Saturday, 16 March 2013

SIKIT PUN AKU TAK PERCAYA!!!!!!

Janji dulu pun tak tertunai, lg nak buat janji baru? Yg best nya bila rakyat tuntut janji, dia jawab Manifesto bukan janji.. Mende nihhhhhhh?







Friday, 15 March 2013

GILO PUNYA STATEMENT.....

Ada ke patut dia ckp mcm tu? Dgn tok guru mana ko belajo nih?..

OMG!!! hanya gambar yang mampu menceritakan segalanya...

So, amacam? Lu x percaya lg?



























NUKILAN TUN DR M

Transfer The Hate

Malaysia dikenali sebagai pihak yang selalu membantu muslim Filipina untuk mencapai keamanan dengan jalan rundingan dengan Filipina.Malaysia dengan kemahiran diplomasinya telah memujuk Filipina supaya tidak meneruskan operasi ketenteraannya ke atas wilayah selatan yang diduduki ramai muslim.

Jadi terdapat pihak yang iri hati melihat usaha Malaysia membantu muslim Filipina.Jika muslim Filipina bersatu dengan muslim Malaysia,ini adalah ancaman paling besar.Jadi caranya ialah...

PECAH BELAHKAN MEREKA.

Sogok seseorang di kalangan muslim Filipina dengan sesuatu supaya mereka menentang Malaysia.Dalam hal ini Kiram dijadikan kambing hitam kerana dia ada kes kuat untuk dipergunakan.Jadi,kebencian muslim Filipina kepada kerajaan Kristian Filipina DIPINDAHKAN kepada Malaysia.Sekali lagi yang menjadi kambing hitam dan perkakas untuk menjayakan hal ini adalah...

Orang Tausug yang karakteristiknya suka berperang namun lemah pemikiran dalam percaturan politik antarabangsa.

Dalam dunia hari ini...orang yang lemah akan ditindas dan diperkotak-katikkan.Kita tak perlukan orang yang badannya kuat dan hebat berperang tetap bodoh dan bengap.

Kita perlukan mastermind yang mampu menghidu percaturan politik kotor orang lain.

Bila muslim Filipina bencikan Malaysia,apa jua bantuan Malaysia untuk memujuk dan 'balancing' dalam tindakan Filipina menjadi berkurangan.Dan Sulu akan menjadi remote weapon Filipina untuk mengawal Malaysia.Dalam pada itu,Malaysia tidak perlu lagi 'menyibuk' untuk membantu muslim Filipina dan...

Filipina ada kuasa veto untuk terus menindas muslim Filipina.

Siapa yang rugi apabila orang Islam berpecah belah?

Orang Islam sendiri.

Di belakang Filipina ada beratus-ratus ejen CIA.Kiram juga dikatakan mengharapkan bantuan Filipina untuk menyerang Malaysia.What the hell of this?Siapa yang latih komando Filipina?

Tetapi Filipina tidak boleh bertindak melulu kerana Malaysia ada backup antarabangsa.Malaysia adalah good guy yang mana-mana negara hormat dan degan dengan attitude berkecuali dia.Dengan kata lain,Malaysia banyak pasang 'abang angkat'.Saya dedahkan salah satu abang angkat Malaysia.

The Big Dragon,China...

Singapura dan Filipina di backup oleh Amerika tetapi Malaysia punya kaitan 'triad brothers' dengan taiko tai China.

Jika orang Islam bodoh dan bengap macam askar-askar Kiram,maka bagaimana kita boleh survive dalam dunia hari ini?Amerika giat memajukan sistem 'Star Wars' mereka,satu sistem peperangan elektronik yang tercanggih,manakala China telah selangkah lagi dalam pembinaan peluru berpandu dan satelit tentera dengan inventori persenjataannya yang meningkat disamping masih mempunyai jumlah askar yang menakutkan mana-mana negara sekalipun di dunia.

Saya tak tahu kenapa tetapi Malaysia boleh 'call' China jika ada ancaman dari geng Amerika macam Israel boleh 'hire' Amerika anytime jika negara-negara Arab buli dia.

Contohnya dalam konflik di Spratly,China boleh mengebom tentera Vietnam dengan kapal perang mereka tetapi anehnya Malaysia boleh mengugut China supaya jangan memasuki kawasan Malaysia,dan China menurut tanpa tentangan.

Adakah Malaysia ada 'triad brothers' yang lain yang digeruni China?Ini memang menarik jika anda cari dan mencari.

Jadi orang Islam kena smart.Jangan bodoh dan bengap macam tentera Sulu yang berani ugut penduduk Kampung Tanduo tapi lembik dengan tentera Filipina yang terus menjajah Sulu.

Kredit: Srikandi

JANJI KAK WAN...


MEMANG NAK KENA CILI MULUT JANTAN NIH....


OPS Daulat ! Foto Pengganas Wanita Kiram Mati Di Tembak ! Puteri Kiram Sibuk Ber'Twitter'



Salah seorang pengganas militan Sulu dikenalpasti seorang wanita.
Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan pasukan keselamatan kita.
Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala harimau bintang, wanita ini terbujur kaku dimamah peluru yang dimuntahkan oleh anggota komando yang terlibat dalam Ops Daulat.
Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan pasukan keselamatan akan berfikir ‘dua kali’ untuk menyerang mereka.
Namun pada golongan berkenaan pula, Sultan Jamalul Kiram III cuba berbohong dengan menyatakan tujuan mereka dihantar untuk berperang dengan kerajaan Malaysia adalah demi perjuangan menegakkan Islam, demi mempertahankan tanah milik nenek moyang mereka dan berbagai lagi alasan hingga menyebabkan kaum wanita mereka ‘bersemangat’ untuk mengangkat senjata.
Paling menyedihkan, di saat kaum wanita mereka DIRACUN pemikiran dan tipu helah Sultan Jamalul  Kiram III ini, anaknya, Jacel bersenang-lenang di Manila bersama bapanya.

Bahkan lebih menyakitkan hati, Jacel sempat lagi membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!
Sudahlah bapanya sendiri pun tidak diiktiraf Sultan Sulu yang sebenar, si anak pula dengan bangganya menggelarkan diri sendiri dengan panggilan puteri!
Sayang sekali, permainan sandiwara Sultan Jamalul Kiram III ini masih gagal difahami oleh para pengikut taksubnya.
Si isteri sanggup meninggalkan keluarga, si suami sanggup mati, si anak yang tidak berdosa juga dibawa sekali ke medan perang demi nafsu dan ketamakan kuasa sultan mereka.
Akhirnya si isteri yang selama ini tidak pernah mengangkat senjata dan tak tahu apa-apa mati di hujung peluru, meninggalkan keluarga dan anak terkontang-kanting di kampung sedangkan Sultan Kiram III dan anak-anaknya masih cuba berlagak hero – di kota metropolitan Manila!
Apa lagi nak dikata...