Monday, 8 October 2012

THIS OLD MAN IS A BIG LIAR..

Omegay: Khalid gagap pucat rakyat tolak pembangkang!.. Siap mengaku lagi tak kenal sape soro... Memang Dasar Penipu.... 

 
Khalid Sangkal Dakwaan Undi Pembangkang Sebagai Undi Kepada Soros
 
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad menyangkal dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya umum boleh disifatkan sebagai undi kepada George Soros, spekulator matawang.
 
“Saya percaya tiada yang kenal dengan Soros dan anggota parti khususnya sudah matang, dan matang menilai kenyataan seumpama itu,” kata Khalid yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor.
 
Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad.
 
Dalam pada itu, semasa berucap pada perasmian Mesyuarat Agung PKR Cabang Kuala Selangor 2012 di Ijok, dekat sini, Khalid mengakui masih ada anggota parti itu yang memperlekeh parti dan meragui Pakatan Rakyat – gabungan kerjasama PAS, DAP dan PKR.
 
 

“Saya akui masih ada ahli yang sanggup ‘makan’ dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri.Sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamatparti,” katanya. – BERNAMA
 
KAH KAH KAH agaknye khalid nie belum kenal sape george soros si penyangak matawang seantero dunia. nak kate bodoh tapi bijak menipu anak yatim…nak kate bebal tapi kenal plak kamera besar gedabak!..heran2…george soros pun dia tak kenal hmmmm…

tun bukan setakat kenal malah dah penah jumpa soros pun..tak kan ler khalid bengap sampai ketahap tak kenal sape tu george soros? dia tak tau gune internet kerr perr??..tak tau taip kata kunci GEORGE SOROS dalam tenet? atau dia bley tanye kat tian chua sape soros!

kalau cengini ler menteri besar punye bebal memang patut kena sepak ke longkang!..bodo benak bengap nauzubillah.. Bak kata pelakon Seniman Bujang Lapok Allahyarham AHMAD NISFU a.k.a Tuan Director Ahmad Nisfu a.k.a PAK BESAQ.. BODOH BAHLUL....  KEH KEH KEH... 

Gitu citenye....


Kenapa Wan Azizah TAK Sudi Cium Tangan Anwar...? Cukup Hanya Tunduk Hormat...



Bajet Alternatif Pembangkang yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim di Bilik Taklimat di Parlimen Rabu lalu terus mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Ini termasuk ahli politik, para penganalisis ekonomi dan kewangan serta pakar dalam bidang pendidikan dan sosial.

Kebanyakan kritikan tertumpu kepada betapa tidak praktikalnya pandangan pembangkang kononnya untuk mengemukakan model pengurusan ekonomi dan kewangan yang  "lebih baik" daripada Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat lalu.

Jika bajet pembangkang dilaksanakan kemungkinan besar negara akan berhadapan dengan risiko bankrap kata penganalisis ekonomi.

Ini kerana cadangan seperti penurunan harga kereta dan harga petrol hanya akan melemahkan fondasi ekonomi negara disebabkan kegagalan pembangkang memberi butiran bagaimana mereka mahu mengimplemensi rancangan tersebut.

Ada mungkin juga ini adalah sekadar retorik kosong pembangkang yang hanya berminat untuk menjadi popular dan meraih undi ketika negara di ambang pilihan raya umum.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang menerangkan secara terperinci dasar atau program ekonomi yang hendak dilaksanakan kerana ia sudah tentunya akan membabitkan dana awam.

Jadi rakyat perlu tahu bagaimana wang mereka akan digunakan sebaiknya untuk mendapatkan pulangan dan kesan berganda yang lebih berkesan.

Pembangkang pula nampaknya hanya melepaskan batuk ditangga dengan menggariskan secara kasar cadangan-cadangan berbentuk populis dan gimik politik semata-mats tanpa input pemikiran yang menjurus kepada pembangunan ekonomi negara dalam erti kata sebenar.

Juga cadangan memansuhkan PTPTN lebih berbaur politik peti undi daripada benar-benar bersifat kepentingan bagi golongan pelajar.

Memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma pada peringkat kolej dan universiti akan mematikan semangat kompetitif di kalangan pelajar.

Umpamanya pelajar cemerlang tidak akan merasa perlu untuk membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam bidang yang dipelajari kerana pelajar mundur dan malas juga mendapat kemudahan yang sama.

Cadangan pembangkang hanya akan mamou mewujudkan satu generasi siswa yang malas berfikir, jumud pemikiran serta kosong semangat juang di dalam jiwa mereka.

Seperti kata komen mengenai perkara ini, universiti hanya akan mengeluarkan ribuan graduan saban tahun yang berkualiti 'mediocre' ataupun cukup makan.

Akibat daripada itu pasaran pekerjaan akan terjejas teruk kerana para majikan tidak lagi mampu mendapatkan tenaga profesional yang benar-benar mahir dan berkaliber.

Akan berlaku keadaan di mana graduan tidak laku di pasaran pekerjaan tempatan dan ini memaksa sektor swasta mencari kemahiran yang diperlukan dari negara luar demi memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Lebih penting daripada itu, bajet yang diwar-warkan oleh pembangkang tidak memenuhi satu kriteria yang amat penting dalam mana-mana belanjawan sesuatu negara iaitu bagaimana bajet itu mahu mendapatkan sumber kewangan bagi menampung segala yang dicadangakan.

Secara logiknya, jika bercita-cita mahu membeli kereta mewah atau membina rumah idaman, kenalah difikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang.

Jika tidak segala impian hanya tinggal angan-angan Mat Jenin sahaja.

Ketua Pembangkang gemar menggunakan analogi pendapatan besar Petronas setiap tahun untuk menjual ide 'penstrukturan semula' ekonomi yang dibawanya.

Cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak nampak mulus tetapi jika dikaji dengan teliti ia sebenarnya bercanggah dengan pendiriannya.

Dalam ceramahnya Anwar sering mengkritik kerajaan kerana didakwa menggunakan wang Petronas untuk memberi subsidi harga pasaran tempatan minyak petrol dan diesel.

Beliau gagal melihat ironi cadangan penurunan harga minyak dan bahanapi kerana tindakan itu juga akan akhirnya mengakibatkan penggunaan dana Petronas.

Jika harga petrol dan diesel diturunkan hanya kerana pembangkang mahu menjadi popular di mata rakyat, jumlah perbezaan harga dengan harga pasaran dunia dan mekanisme penetapan harga oleh Petronas akan terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Di mana kerajaan akan mencari sumber kewangan untuk menampung kos pengurangan harga minyak jika tidak mengetuk pintu Petronas juga atau mengorbankan rizab tunai negara?

Jadi rakyat kena berfikir secara matang dan rasional untuk mengelak terperangkap dalam permainan psikologi pembangkang.

Seperti kata Perdana Menteri, pembangkang boleh berjanji bulan, bintang dan apa sahaja asalkan rakyat boleh diperdaya untuk menang Pilihanraya.

Sunday, 7 October 2012

WHAT THE HELL ARE YOU TALKING?????

Blogger Dewan Muslimat PAS Tapah kata PM DS Mohd Najib Tun Abdul Razak PENAKUT. WHAT THE HELL IS SHE?? Sesukahati dia je kata PM kita PENAKUT. For your information, DS Mohd Najib x nak datang masa DS Anwar Ibrahim bentang BAJET 2013 yang dikatakan untuk baik untuk semua sebab dia pun tau yang BAJET yang korang dok bentang dalam parlimen LANGSUNG X MENEPATI keperluan rakyat. MEMBANGKRAPKAN negara lagi ada lah. 

So, sekali lagi aku nak bagitau, DS MOHD NAJIB b. TUN ABDUL RAZAK bukan pemimpin yang PENGECUT macam korang. Jangan sesukahati nak fitnah. Ingat sikit... 

Kpd sahabat2 yang nak tau lebih lanjut, klik je tajuk kat bawah ni....

KESIAN RAKYAT MALAYSIA ADA PM PENAKUT


Tu la dia kalau dah tak laku...

Artis ni ada hati nak bersihkan Pilihanraya Malaysia...




Penyanyi dan pemuzik, Ito yang terkenal dengan kumpulannya Blues menyeru golongan artis untuk menyokong konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 13 Oktober akan datang.

Ito atau nama sebenarnya Ito Mohd menegaskan bahawa beliau sememangnya menyokong lapan tuntutan Bersih kearah pilihan raya bebas dan adil dan menyeru lebih ramai artis mengambil bahagian menyokong agenda Bersih.

“Kenapa ramai artis tidak kehadapan? “Sepatutnya benda-benda macam ini, lebih ramai artis kehadapan. “Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini,” kata beliau dalam sidang media Bersih.

Menurut Ito lagi, tidak salah untuk beliau bersama konsert anjuran Bersih kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini beliau telah terlibat dengan konsert anjuran kerajaan.

“Saya orang Malaysia, Peminat saya semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja parti politik,” katanya lagi.

Selain Ito, kumpulan Republic of Brickfields, Nik Bin Jidan, Ray Cheong dan Julian Mokhtar akan turut memeriahkan konsert anjuran Bersih bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenuhi lapan tuntutan badan bukan kerajaan tersebut.

Menurut Maria Chin Abdullah, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut, Bersih menganjurkan konsert ini untuk menarik lebih ramai anak muda dan golongan seniman serta artis untuk bersama menyokong tuntutan agar pilihan raya dilaksanakan secara bebas dan adil. 

Saturday, 6 October 2012

PADAN MUKA KAU NURUL IZZAH....


AZALINA MENGAMOK DENGAN NURUL IZZAH DI PARLIMEN...!!!


Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang. Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Nurul Izzah dilihat silap memilih lawan dalam gelanggang silat tatkala pertikaman lidah dengan itu menyebabkan anak emas Anwar ini tergamam seketika.

Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia itu juga mengesahkan bakal mengheret Mazlan Aliman ke Mahkamah dengan menyerahkan bidang kebijaksanaan peguamnya sebagai langkah susulan

* amacam Nurul Izzah? nak debat lagi? ko tu baru setahun jagung je babe. nak lawan dengan otai. apa kes? mmg kalah la ko...



Friday, 5 October 2012


ANWAR MENCARI PERLINDUNGAN DI PARIS



Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam.  Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.  

Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ‘komisyen’ yang terlibat dalam urusniaga itu.  

Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.  

Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?   

Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa?   Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri ‘wang komisyen’ bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?  

Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki?  Jika benar, layakkah beliau?  Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut?  Sebagai musuh?  Sebagai rakan subahat?  Sebagai pasangan intim?    

Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?   

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.  

Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.  

Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai ‘skandal scorpene’ ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini.   Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.  

Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan ‘mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut’.   Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.  

Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?   

Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?  

Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua ‘kemalangan langgar-lari’ berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato’ yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.   

Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang ‘tiada kena mengena’ dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu 1. ‘semakin banyak persoalan’ atau mungkin juga sebenarnya adalah 2. ‘sebuah jawapan’. 



Thursday, 4 October 2012

Iskh iskh iskh... Teruk Suungguh.... Kaki Scandal rupanya....


Kabinet Bayangan PR Dibayangi Skandal



Apabila didedahkan bahawa PKR telah pun menyenaraikan 20 Menteri dari partinya jika PR memerintah, parti itu telah ditempelak hebat oleh DAP dan juga PAS kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka. 

Lalu, kelam kabutlah juak-juak PKR cuba menutup sikap kukubesi ketua mereka, Anwar Ibrahim, termasuklah isterinya sendiri iaitu Presiden parti, Wan Azizah.   Maka, Wan Azizah pun berpeluh-peluhlah membuat kenyataan bahawa pihak mereka tidak perlu mengemukakan kabinet bayangan kerana ia tidak perlu.  Tetapi, lain pula kata Shuhaimi, ADUN Batu Tiga, iaitu bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi, atau dalam ertikata lain, senarai atau ‘kabinet bayangan’ itu benar-benar wujud.   

Entahlah sama ada Wan Azizah adalah Presiden parti yang benar-benar tidak tahu apa-apa atau memang suka berbohong, kerana kini terbukti bahawa PKR sememangnya ada menyediakan Kabinet Bayangan tanpa mendapatkan persetujuan DAP dan PAS.   Ianya dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini. 

Tak apalah jika PKR nak menafi atau DAP dan PAS nak percaya atau nak bergaduh tarik-tarik tudung Wan Azizah kerana ia bukan masalah kepada rakyat selagi mereka tidak memerintah.  Yang menjadi masalah ialah apabila senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang ‘dibayangkan’ oleh PR itu dipenuhi dengan individu-individu yang mempunyai skandal terutama skandal seks. 

Namun, apa yang nak dihairankan jika individu yang bakal menjadi Perdana Menteri sendiri mempunyai skandal seks yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia-manusia normal.  Justeru, apalah sangat setakat skandal Rainbow Lim Guan Eng, bogel Elizabeth Wong atau video seks (?) Mustafa Ali? 

Dan jika dilihat dari segi skandal rasuah juga Anwar menjuarai semua dengan 3 billion yang belum berjawab, diikuti dengan soal mengotakan slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang tidak mampu dibuat oleh si ‘Cocky, Arrogant, Tokong (CAT) Lim’ dalam mentadbir Pulau Pinang dan lain-lain.   

Dan lagi, bagaimana pula teman sekatil Elizabeth Wong telah berada secara haram di Indonesia, serta bagaimana dengan kematian Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan rangkaian pemimpin DAP? 

Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula dengan kaitan Pakatan Rakyat dengan SUARAM, BERSIH dan seterusnya dengan rangkaian Soros dan Zionis?  Bagaimana dengan jet mewah yang mampu disewa sedangkan di masa yang sama mengumpul dana pilihanraya dari rakyat melalui program makan malam, tabung tin milo dan lain-lain kaedah lagi. 

Ini semua adalah skandal yang membayangi Kabinet Bayangan ini. 

Tidak cukup dengan itu, selain skandal seks dan rasuah, kabinet ini juga dibayangi nepotisme yang ketara di mana suami, isteri, anak dan kroni pemimpin tertinggi memenuhi semua jawatan penting walaupun kelayakan mereka boleh dipersoalkan. 

Dengan bayang-bayang skandal dan nepotisme yang begitu jelas, bagaimana rakyat Malaysia mampu menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada barisan kabinet PR?  Bagaimana manusia yang tidak punya moral dan integriti mampu memartabatkan bangsa dan negara?  Bagaimana mereka-mereka ini boleh membawa kita ke arah kecemerlangan jika dibayangi dan diliputi skandal walaupun sebelum memerintah? 

Dengan kuasa di tangan mereka, apakah jaminan yang skandal mereka juga tidak bertambah?