia 81 tahun sudah 44 tahun berkecimpung dalam politik. Beliau yang menyertai Pas pada tahun 1960 sebagai ahli biasa pernah
menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1969 dan menjadi Menteri Besar
Kelantan sejak 1990.
Ditanya janji beliau sebelum ini yang mahu berundur daripada politik
sekiranya Dr. Mahathir berbuat demikian, Nik Abdul Aziz berkata:
“Bila saya sebut? Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar
kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya
berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong
UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."
* Udah2 la Pok Nik. Makin lama Pok Nik pegang, makin huru-hara la rakyat dibuatnya dengan fatwa2 yang sesat lagi menyesatkan....
No comments:
Post a Comment