Saturday 2 May 2015

DAH BUANG TEBIAT KOT KAK WAN NIH..

Minah tengok Kak Wan ni dah macam buang tebiat pun ada....

Cer korang tengok nih....

haiya... kak wan lancing-lancing loh...
Kak Wan buat tarian kipas. Kak Wan dengan kipas memang tak boleh dipisahkan...

Udah main buai pulak.. Kalah budak-budak...
Ni dah main buai pulak....
Kak Wan kak wan...

Undi punya pasal, sanggup buat apa saja...
Nampak sangat la sebenarnya Kak Wan ni dah desprate sangat nak undi....
Macam mana kak wan nak tadbir dua kawasan kalau DUN Kajang pun terabai....

So, Minah harap kepada pengundi P 044 Permatang Pauh, kali ni, undilah BARISAN NASIONAL...
Kesian kak wan tu..
Banyak sangat kawasan nak ditadbir...

Kepada kak wan...

Udah-udah la tu...
jangan TAMAK sangat

bak kata pepatah...

"Orang Tamak Selalu Rugi,
      Umpama Anjing dengan bayang-bayang"

Nanti tak pasal-pasal...

"Yang dikejar tak dapat,
      Yang dikendong berciciran....

Thursday 30 April 2015

Wednesday 29 April 2015

YANG INI MINAH SETUJU....



Minah cukup la senang hati bila ada pihak yang membuat gesaan kepada SPR mewajibkan ahli politik yang bertanding semasa pilihanraya tak kira la pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum fasih berBahasa Melayu. (berita lanjut, klik saja)

Minah rasa wajar sebab bila Minah ingat balik, didapati ada sebahagian YB-YB ni not fluence la in Bahasa. Jom kita layan video nih...

                                  
                              

Betul tak apa Minah cakap?

Bak kata P. Ramlee...

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA....

FAKTA SEJARAH KESULTANAN PERAK





WARNA PERAK

Hitam tanda kekuatan,
Kuning tanda kedaulatan,
Putih tanda kesucian,
Warna Perak Darul Ridhuan.
Hening malam kesepian,
Memikir nasib keturunan,
Malam gelap, malam yang yang kelam,
Risaukan Bangsa, Iman dan Islam.
Mari kita, kita berusaha,
Naikkan martabat martabat bangsa,
Mari kita bersama - sama,
Pulihkan maruah maruah agama.
Berpegang teguh satu kalimah,
Timbulkan satu penyatuan jisbah,
Satukan hati satukan arah,
Satukan maksud maksud ke akhirat.
Sesama kita, kita doakan,
Rahmati kita dan keturunan,
Di dunia damai di akhirat aman,
Maksud warna Perak Darul Ridhuan...
Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.
   Menurut satu cerita yang  sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. 
   Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
   Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi. Apa pun dalam mengkaji nama-nama negeri Perak ini kita lihatlah darisegi huruf Jawi dari nama "Perak" ini. Mungkin ianya punyai maksud yg terselindung.
   Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.
[sunting]Kerajaan Purba
Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.
Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.
Lanjutan Kesultanan Melaka
   Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.
   Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
   Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-
'Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka....'
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil Mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.
Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.
Pusat pemerintahan
Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
Kota Lama Kanan
Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
Semat dalam Mukim Senggang,
Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
Pulau Tiga, Kampung Gajah
Pulau Cempaka Sari di Parit
Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
Pasir Panjang, Kampung Gajah
Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
Sayong, Kuala Kangsar
Batak Rabit, Teluk Intan
dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28.
Sultan Perak dari pertama hingga sekarang..
1. Sultan Mudzaffar Shah 1
2. Sultan Mansur Shah
3. Sultan Ahmad Tajuddin
4. Sultan Tajul Ariffin
5. Sultan Alauddin Shah
6. Sultan Mahmud Shah
7. Sultan Mudzaffar Shah 2
8. Sultan Mahmud Iskandar Shah
9. Sultan Alauddin Mughayat Shah
10. Sultan Mudzaffar Shah 3
11. Sultan Muhammad Shah
12. Sultan Iskandar Dzulkarnain
13. Sultan Mahmud Shah
14. Sultan Alauddin Mansor Shah
15. Sultan Ahmadin Shah
16. Sultan Abdul Malek Mansor Shah
17. Sultan Muda Raja Ahmad
18. Sultan Abdullah Muazzam Shah
19. Sultan Shahabuddin Riayat Shah
20. Sultan Abdullah Muhammad Shah
21. Sultan Jaafar Mua’zzam Shah
22. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah
23. Sultan Abdullah Muhammad 2
24. Sultan Yussuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
25. Sultan Idris Murshidul’azam Shah
26. Sultan Abdul JalilKaramatullah Shah
27. Sultan Iskandar Shah
28. Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billal Shah
29. Sultan Yussuf Izzuddin Shah
30. Sultan Idris Iskandar Shah 2
31. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Istana Kayangan
Pada peringkat awal ,tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk Sultan Perak bersemayam. Istana Sultan Perak pada masa itu terdiri daripada binaan kayu yang bermutu tinggi dan di bina di tepi Sungai Perak. Kawasan tepi sungai Perak terutama di Hilir Perak ,memang tidak ada kawasan berbukit-bukau.
Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.
   Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut berdatang sembah lalu berkata...
" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala Tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah Tuanku membuat Istana diatas bukit yang di pinggir Batang Hari, Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah Tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan Tuanku itu...."
   Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya Istana Rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Sistem Pemerintahan
   Di zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Sistem gelaran Orang-Besar-Besar Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan mengwujudkan gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar Empat Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah di ubah mengikut kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran ini di kenali sebagai :-
Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir.
Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja.
Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.
Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.
   Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah disandang oleh Megat Terawis. Megat Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa dengan baginda.
   Corak pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap sebagai amalam feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari segi pentadbirannya jelas menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum Inggeris menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan, pembesar negeri dan strultur pemerintahan itu sendiri.
   Sejak dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan Bendahara Perak hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu Kassim menyerahkan balik jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar Zulkarnain kerana satu perbalahan.
   Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair "Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya" sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.
Campurtangan Inggeris di Perak
   Percampuran dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu di akhir kurun ke 19 telah mendorongkan pihak British untuk mengubah sikap berdagang dan campurtangan dalam urusan politik dan pertadbiran - iaitu penjajahan secara langsung atau tidak langsung terhadap kesemua Negeri Melayu di Semenanjung.
  Seperti helang kelaparan mereka hanya menunggu peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya telah berjaya menyingkap segala aspek kehidupan masyarakat Melayu dan menggunakan kelemahan-kelemahan yang terdapat untuk menguasai terus Negeri Perak dengan memperalatkan institusi-institusi traditional. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.
   Maka berlakulah perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan diantara dua kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.
   Pergaduhan-pergaduhan dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalam Negeri Perak supaya kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan Negeri Perak dapat di eksplotasikan sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka. Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka pada 20 Februari 1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang di namakan Perjanjian Pangkor.
Perjanjian Pangkor 1874
20 Jan 1874 - Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh para pembesar Melayu Perak dan Gabenor British, Sir Andrew Clarke di perairan Pangkor. Perjanjian yang memiliki sebanyak 14 syarat ini begitu penting kerana memberikan demensi baru kepada sejarah moden negeri Perak khususnya dan Malaysia.
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.
Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British.
KANDUNGAN PERJANJIAN PANGKOR 1874
1. Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
2. Raja Bendahara Ismail Pemangku Sultan dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan menerima pencen serta sebuah daerah kecil diserahkan kepadanya.
3. Semua pembesar yang dilantik semasa pemerintahan Raja Ismail dahulu diiktiraf.
4. Kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri di Larut oleh al-marhum sultan disahkan.
5. Semua pendapatan yang dikutip dan semua perlantikan adalah dibuat atas nama Sultan.
6. Sultan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk Pegawai British yang bergelar Residen yang diiktiraf di istana dan nasihatnya hendaklah diminta dan diikuti dalam semua perkara keculai perkara yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu.
7. Gabenor Larut (Speedy) hendaklah di dampingkan sebagai penolong Residen, seorang pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak dengan kuasa yang sama dan tertakhluk kepada Residen itu.
8. Kos bagi Residen-residen ini serta kakitangan lain adalah ditentukan oleh Kerajaan Negeri Selat dan ditanggung dari pendapatan kerajaan Perak.
9. Pendapatan bagi Sultan, Bendahara, Menteri dan pegawai-pegawai lain adalah dibayar melalui pendapatan negeri Perak.
10. Pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri ini ditadbir di bawah nasihat residen-residen ini.
11. Sempadan Pulau Dinding dan Pangkor yang diserah kepada Inggeris dipindah semula iaitu dari Bukit Sigari menyusur pantai ke Pulau Katta (Katak) di bahagian Barat, dan dari Pulau Katak menuju timur laut sejauh lima batu, kemudian ke Utara ke Bukit Sigari.
12. Sempadan di Sungai Krian juga ditetapkan.
13. Bagi memulihkan keadaan kacau–bilau di Perak dan menegakkan keamanan dan penyelesaian puak-puak yang berpecah dalam negeri Perak, maka Residen British bertanggungjawab melakukannya termasuk menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera-jentera dan sebagainya.
14. Menteri Larut mengakui berhutang kepada Kerajaan Negeri Selat terhadap pembayaran ’charge’ dan perbelanjaan menjalankan penyiasatan dan usaha menyelamatkan negeri Perak dan keselamatan perdagangan.
  Implikasi daripada perjanjian ini di Perak:-
i) Pengukuhan institusi beraja secara berperlembagaan
ii) Campur tangan British bermula
iii) Kebangkitan nasionalisme Melayu menentang British
iv) Wujudnya bandar Taiping , Kamunting di Larut
v) Daerah Kerian diakui menjadi wilayah ; sempadan negeri Perak
vi) Menamatkan kekacauan di Larut.
Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang berasa kuasa mereka telah hilang kuasa. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh JWW Birch yang akibatnya ialah Perak berhadapan dengan Inggeris dalam siri peperangan hingga tahun 1876.
Ramai wira Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain.
   Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini telah menjatuhkan mertabat kuasa mutlak Raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri dengan hanya menjadi Sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri terserah bulat-bulat kepada budibicara Residen Inggeris yang secara langsung di pertanggung jawabkan oleh Gabenor Negeri Selat untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa - Sistem Residen.
   Perjanjian Pangkor dan perlaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan seketika persengketaan di antara golongan-golongan yang bersengketa dalam Negeri Perak. Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor yang pada anggapan Inggeris akan di patuhi oleh semua pihak dan tidak akan di tentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap mudah di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen Inggeris yang pertama telah memulakan tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk sangka atau perasaan curiga.
   Orang Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-masing telah menghadapi jalan buntu bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini. Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.
   Berikutan daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W. Birch. Pasukan-pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris dibawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang-orang Melayu yang di syaki telah di bakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah di serang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguh pun kekurangan senjata dan tektik peperangan oarng-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di Kota Lama. Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan akhirnya kesemua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch ditangkap dan dibicarakan peperangan ini ditamatkan.
Nasionalisme di negeri Perak
   Maka tercatatlah dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama saperti Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che' Gondah, Ngah Ahmad, Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che' Ngah Ibrahim dan lain-lain lagi disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu. Ramai diantara mereka yang dihukum gantung dan di buang negeri di asingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi generasi kini.
   Peristiwa tersebut telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Inggeris dalam merancanakan rancangan penjajahan mereka yang selanjutnya. Raja Yusuf telah diangkat sebagai Sultan Perak yang ke 27 (1877-1887) bergelar Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah dan Raja Idris yang menghakimkan perbicaraan kes pembunuhan J.W.W.Birch telah diangkat menjadi Raja Muda. Sistem pertadbiran negeri telah diperkemaskan lagi dan dipersesuaikan dengan dasar Inggeris. Pembesar-pembesar negeri yang tidak sesuai telah di pencenkan dan yang berkebolehan serta masih taat kepada pemerintah telah dijadikanpegawai bergaji tetap dan mesti bekerja untuk Inggeris atas nama titah perintah Sultan.
Semasa Negeri Perak
   Pembangunan ekonomi telah di lipatgandakan dengan pembukaan lombong-lombong baru yang lebih moden dan ladang-ladang getah dan ini telah menyebabkan munculnya bandar-bandar baru di sekitar kawasan perekonomian. Bagi menghubungkan rangkaian bandar-bandar baru saperti Taiping dan Ipoh, jalan-jalan raya dan perkhidmatan keretapi telah diwujudkan. Bandar-bandar traditional Melayu telah ditinggalkan kesepian kerana segala kepentingan ekonomi dan urusan perniagaan telah tertumpu di sekitar kawasan yang baru di bangunkan oleh Inggeris. Maka terasinglah orang Melayu dan tinggal lah mereka kesepian dengan corak penghidupan lama mereka di kawasan pertanian, di kuala-kuala sungai dan bandar tradisional warisan mereka.
   Penduduk-penduduk Perak telah berkembang pesat dengan penghijrahan beramai-ramai buruh-buruh kaum Cina dan India untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih dan ladang getah. Maka daripada sinilah wujudnya masyarakat majmuk yang dapat dikenali daripada identiti kegiatan ekonomi masing-masing.
   Negeri Perak sungguh beruntung kerana golongan-golongan Kerabat Di Raja saperti Sultan Idris Murshidul Adzam Shah, Sultan Iskandar Shah dan Raja Sir Chulan masih lantang bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat yang di kekang penjajah.
    Dalam menghadapi aliran perkembangan politik moden di pertengahan tahun 1940an hinggalah Tanah Melayu mengalami bahana Perang Dunia ke2, seterusnya detik-detik kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sejarah Negeri Perak berkait rapat dengan sejarah Tanah Melayu pada umumnya. Dalam hal ini negeri Perak telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan pejuang kemerdekaan yang masih harum namanya menjadi kebanggaan generasi sekarang. Sehingga kini payungan di raja Kesultanan Perak masih utuh menaungi kemakmuran negeri dan menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ikhwanul Muslimin
Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.
  Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap diGunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.
Beliau di seksa dengan terok oleh British, dengan kerjasama mata2 yang rata2 nya ialah orang Melayu.
   Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.
   Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato' Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.
   Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.
   Di sinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.
    1950 Persidangan alim ulama seluruh Tanah Melayu di bawah anjuran UMNO . Telah timbul pandangan yang berlainan antara anggota UMNO.
    1951 Persidangan alim ulama kali kedua , orang Melayu telah berpecah kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Golongan ulama dalam UMNO yang telah keluar dari parti ialah Haji Ahmad Fuad , Haji Maliki dan Haji Ahmad Badawi.
   Ketika Pentadbiran Jepun (Gunsekanbu) berpusat di Taiping, Dr Burhanuddin al-Helmy sebagai Penasihat Adat Kebudayaan Melayu telah mencadangkan persidangan ulamak di adakan sekali lagi oleh Jepun. Gagasan Dr Burhanuddin diterima oleh Jepun dan satu Persidangan Majlis Agama Se-Malaya pada 12 Disember 1944. Persidangan yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ini telah dihadiri oleh wakil-wakil Majlis Agama Negeri, para ulama, mufti, dan wakil-wakil institut pengajian Islam dari seluruh Tanah Melayu. Antara pemimpin Islam ternama yang hadir dalam persidangan ini ialah Sheikh Hassan Yamani, Mufti Terengganu dan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (bekas Pesuruhjaya Agama Terengganu) yang mewakili Majlis Agama Islam Terengganu. Wakil dari Majlis Agama Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Shonan-To (Singapura), Melaka dan Pulau Pinang turut hadir.
   Persidangan ini juga telah berjaya menubuhkan Majlis Agama Serantau yang bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan majlis-majlis agama dan menyelaraskan beberapa perkara tentang umat Islam seperti hari raya, tarikh puasa, fatwa dan sebagainya. Pihak Jepun memberikan kebenaran untuk menubuhkan majlis ini kerana yakin ia tidak diperalatkan bagi tujuan politik radikal seperti Masyumi di Indonesia. Tetapi apabila Dr Burhanuddin al-Helmy merancang persidangan serupa pada 1945, ia ditolak oleh Jepun kerana bimbangkan gerakan politik para ulamak.
   Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan ulamak dalam memperjuangkan kemerdekaan menjadi lebih tersusun dan bersifat nasional. Pada mulanya ulamak bergerak dalam PKMM, tetapi menubuhkan MATA di Gunung Semanggol pada 24 Mac 1947. Ulamak bergerak aktif memperjuangkan hak-hak orang Islam dan membangunkan pendidikan melalui Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR), serta ekonomi ummmah di bawah Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS). Setahun kemudian, MATA telah menubuhkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 dengan dasar “Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat”
Gerakan ulamak berpusat di Gunung Semanggol yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir ini diakui oleh Nabir Abdullah (1976) dipengaruhi oleh Masyumi, parti Islam dari Indonesia. Sokongan padu umat Islam terhadap usaha ulamak memerdekakan Tanah Melayu telah membimbangkan British dan juga Umno. Dato’ Onn Jaafar pernah membayangkan kebimbangan beliau terhadap Hizbul Muslimin, katanya, “saya tidak melarang tetapi saya tidak sudi membenarkan (orang Umno ke Gunung Semanggol) … Bahaya dari Gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi (Hizbul Muslimin) yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang-orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenar-benarnya parti Islam itu ‘merah’ . Hal ini dijawab oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir, “umat Islam perlu bergerak dengan faham Islam yang tepat… sekiranya jatuh pertubuhan Hizbul Muslimin kita ini, bererti kejatuhan agama kita dan bererti juga kejatuhan umat Islam Malaya” .
   Kerana ancaman Hizbul Muslimin dengan gagasan “Darul Islam”nya, British telah bertindak menangkap Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan beberapa ulamak Gunung Semanggol pada 29 Julai 1948 di bawah Ordinan Darurat. Penangkapan ini telah melumpuhkan Hizbul Muslimin seluruhnya. Para ulamak yang dahulunya bergiat dalam Hizbul Muslimin mengambil beberapa sikap antaranya menyertai Bahagian Agama Umno. Tokoh-tokoh ulamak seperti Sheikh Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Hussin Che Dol, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, Sulaiman Palestin, Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Mahir Perak dan lain-lain. Tetapi pergerakan ulamak dalam Umno bukan sahaja terbatas, bahkan terpaksa melayan tindakan pemimpin Umno yang bertentangan dengan Islam. Beberapa tindakan pemimpin Umno seperti bekerjasama dengan British, mengabaikan aqidah umat Islam dalam isu Natrah, menganjurkan judi loteri, fun fair dan kaberet. Ulamak-ulamak tidak mendapat peluang untuk menegur pemimpin Umno yang sudah melampaui batasan agama. Dalam soal kemerdekaan, Umno langsung tidak membicarakannya kerana bagi Umno mereka hanya mahu mempertahankan Raja-raja Melayu dengan slogan “Hidup Melayu”nya. Sedangkan para ulamak mahu slogan “Merdeka” dilaungkan dan Islam dijadikan asas dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
   Menyedari masalah ini semakin membarah, para ulamak mula mendesak Umno supaya diadakan perjumpaan alim ulamak untuk membincangkan masalah umat. Pada Februari 1950, atas tajaan Umno para ulamak telah bersidang di Kelab Melayu Muar dan antara lain memutuskan keperluan menubuhkan sebuah badan dakwah ulamak yang dinamakan Jam’iyah ad-Dakwah al-Islamiyah. Selepas persidangan ini, tidak ada sebarang tindakan konkrit daripada Umno terhadap resolusi-resolusi yang dibuat oleh ulamak terutama yang melibatan kepentingan umat Islam. Ketua Bahagian Agama Umno, Haji Ahmad Fuad kemudian menulis dalam Suara Umno tentang keperluan ulamak mempunyai persatuan sendiri.
   Kesan daripada ini, Umno bersetuju untuk mengadakan Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Dalam persidangan ini, usul Haji Ahmad Fuad untuk menubuhkan Persatuan Ulamak Se-Malaya diterima dan satu Jawatankuasa Penggubal Undang-undang Tubuh Persatuan Ulamak dibentuk dengan diketuai oleh Haji Ahmad Fuad sendiri. Pada 24 November 1951, Persidangan Ulamak Se-Malaya anjuran Persatuan Ulamak Se-Malaya tanpa penglibatan Umno diadakan di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kecil (Butterworth). Para ulamak yang bersidang itu kemudiannya bersetuju supaya nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS .
Tergugatnya Intitusi Beraja Membawa kepada Penyatuan Melayu.
Buat pertama kalinya semenjak sekian lama, orang-orang Melayu, para pentadbir, golongan bangsawan, alim-ulama, malahan Raja-raja Melayu telah bersatu hati menentang Malayan Union. Malahan suara-suara protes juga kedengaran dari beberapa orang bekas pegawai  tadbir British seperti Frank Union, George Maxwell, R.O Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemard yang membidas tindak-tanduk Harold MacMichael kerana menggunakan ugutan untuk memperolehi tandatangan Raja-raja Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak melobi Tanah Melayu di Parlimen serta menulis surat-surat kepada akhbar nasional menuntut Perdana Menteri Britain menghentikan inisiatif menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan.
Pada 1-4 March 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bagi menghadiri Kongres Melayu seTanah Melayu pertama yang diadakan bersempena agenda penentangan Malayan Union kerana mengancam kedudukan raja-raja dan orang-orang Melayu. Kongres tersebut telah membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu serta kempen berselaras untuk menentang Malayan Union.
     Bagi maksud tersebut, sebuah jawatankuasa khas telah dilantik untuk menderaf perlembagaan bagi penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.Susulan daripadanya, pada 11 Mei 1946,  Kongres Melayu ketiga telah diadakan di Johor Bharu dan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO diisytiharkan  dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor waktu itu yang merupakan seorang anggota nasionalisme Melayu yang aktif dan berkarismatik telah dilantik sebagai presidennya yang pertama. Kongres tersebut juga telah mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian Mac Michael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.
   Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi. UMNO terus dengan sejarah menuntut kemerdekaan 1957 dengan Penubuhan Perikatan, Pembentukan Malaysia 1963, Perpisahan Singapura 1965, Peristiwa Hitam 13 Mei 1969, Darurat dan MAGERAN 1969-1971 dan Pembentukan Barisan Nasional 1971.
   Secara Am-nya apa yg dapat diperhatikan adalah mengenai apa yg telah berlaku ke atas Tanah Melayu dan Intitusi Beraja telah di perkotak-katikkan maka wujudlah satu semangat jitu dan bersatu orang-orang Melayu dalam mempertahankan Raja Berdaulat. Orang-orang Melayu mestilah Bersatu demi mempertahankan Raja-raja Melayu kerana Adat merupakan Martabat Bangsa.
AYUH KITA BERSATU!!!
JANGAN LAGI KITA BIARKAN SI BEDEBAH ITU MENGHINA SULTAN YANG KITA SAYANGI!!
AYUH!!!
KITA PERTAHANKAN SULTAN KITA!!!
DAULAT TUANKU!!!
Credit to Lemon Tea Ice

Tuesday 21 April 2015

BANGKITLAH WAHAI ANAK PERAK

Jangan tidur lagi anak Perak...
Sedarlah semua bahawa Sultan kita dihina oleh puak-puak DAPig...
Mereka semakin berani menghina sistem beraja kita sedangkan sultan merupakan tonggak agama dan bangsa kita....


Ini lah bukti nya bagaimana mereka MENGHINA.......
Adakah kita mahu membiarkan mereka melakukan BERULANG KALI tanpa TINDAKAN daripada kita orang MELAYU yang MENDAULATKAN sistem beraja dalam negara kita yang dilindungi oleh PERLEMBAGAAN?????


Oleh itu, bangun lah anak-anak Perak dan negeri-negeri beraja di seluruh MALAYSIA..

Jangan tidur lagi....

BANGUN...
BERSATU...
MEMPERTAHANKAN SISTEM BERAJA DI MALAYSIA

Ayuh kita pertahankan....
Sesungguhnya Sultan kita adalah tonggak agama dan bangsa kita.....

Monday 20 April 2015

SULTAN PERAK DIHINA!!!!



 Pada 31 Mac 2015, Persidangan DUN diadakan dan dirasmikan oleh Sultan Perak yang baru. Kalau ikutkan pada hari pertama perasmian, semua ADUN dikehendaki memakai long suit putih, tapi puak-puak DAP ang the gang nih pakai baju hitam dengan alasan Abang NON a.k.a Anwar Ibrahim KETUM masuk jail.



Dengarnya baginda murka dan langsung tak mau bersantap.Kalau kita tengok gambar di atas sekali, Permaisuri Perak pun macam bengang dengan puak-puak nih. Hari kedua, ADUN Rungkup dengan ADUN Slim dengan rasa marahnya mempersoalkan kenapa depa pakai suit hitam. Jom kita layan video ni...




Korang tengok la betapa kurang ajarnya ADUN Tronoh ni, Sampai kata "Ingat Sultan tu you punya ka? Celaka You..."


Disebabkan kebiadapan ADUN nih, perhimpunan 604 diadakan pada 6 April 2015 di depan pejabat SUK. ...




"DARI RAKYAT RAJA BERDAULAT"

Jom kita ramai-ramai berhimpun di depan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk menyatakan betapa KASIHnya rakyat kepada NEGERI PERAK dan SULTAN yang kita sayangi....