Wednesday 26 December 2012

SURE NUAR LARI MALAM NIH...

10 Nama Bakal Hancurkan Anwar 


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan dua yang lain berjaya mengekalkan hampir sebahagian besar pembelaan mereka dalam kes saman yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan demikian selepas membenarkan Anwar membatalkan beberapa perenggan sahaja dalam pernyataan pembelaan Nallakaruppan dan syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) yang dinamakan sebagai pihak defendan.


Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera ketika membaca penghakimannya menyatakan, defendan-defendan tidak boleh bergantung kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat membabitkan bekas pemandu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu justifikasi.

Namun begitu, penghakiman mahkamah tertinggi negara itu boleh digunakan bagi membuktikan perlindungan bersyarat atau penghujahan bagi menentukan kos.

Nallakarupan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara wanita yang dikaitkan dengan Anwar, dakwa Ahli Dewan Negara itu dalam dokumen tersebut ialah : 

1. Shamsidar Taharin
2. Norlaila Abdul Majid
3. Soma Rodrigo @ Anne
4. Mior Abdul Razak
5. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja
6. Dr Munawar Ahmad Anees
7. Azizan Abu Bakar   
8. Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun
9. Hairany Mat Nafees
10.Rashid

Vazeer Meera membuat keputusan sedemikian dalam permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang difailkan pada 2 Ogos lalu untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Nallakarupan dan Utusan setelah berpendapat perenggan-perenggan berkenaan tidak sepatutnya dimasukkan.

Selain bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd dan Utusan, turut dinamakan dalam saman menuntut ganti rugi sebanyak RM 100 juta itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakarupan tuduh Anwar biseksual.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar selaku plaintif menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud, beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga mendakwa, perkataan tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Januari tahun depan untuk pengurusan kes tersebut.

Kedua-dua pihak juga akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Sementara itu, Muhammad Shafee ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak akan memanggil individu-individu yang disebut namanya seperti Shamsidar Taharin dalam pembelaan Nallakarupan sebaliknya anak guamnya itu akan memberi keterangan berdasarkan apa yang dilihat.

Tambah peguam terbabit, sekiranya plaintif ingin menyangkal apa yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Negara itu maka Anwar yang perlu memanggil individu-individu terbabit untuk menafikannya.

No comments:

Post a Comment