Monday 8 April 2013

PANAS... PANAS......

ULAMA HAJI SALLEH MUSA GELARKAN NIK AZIZ SEBAGAI GURU TOLOL YANG SERBA MENTOLOLKAN !!!


Bagi yang tidak tahu, Haji Salleh bin Musa adalah pengasas pondok tersebut serta Penasihat PAS Kawasan Sik.

Seperti biasa, setiap kali dia mengadakan pengajian agama mingguan, kehadiran adalah seramai lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada penyokong-penyokong PAS dari Daerah Sik dan kawasan-kawasan sekitar.

Pengajian pada 5 April dan hampirnya dengan tarikh pengundian membuatkan Haji Salleh mengeluarkan pelbagai fatwa mengelirukan dan sangat bersandar kepada PAS. Haji Salleh cuba menggambarkan yang PAS adalah sebuah kubu Islam yang teguh dan sedang mempertahankan Islam walaupun ‘terpaksa’ menggadaikan elemen-elemen utama Islam seperti KALIMAH ALLAH.

Menurut Haji Salleh, orang Islam yang menolak hukum hudud adalah orang yang telah tercedera imannya. Penasihat PAS Kawasan Sik itu jelas merujuk kepada orang UMNO yang dituduhnya menentang dan menolak hukum hudud.

Namun sesuatu yang tidak disentuhnya ialah bagaimana PAS menerusi Mursyidul Am dan Presiden serta Dewan Ulama terpaksa MENOLAK HUDUD sebagai satu sistem apabila DAP menerusi Karpal Singh dan Lim Kit Siang menyatakan tentangan secara terbuka terhadap hukum berkenaan. Walaupun PAS secara perlahan menyatakan, hudud masih dalam agenda mereka, tetapi kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menerajui Terengganu bahawa Hudud hanyalah 0.001% daripada keseluruhan syariah Islam, menjelaskan bagaimana PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang menentang serta menolak hudud secara terang dan nyata.

Benarkah UMNO menolak hudud sepertimana yang dituduh oleh manusia seperti Haji Salleh? Atas dasar apa, tuduhan tersebut dibuat? Tidak melaksanakan atau melarang perlaksanaan bagi undang-undang syariah Terengganu dan Kelantan yang telah dideraf oleh PAS tetapi tidak digazetkan oleh DUN masing-masing, tidak bermakna UMNO menolak hudud. PAS sendiri sewaktu menguasai DUN Kelantan dan Terengganu, tidak berani menggazetkan hukum syariah yang mereka gubal bagi membolehkan perlaksanaannya. Sebaliknya hanya berani melalak dan menyalak!

Dalam ceramahnya juga, Haji Salleh berpesan kepada ahli-ahli PAS agar tidak bergaduh sesama sendiri kerana pergaduhan akan menyebabkan PAS kalah dalam PRU kali ini. Nasihatnya kepada ahli-ahli PAS yang datang mendengar ceramahnya ialah agar menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon PAS.

Fatwanya ialah, menentang UMNO akan menjadikan Islam naik. Maksudnya, Islam akan lebih dijunjung dan martabat agama akan lebih ditinggikan apabila UMNO ditentang dan dikalahkan.

Jujurkah kenyataan Haji Salleh yang mempunyai pengajiannya sendiri? Adakah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan, Terengganu dan Kedah, berjaya menaikkan dan memartabatkan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Haji Salleh? Atau sebenarnya Islam dipandang sebagai sebuah agama enteng yang boleh dipermain-mainkan dengan mudah semata-mata untuk memastikan PAS menang?
Seperti yang PAS sedang lakukan sekarang?

Namun nasihatnya yang paling menarik pada 5 April ialah, baik kenduri atau solat orang meninggal dari kalangan orang UMNO, maka orang PAS jangan tidak dipanggil dan menyertai majlis berkenaan kerana orang UMNO tidak mahu beriman dan mengikut PAS. Sekaligus mengingatkan kita semula kepada permainan tradisi PAS iaitu memulaukan dan meminggirkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS dengan menjadikan Islam dan fardu kifayah sebagai modalnya.

Anehnya, dalam banyak dasar UMNO dan Barisan Nasional yang memberikan kebaikan kepada rakyat, Haji Salleh tidak pula menggalakkan ahli-ahli dan penyokong PAS memulaukannya sepertimana pemberian BRIM dan sebagainya. Bahkan Haji Salleh mengeluarkan pula fatwa yang menyatakan, wang serta bantuan yang diberikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah hak rakyat.

Walhal, sebagai seorang guru yang mempunyai pengajiannya sendiri, Haji Salleh terlupa tentang hak orang Islam di kalangan orang Islam, hak jiran ke atas jiran, hak manusia ke atas manusia yang lain dan sebagainya.
Dan dalam Islam, apa yang diajarkan oleh Haji Salleh kepada para pengikut dan pemercayanya sebenarnya amat bertentangan dengan ajaran suci agama itu!

Anehnya, Haji Salleh mempunyai pemikiran yang saling bercanggah. Bermula dengan menentang segala sistem dan ajaran Islam, dia kemudiannya menyeru ahli-ahli PAS agar memulakan kempen dan mengadakan majlis solat hajat di setiap markas. Kononnya dengan cara itu, musuh-musuh (baca: UMNO dan Barisan Nasional) akan berasa gerun kerana melihat orang-orang PAS bersatu.

Barangkali kerana sudah terlalu lama terkurung di dalam tempurung sendiri, Haji Salleh tidak menyedari bahawa orang-orang PAS sedang menjadi badut di kalangan rakyat Malaysia. Setiap apa yang dilakukan oleh orang PAS termasuklah pemimpinnya, menjadi bahan jenaka dan lawak menggeletek tali perut kepada rakyat Malaysia.

Semuanya kerana PAS dan para pemimpinnya seperti Haji Salleh, bercakap tidak serupa bikin.

Haji Salleh mengajar dan memberitahu para pemercayanya bahawa Nabi s.a.w pernah berkata, musuh sentiasa ada untuk menghalang menaikkan agama Islam. Memang benar, Nabi s.a.w pernah mengingatkan umat Islam tentang hal itu. Bahkan al Quran dan Firman Allah Taala juga mengingatkan umat Islam tentang helah musuh-musuh Islam agar meninggalkan ajaran Islam.

Dan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w serta diperingatkan oleh Allah Taala, benar-benar bertepatan dengan diri Haji Salleh sendiri.

Haji Salleh cuba menjadikan PAS sebagai sebuah agama kultus. Kononnya, kalau ingin mencari kekayaan dan kemewahan, PAS bukanlah tempatnya. PAS adalah sebuah pergerakan suci yang berjuang dengan penuh ikhlas.

Namun Haji Salleh tidak pula menceritakan bagaimana para pemimpin PAS sedang bertelagah sesama sendiri kerana harta dan kemewahan. Haji Salleh tidak menceritakan tentang bagaimana pemimpin-pemimpin PAS Kedah sedang berperang sesama sendiri dan sakit hati kerana kemewahan dan kekayaan yang sudah lama mereka impikan. Haji Salleh 

tidak menerangkan tentang duit-duit tabung derma yang para pemimpin PAS gunakan untuk menghidupkan perut dan nafsu mereka hasil daripada kebodohan dan kejumudan para pengikut PAS.

Shaiful Yazan:

1 comment: