Monday, 24 September 2012

Ketua Pemuda UMNO Kepong parah ditikam

 

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Ketua Pemuda UMNO Kepong Datuk Norizan Ali (gambar) parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

"Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.

"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.

Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa. 

"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya. 

 * Minah doakan agar Datuk cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran..



 



Mana oh Mana???





Ketika umat Islam  di Negara ini dan seluruh dunia berang dengan filem pendek, Innocence of Islam dan karikatur majalah Charlie Hebdo yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, pemimpin pembangkang khususnya PKR hanya berdiam diri.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan mempersoalkan ke mana perginya pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan sebagainya yang sebelum ini dilihat lantang bersuara menghentam pemimpin Barisan Nasional (BN),  langsung tidak kedengaran dalam mempertahankan Rasulullah yang dicerca oleh musuh agama.

“Sepatutnya mereka juga bangkit dengan mengutuk perbuatan penulis dan pengarah filem tersebut, Sam Bacile yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan menyebabkan Duta Amerika di Syria terbunuh.

Apakah sikap membisu pemimpin PKR ini kerana takut dengan tekanan Amerika 
Syarikat dan sekutunya yang selama ini membiayai kewangan dan menyokong perjuangan politik mereka di negara ini?

Malah mereka juga langsung tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mengganggap bantahan umat Islam terhadap filem tersebut sebagai membuang masa dan tenaga,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, kenyataan Ngeh Koo Ham itu yang dibuat melalui Twitter – walaupun sudah meminta maaf – menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam. Lebih dikesali, beliau dengan mudah meminta maaf selepas menyinggung perasaan umat Islam.

“Sebagai pemimpin, Ngeh Koo Ham sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama berhubungan sensitif agama dan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa inilah kita perlu bersatu dan bersama-sama dalam mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW tanpa mengira fahaman politik kepartian.

Isu ini juga perlu menjadi pengajaran kepada semua ahli politik khususnya pembangkang dan pemimpin bukan kerajaan (NGO) agar saling hormat-menghormati adat dan agama kaum-kaum lain di negara ini. Hentikan sebarang provokasi melampau agar keharmonian negara dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). - GPRS

Hari tu beli Bas dengan Treller. Skrg udah naik pesawat pulak....

 Anwar, pemimpin pembangkang naik jet
 Anwar Ibrahim kelihatan ketawa ketika berbual-bual dengan Tan Seng Giaw di dalam jet eksekutif.
 
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden PKR, Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

DR. Hatta Ramli (kiri) bersama Tian Chua turut serta dalam penerbangan ke Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah menaiki jet eksekutif. 
 
Antaranya, blog http://mediawangsamaju.blogspot.com menerusi gambar daripada akaun Twitter Tian Chua memaparkan Anwar yang memakai kaca mata hitam kelihatan gembira sambil berbual dengan para pemimpin pembangkang lain di atas jet mewah tersebut.

Sunday, 23 September 2012

Memang bangsat la ini parti....


Alasan BANGANG DAPig pertahan Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri!!!


                                           

Cukup melucukan sekali   jawapan seorang lawyer terkenal seperti Karpal yang pertahan Guan Eng kerana melantik dirinya sebagai Ketua Menteri setelah menawan negeri P.Pinang pada 2008 .

Kerana bapanya  Kit Siang ada hubungan lama dengan P.Pinang membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri ?? haha....

 Tapi lihat lah sendiri apa dia bikin di negeri ini , rakyat negeri ini semakin susah terutama peniaga kecil yang diganggu siang & malam oleh penguatkuasa kerajaan yang mendapat arahan seorang Ketua Menteri dari luar P.Pinang .

Selain itu , yang mengemparkan sekali Karpal akui jawatan Setiausaha DAP adalah paling berkuasa dalam parti itu . Jadi tak hairan la Mansor panggil Guan Eng sebagai TOKONG kerana dia paling tertinggi dalam DAP .

Dalam perkembangan lain, Karpal Singh berkata jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak semestinya hanya boleh disandang seseorang yang dilahirkan di negeri ini seperti yang didakwa bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. 

 “Lim Kit Siang mempunyai hubungan dengan pulau Pinang sejak sekian lama. Keluarga Lim mempunyai kediaman di sini. Memanglah Lim Guan Eng dilahirkan di Batu Pahat, tapi hubungan yang ada antara beliau dengan Pulau Pinang sudah memadai untuk menjadikan beliau pilihan yang betul untuk menjadi ketua menteri,” katanya. 

 Semalam, Tunku Aziz berkata ketua menteri Pulau Pinang sepatutnya adalah anak tempatan, bukan ahli politik yang dibawa dengan payung terjun ke negeri ini dari tempat lain dan sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dipilih sebagai ketua menteri. 

 Mengenai komen Tunku Aziz bahawa pengerusi DAP kebangsaan itu kadangkala diketepikan, Karpal berkata beliau menghormati pandangan itu, walaupun ia tidak tepat dan tidak berasas. 

 “Dalam DAP, berbeza dengan parti lain, setiausaha agunglah yang paling penting, tapi ini tidak bermakna pengerusi diketepikan,” katanya. -BERNAMA






Jangan salah pilih.. nanti merasa SEUMUR HIDUP....

PRU-13: Jangan buat silap - Tunku Aziz

TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (dua dari kanan) bersama Tan Chee Chong (kiri), Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min di Forum The Day When We Were In DAP di Jalan Perak Georgetown, Pulau Pinang, semalam
.
PULAU PINANG 21 Sept. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.

Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.

"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.

"Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan.

"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini.

Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan.

Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.

Saturday, 22 September 2012

BRAVO.... saman... jgn tak saman....


Penulis blog saman Kor Ming




IPOH 22 Sept. - Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam.

Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah. - UTUSAN

Aik!!! Start bila pulak apek sekor nih minat kat Shila Amzah?

Nga Kor Ming Ucap Tahniah Kepada Shila Amzah

Aik!!! Start bila pulak Apek Nga Kor Ming ni minat kat Shila Amzah? Siap ucap tahniah lagi kat twitter. Tu pun ada orang bantai dia balik.. ni dia punya statement.....

Nga Kor Ming 倪可敏
Congratulations 2 Shila Amzah who became Champion of Asian Waves  with Mandarin Song.Keep M'sian spirit high!
Tahniah kpd Penyanyi Shila Amzah yg menjuarai "Asian Waves" di Shanghai dgn lagu Cina. Syabas & terus berusaha.

U ikhlas ke ni?? RT : Congratulations 2 Shila Amzah who became Champion of Asian Waves  with ...
 I hope to invite her to perform at DAP Grand dinner if God willing.

 I think u forgot something, shila is a muslim.. Pkai tudung lg tu.. Sejak bila u berminat dgn gadis melayu islam ni? Haha..
 DAP is for all races, including your good self. We are impressed by her talent & proud of her achievement purely as M'sian.
 are u sure with ur statement?? Haha I don't think so..



Hahahaha.... Terdiam apek sekor ni bila mamat tu soal balik ......