UMNO tiada hubungan komunis
KUALA LUMPUR 22 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.
Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.
Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi Pas dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA
Apa nak jadi dengan puak PR nih? lepas satu, satu fitnah yang dihamburkan pada UMNO. Agak2 la woi...
No comments:
Post a Comment