Sunday, 14 April 2013

NI PULAK ORANG YANG DIKATAKAN CALON PKR UNTUK KERUSI P072 TAPAH


Kalau difikirkan balik, setau Minah, pegawai tentera mana boleh aktif dalam politik? Salah kan?


HARAP-HARAP CALON YANG DIPILIH BIARLAH YANG BENAR-BENAR BERWIBAWA

BN pilih calon berdedikasi, ambil berat masalah rakyat

KUALA LUMPUR 12 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua calon yang dinamakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk mewakili BN, adalah anggota parti yang begitu berdedikasi dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. 

Justeru, beliau berharap agar rakyat meluangkan masa mengenali calon-calon itu dengan lebih dekat, mengetahui perubahan yang ingin dibawa dan wawasan mereka terhadap kawasan yang diwakili serta negara secara keseluruhannya.

"Dalam lebih tiga minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya.

"Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong BN kerana sepanjang lima tahun lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my.

Najib berkata lebih banyak program transformasi boleh direalisasikan sekiranya BN diberi mandat dan kepercayaan untuk meneruskan menerajui negara.

Dalam pada itu, Najib berkata dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, BN telah mengumumkan manifesto atau Akujanji kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya.

Katanya manifesto itu boleh dilihat dalam bentuk paparan grafik di laman blog www.1malaysia.com.my dan berharap rakyat dapat berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Di samping itu, Najib berkata BN telah melancarkan Kit Tindakan Online yang boleh dimuat turun sebagai tanda sokongan secara online kepada parti itu.

"Dengan sokongan itu, kita dapat bersama-sama memastikan impian kita semua untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, maju dan makmur pada masa akan datang dapat dicapai," katanya. - BERNAMA

KALAU HAPUS, MACAM MANA ORANG LAIN NAK BELAJAR.....



BERJAYA LA SANGAT!!!!!


Jom kita baca apa yang depa nak kelentong pada rakyat....


Ye ke berjaya? Isu air pun sampai sekarang tak selesai, Lagi nak kelentong.....

PERTAHAN KE HANCUR???


Pertahan la sangat. Takut nanti bila deme menang, Islam pun ntah ke mana, Kristian yang berleluasa....

INI RUPANYA CALON BERJASA UNTUK KERUSI P072 TAPAH


Ini rupanya orangnya. Patut la awal-awal dah letak bendera kat pekan Tapah...