Monday, 1 October 2012

Kuang Kuang Kuang....... Malu siut.....

 KJ TABUH ANWAR LAGI KAT PARLIMEN DENGAN FAKTA!!!




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.
  
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
  
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
  
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
  
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.

"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.
  
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
  
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.
  
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
  
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.

"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
  
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
  
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
  
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
  
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.

"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan  raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
  
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
  
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
  
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
  
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau.

Tuesday, 25 September 2012

Nampak sangat la despratenya....

Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud? Kalau Syaitan Pun sanggup Kerjasama, Ini kan Pula.....


Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.  
Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.  
Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing. 
Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang.   Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing.  
Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan.  
Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka?   Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?  Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.  
Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.  Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.   
Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka.  Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain.  
Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.   Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka.  
Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.  
Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun pluralisme.  
Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut.  
Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam.  Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’.   
Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.  
Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah.  Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR.   Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.  
Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan.  Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing? 
Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?   
Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa ‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?   
Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam?  
Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan PAS iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?

Wow... Very hot story...

Ostazah Aishah akan bertanding di P131 Rembau?? 

 

Aishah didalam satu kenyataan kepada lidah rasmi Pas, mengaku terima ajakan untuk bertanding atas tiket Pas di satu kawasan Parlimen di Negeri Sembilan pada PRU13 nanti.. Tapi.., Aishah kata dia akan kaji dulu tawaran untuk jadi calon Pas walaupun ada dakwaan bahawa Aishah ada peluang besar untuk menang di kawasan tu..

Korang agak, Parlimen manakah di Negeri Sembilan yang dimaksudkan oleh puak-puak Pas tu semua? Dan siapakah lawan bagi Aishah?
Gua dimaklumkan oleh sumber dalaman Pas di sana, Aishah mungkin akan diletakkan sebagai calon di kawasan Parlimen P131 Rembau..

Dan korang tahu tak sapa yang jadi Ahli Parlimen Rembau sekarang ni? Sapa lagi beb kalau bukan Haji Khairy Jamaluddin.., menantu babah yang fofuler tuu..
Walaupun kerusi tu adalah milik PKR sebelum ni, tapi gua difahamkan ada perjanjian sulit yang dibuat antara Pas dan PKR..

So pada pandangan gua, kalau senario ni jadi kenyataan, Khairy memang tak ada can untuk menang kalau dia bertanding di Rembau tu beb..
Korang kena ingat..., Aishah tu kan 'PAKAR' Janji Manismu..., mana menantu babah tu boleh lawan Janji Manis yang bakal ditaburkan oleh Aishah..

Kalau Khairy janji nak buat Hospital di Rembau.., Aishah akan JANJI untuk bagi rawatan percuma kepada semua pengundi disitu..
Kalau Khairy janji nak buat jalan.., Aishah akan JANJI untuk bagi kereta murah lah pulak...

Biasalahh.., Janji Manismu lah katakann.. Mana Khairy boleh lawannn.. Hahahahaha...

Monday, 24 September 2012

Iskh. Pandai pandai je korang buat cite...

HOT NEWS !!! BETUL KER DATIN SERI ROSMAH HANYA DI JEMPUT SEORANG KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI ???


sebelum ini puak pakatan haram sibuk main gambar di atas kononnya PM Datuk Seri Najib tiada bersama dengan Datin Seri Rosmah.betul ker Datuk Seri Najib tiada bersama ??? ada bukti ker ??? setakat gambar berjalan bolehlah.gambar yang lain ??? jom kita lihat apa yang terjadi
Berbuih mulut penulis pakatan haram jadah bila menulis memfitnah PM dan isteri.umpama seekor anjing..letih berlari lidah terjelir..letih kekenyangan gonggong tulang busuk terjelir lidah..nak bersenggama..hehe bahasa sopan sikit pun anjing akan terjelir..pendekata..perangai anjing terjelir lidah dah meresapi jiwa sang penulis upahan pakatan haram jadah setiap kali mereka ini mengutuk PM dan isteri..tambahan pula kalau depa dapat burukkan DS Rosmah..semua penulis anjing ini seolah sepakat..One Command Centre arah maka depa bakal terjelir d iringi lelehan air liur hapak keluar dan berlumba..siapa yang hebat fitnah maka dialah yang bakal dapat tulang lebih !! Kini..setelah sekian lama dah lapuk dek hujan fitnah..anjing pakatan haramjadah mula menggunakan foto DS Rosmah ke majlis perkahwinan anak Sultan Brunei..kononnya DS Rosmah ke sana "Wakil Malaysia" dan PM..malah hanya beliau sorang sahaja yang pergi..perghHH hebat anjing-anjing pakatan haramjadah buat cerita. Mereka semua cuba tutup cerita yang DS Rosmah tiba awal bersama Ragad Waleed Alkurdi, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak.Pm menyusul d hari rasmi..takkan aakj nak tulis jadual padat seorang PM d sini..sama macam kitalah..kalau kita sibuk maka kita minta isteri kita pergi awal d kenduri tu dan jumpa d sana...bingai betul laa !!

http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/timthumb.php?src=/datinrosmah/uploads/FW254563_BRU18_230912_PM.jpg&w=640&zc=1 

Bila foto d atas keluar..semua anjing menikus tanam kepala dalam mangkok jamban...tak berani angkat muka..bimbang aakj ludah atas muka muahahah puihHHH !! Aakj kekadang makin heran tahap penulis bertaraf anjing kurap peliharaan pakatan haramjadah...tulislah sesuatu yang manafaat..contohnya..nik aziz makin layu..makin uzur..makin nyanyok ke..masih nak jadi MB..tulis bab anwar yang makin teruk moralnya...hahah makin mewah..woohh ada jet mahal tuu...makin tak ubah perangai dengan "jantan muda"..hahaha ye ke nuar..aakj dengar ada yang baru ni..siap bervideo yang ada suara mengerang berahi antara kamu dan anak muda ni hahaha opsss ye ke..aakj tanya je ni - AAKJ
NAK TANYA BALIK KAT PUAK PAKATAN HARAM !!!
GAMBAR DI ATAS TU GAMBAR SIAPA YEEKKKKK ???
GAMBAR DATIN SERI ROSMAH SORANG YEKKK ????
RENUNG-RENUNGKAN 

Wow... Gerek seh....

Jet Eksekutif Anwar Ditaja Seseorang? Baiknya Penaja Tu…



Anwar Pinjam Jet Macam Pinjam Kereta.. Ha..ha.. Lawak Paling Geli Di Abad Milenium

Berhari-hari juga Anwar Ibrahim berdiam diri cuba mengelakkan kontroversi termasuklah memboikot dari menghadiri himpunan membantah filem Innocence of Muslim, akhirnya Ketua Umum PKR itu terpaksa juga membuka mulut mengakui jet eksekutif yang dinaikinya telah ditaja oleh seseorang.

Semuanya gara-gara tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua memuat naik gambar secara ‘sengaja’ jet eksekutif yang dinaiki oleh ketuanya dan rombongan pemimpin pembangkang yang lain sewaktu mahu menghadiri majlis pembangkang di di Sabah & Sarawak tempohari.

Sebelum ini, Tian Chua dalam akhbar NST memberi tahu bahawa jet tersebut telah disewa. Cara Tian menjawab bunyinya seperti jet itu disewa oleh Anwar menggunakan duitnya sendiri.

Katanya lagi, jet jenis itu terlampau murah untuk disewa selanjutnya meminta NST memeriksa sendiri kos sewaan dengan syarikat yang memiliki jet tersebut.
Tian Chua argued that the private jet in which Anwar had flown last week was “quite cheap” to charter, but declined to be drawn into discussing important details such as costs and who had chartered the plane.
“You will have to check with the company which owns the jet (about that),” Tian Chua told the New Straits Times. NST, 24 September 2012
Anak Anwar, Nurul Izzah yang juga adalah Naib Presiden PKR dalam satu mesej tweetnya berkata, “apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat”. Bunyi jawapannya seperti angkuh dan sedikit tertekan barangkali.

Dan kini hanya berselang masa beberapa jam sahaja, Anwar pula mengeluarkan kenyataan bahawa jet eksekutif itu telah ditaja oleh seseorang. Kontradiks berbanding kenyataan awal dari Tian Chua dan sedikit sama dengan jawapan dari anak sulungnya. Berhari-hari memerah otak mencari alasan pun masih lagi berlawanan antara satu sama lain.
“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
“Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.
“Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan. Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan,” katanya. MyNewsHub & MStar Online, 24 September 2012
He..he.. pinjam jet peribadi, dia ibaratkan macam pinjam kereta. Apa mungkin Anwar sebenarnya pun memang dah ada sebiji jet agaknya, tapi rosak. Pandai Anwar mencari perumpamaan.

Jawapan dari mulut Anwar sebenarnya mengundang lebih banyak persoalan. Ramai yang nak tahu siapa yang bermurah hati menaja perjalanan pergi balik dari Malaysia Barat ke Timur untuk Anwar dan anggota rombongannya? Siapakah yang baik budi menyewakan jet untuk Anwar berkempen untuk kepentingan politik pembangkang?

Buat masa ini, hanya Anwar dan beberapa orang yang terdekat sahaja yang tahu gerangannya.Biasanya orang perseorangan yang mampu menaja, menyewa atau memiliki jet eksekutif tentulah seorang yang berduit banyak serta tentu sahaja memiliki perniagaan sendiri. Bukan calang-calang orang yang sanggup ‘meminjamkan’ kapalterbangnya untuk sehari suntuk mahupun berhari-hari.

Dalam salah satu akhbar, Anwar juga ada menjelaskan bahawa gambarnya bersama pemimpin pembangkang dalam jet eksekutif tersebut sengaja disebarkan untuk membuktikan ketelusannya. Betulkah? Telusnya dia.

Tapi pelik kenapa gambar tersebut tidak dimuat naik sejak awal lagi melalui twitter dan facebooknya, sebaliknya Tian Chua pula yang termuat naik dahulu.

Baru-baru ini pula kecoh apabila Anwar dapat bas mewah ‘percuma’ yang kemudian dijajanya ke seluruh negara. Tak silap, siap pakej bersama treler kot. Sekarang diberi dan ditaja secara ‘percuma’ pula sebuah jet peribadi. Agaknya selepas ini dapat pula sebijik kereta kebal percuma.

Teringat pula kisah Nik Aziz yang jadi MB Kelantan dah berpuluh tahun pernah dapat tajaan RM65,000.00 untuk ke Mekah. Nasib baik ditolaknya saat akhir itupun selepas SPRM tertarik untuk mengetahui lebih lanjut, kalau tak, tentu Nik Aziz dapat merasa kemudahan tempat tinggal percuma dalam istana berjeriji.

Seronok betul jadi Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1.00, walau gajinya nampak kecil, tapi dapat merasa macam-macam kemudahan ‘percuma’. Bertuah Ahli Parlimen Lembah Pantai kerana menjadi anak kepada seorang bapa yang berselera besar seperti bas, nafsunya cuma sebesar treler dan sembang propaganda serta temberangnya sepantas jet peribadi saja.

Sebetulnya, dalam dunia sekarang amat jarang ada barangan atau perkhidmatan diberikan secara percuma, lebih-lebih lagi bila melibatkan orang politik. Kita pinjam kereta rakan-rakan untuk sehari suntuk pun kena hulur-hulur juga duitnya. Bukan begitu?

Nak cover la tu...

Hot!!! Berita Yang Tidak Disiarkan Di Malaysiakini!!!



IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu. Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa bangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu.

Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik. ''Kepimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana mereka menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana," kata Solaiman. Ying Hwa dan Solaiman merujuk keputusan DAP negeri mengheret tiga cawangannya di Manjung iaitu Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam tanpa kebenaran.

Pada satu ketika, keadaan tegang memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik mencelah sambil cuba menenangkan keadaan dengan meminta mereka yang terlibat hanya berbahas mengenai isu nasional dan negeri, manakala isu dalaman dibincangkan mengikut saluran parti yang lain. Bagaimanapun usahanya gagal apabila perwakilan terus mengkritik Koo Ham. Seorang perwakilan dari Taman Sejati, Sitiawan turut menjadikan konvensyen itu sebagai medan mengkritik Koo Ham kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Perwakilan tersebut yang tidak memperkenalkan dirinya menyifatkan tindakan Koo Ham itu hanya merosakkan segala usaha selama ini untuk menarik minat orang bukan Cina menyertai DAP. Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelembapan kepimpinan parti untuk meluluskan penubuhan cawangan baru terutama di kawasan bukan 'kem' mereka. ''Mereka bertindak sengaja melewat-lewatkan kelulusan menubuhkan cawangan baru di kawasan yang dianggap bukan 'kem' mereka. Ini semua adalah taktik tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya

Eloknya lucutkan aje kerakyatan Apek sekor nih...

Koo Ham tidak patut 'terlepas'

PADANG RENGAS 23 Sept. - Polis diminta segera membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak kerana mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence Of Muslims.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, siasatan segera wajar dilakukan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara membuat pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang.

''Sebagai menteri undang-undang, saya sendiri memantau isu ini dan Koo Ham tidak sepatutnya 'terlepas' daripada undang-undang kerana kenyataannya sangat serius.

''Setakat ini sudah 370 laporan polis dibuat terhadap Koo Ham, polis seharusnya mempercepatkan proses membuat kertas siasatan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Koo Ham mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitter mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem arahan Sam Bacile itu sebagai banyak membuang masa dan tenaga.

Tweet itu berbunyi: "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?"

Mohamed Nazri berkata, jumlah laporan polis itu membuktikan orang ramai mahu supaya kes itu disiasat segera dan pemimpin DAP itu diambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, tindakan Koo Ham yang meminta maaf tetapi menyalahkan orang lain seolah-olah mempersenda perasaan umat Islam yang terguris ekoran kenyataannya dalam laman sosial tersebut.

''Kita tidak mahu proses siasatan yang terlalu perlahan menimbulkan andaian bahawa pemimpin sebegini akan terlepas daripada undang-undang sedangkan kenyataannya itu sangat serius dan boleh menimbulkan ketegangan," tegasnya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, kenyataan Koo Ham itu mencerminkan sikap DAP yang selama ini tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan.

''Dia (Koo Ham) bukan satu-satunya pemimpin DAP yang bersikap demikian. Sikap mereka juga boleh dilihat melalui pendirian (Pengerusi DAP) Karpal Singh dalam pelaksanaan isu hukum hudud," katanya.