Saturday, 14 April 2012

Tau pinjam, bayar la.. Suka2 hati je nak hapuskan PTPTN...

Demo Anti PTPTN Gagal
April 14, 2012   


Beria-ia puak pembangkang mempropagandakan demonstrasi anti-PTPTN akan dihadiri oleh lebih 5,000 orang pelajar IPT. Apa yang berlaku jauh tersasar dari realiti apabila hanya sekitar 250 orang sahaja mahasewel yang sanggup membazirkan masa menyertai demo tersebut.


Anggaran 250 itu termasuklah pemimpin PKR & anggota AMK yang jadi nasi tambah dan tukang gamatkan keadaan. Belum lagi diambil kira jumlah wartwan dan bloggers yang turut sama untuk merakamkan suasana semasa sebagai bahan berita.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan. – Mkini, 30 mac 2012

Sedari awal sebaik Anwar dan pembangkang mencanangkan isu PTPTN ramai yang telah menyedari isu tersebut hanyalah helah Anwar untuk menyimpang perhatian rakyat daripada isu moral yang melingkari dirinya.

Sementelah lagi pelbagai pendedahan fakta dan info oleh para bloggers pro kerajaan berkaitan penglibatan langsung Anwar semasa di awal penubuhan PTPTN tidak sedikit menyebabkan ramai pelajar IPT yang sebelum ini pro pembangkang berpaling arah setelah menyedarinya.

Kegagalan mencapai walau hanya 1/5 daripada sasaran 5,000 peserta seperti yang digembar gemburkan sebelum ini bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada kempen propaganda anti-PTPTN yang di gebang oleh Anwar Ibrahim dan puak pembangkang, malah pastinya memberi gambaran awal demonstrasi BERSIH 3.0 dua minggu lagi bakal berdepan nasib yang hampir sama.

Tidak syak lagi, makin hari makin kurang penyokong pakatan pembangkang. Masing-masing sudah menyedari segala ucap kata, janji dan isu yang keluar dari mulut Anwar dan pembangkang semuanya propaganda & tipudaya politik semata-mata untuk mengumpan undi dan sokongan rakyat bagi kepentingan sendiri.

No comments:

Post a Comment