Sunday, 26 August 2012

Kalau Bekas Naib Pengerusi DAP dah kuar statement ni, takkan la Melayu masih tak sedar lagi kot?


Guan Eng miliki keangkuhan luar biasa

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri.

Kata Tunku Abdul Aziz, beliau juga tidak percaya rakyat sanggup menganggap Guan Eng seperti 'tokong' melainkan di kalangan penyokong fanatik beliau sahaja.

"Ketika pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk bercakap dengan saya.

'Beliau merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga terpaksa menggunakan 'budak suruhan'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menafikan menggunakan perkataan 'sombong dan angkuh' terhadap Guan Eng.

Nukilan Merdeka


SETIAP kali menjelang Ogos... 
Rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu
 padu.

Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan.

Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu.

Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya.

Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai.

Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara.

Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah negara.

Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.

Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.

Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu.

Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah dipertikaikan lagi.

Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara.

Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan.

Sebagai contoh, Pendeta Za'ba ialah pejuang kemerdekaan yang telah berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: " Saya telah diminta memimpin orang Melayu yang ketika itu tidak ada pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu, tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu."

Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara.

Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara.

Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu.

Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan di sekolah.



Wednesday, 15 August 2012

Pergh... Sahih Lim Kit Siang lari malam....


Tanda Putera Kenapa Lim Kit Siang Gabra?

        

Tanda Putera akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 
15 November 2012 akan datang. Menurut pengarah filem ini, 
Datin Paduka Shuhaimi Baba, pertukaran tarikh tayangan sama 
sekali tidak menjadi isu kepada pihaknya dan bersetuju dengan
tarikh tersebut.

“Tarikh ini dikira paling sesuai kerana bersempena dengan 
permulaan cuti sekolah hujung tahun dan memberi lebih ruang 
dan masa bagi FINAS dan kami merancang promosi filem ini.”

Sebelum ini filem Tanda Putera dihentam hebat oleh sesetengah 
pihak dan timbulnya dakwaan yang menyatakan watak seorang 
pemimpin DAP telah digambarkan dalam filem ini. Akan tetapi 
Shuhaimi Baba telah menegaskan bahawa itu sama sekali tidak 
benar dan kesemua jalan cerita dipetik daripada kisah sejarah 
Malaysia yang lampau. Oleh itu, ia langsung tiada kene mengena 
dengan propaganda politik sekarang.

“Dia tidak ada dalam filem ini. Kami telah beberapa kali menegaskan 
dan ingin mengulang bahawa tidak ada watak pemimpin DAP itu
dalam Filem Tanda Putera,” jelas Shuhaimi Baba sewaktu sidang
media filem ini berlangsung semalam.

“Terlalu banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan 
serta tidak berasas. Serangan berterusan ini memberi tekanan berat 
kepada tenaga penerbitan serta artis filem Tanda Putera.”

Filem Tanda Putera turut menyelitkan adegan berkaitan peristiwa 
sekitar 13 Mei, akan tetapi ia hanya ditayangkan dalam waktu yang 
singkat dan ia hanya merupakan latar kepada cerita utama.

“Adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei memakan masa hanya 
selama 10 minit daripada filem berdurasi 115 minit ini. Adegan
 tersebut hanya merupakan latar kepada cerita utama bagi 
menjelaskan mengapa Tun Dr.Ismail yang telah bersara terpaksa
 kembali menyertai Kabinet. Cerita utamanya ialah tentang Perdana 
Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya 
Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan
negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak 
diduga.”

Selain itu, pihak produksi filem Tanda Putera berharap agar sebarang 
spekulasi negatif yang dilemparkan sebelum ini segera diberhentikan 
dan kata-kata terakhir pengarah filem ini adalah, “Saksikan filem ini 
dan buatlah kesimpulan sendiri.”

Gila ke hape budak ni?


Hebat budak PKR ni mcm dia pernah jumpa NABI je n boleh adjust2 hdith lak tu

~wolf~

Monday, 13 August 2012


Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebenarnya???...


Ustaz Azhar Idrus...
Ustaz Ilmu Akal Fikiran...
Ustaz Penyesat Pas...
Samakan dirinya serupa orang kuffar tidak mustahil andai dia 
samakan dirinya dengan Murtad.

Kebanggaan Pas rupanya tukang sesat..

Fatwanya :

- Lelaki pakai baju pink haram serupa wanita, belum ada ijtihad 
muttafakun a'lai sebut (hukum warna).

- Lelaki tidak berjanggut dan misai haram serupa wanita, 
bagaimana tidak berjanggut misai.

- Tak dosa tonton "blue filem" untuk didikan, plak dia kata tak haram.

- Tak dosa masuk tandas wanita untuk kesihatan, plak dia kata tak 
haram.

anda renungkanlah siapakah dia yang sebenarnya, pernahkan anda
fikirkan setiap ceramahnya dia perolehi berapa bayaran??? Minima 
RM 3,000 bagaimana sepanjang tahun, mudir madrasah pun 
tak terima sebanyak itu masyaAllah......

Menuntut ilmu cukup 1 tahun setiap pondok, kitab jalalain, minhajul
abidin, kifayatul faraid dll 4 tahun pun belum cukup ilmu tuk mahir,
inikan 1 tahun saja untuk pondok. Pas mana terbuka terima kebenaran 
selain ustaz mereka dan Nik Aziz... Inikah cara Islam????

Wallahu A'lam.

Adoiyai.. Ada je halnya si pembangkang nih....


CILI KASI TARUK! DALAM SLOGAN PUN TAKLEH NAK BERSATU, MACAMANA NAK PIMPIN NEGARA NI FUCKATAN OI?


Siapalah agaknya yang Pakatan Rakyat ini nak menipu dengan tema yang retorik seperti ini. Ada yang gelak. Malahan dalam PKR sendiri ramai yang senyum sinis dnegan tema yang kononnya melambangkan PR sebagai sebuah pasukan yang jitu. Wajah sebenar? Siapa yang mampu menafikan bahawa politik dalaman PR lebih dahsyat daripada pertembungan dengan UMNO/BN.

DAP masih membawa imej rasis dan pro-Cina. Usaha menarik beberapa orang Melayu ‘reject’ dilakukan, tapi belum dapat diterjemah dengan sokongan Melayu yang total. Belum. Siapa nak percaya DAP kalau dalam mesyuarat-mesyuarat penting parti masih lagi berbahasa Cina. Tak hormat orang lain. DAP memerlukan pemimpin Melayu yang lebih baik dan mempunyai pengaruh. Sayangnya, belum ada. Tunku Aziz yang pernah kuat menyokong DAP pun sudah dijadikan sebagai pengkhianat. Sebab? Kerana tidak bersetuju dengan Komrad Guan Eng dalam isu Bersih.

PAS? Pas for All macam mainan politik sahaja. Kelab penyokong pun hidup segan, mati tak mahu. Lembik. Tak bermaya.

PAS masih lagi bercakap pasal HUDUD yang secara jelas menjadi masalah kepada DAP. Hududphobia dalam DAP ini bukan mainan. Mereka takkan setuju. Dah tu, macam mana nak jadi sejiwa?

Anwar? Anwar anggap orang cina macam komoditi politik sahaja. Anwar hanya interested nak tahu peratusan sokongan Cina. Hampir setiap minggu bertanyakan staff HQ PKR tentang maklumat terkini. Undi Cina sangat penting kepada Anwar. Undi Cina segala-galanya buat Anwar. Kalau nak suruh tanggal Melayu pun Anwar sanggup.

Kenapa undi Cina penting buat Anwar?

Simulasi terkini Anwar
Kalau undi Cina dapat (70%); undi Melayu sekitar (42%); undi India (40%) – PKR akan pertahan 31 kerusi sedia ada; dan menang 9 kerusi baru. Antara kerusi yang bakal dimenangi: Bukit Katil, Pandan, Gelang Patah, Alor Setar, Temerloh, Sabak Bernam, Lumut, Ledang dan Muar. 

Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (36 %); undi India (40 %) – PKR akan kalah 4 kerusi (Teluk Kemang, Sungai Siput, Kuala Langat dan Hulu Selangor). Tambahan 6 kerusi baru.

Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (36 %); undi India (35 %) – PKR kalah 11 kerusi (Ampang, Wangsa Maju, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sungai Siput, Hulu Selangor);

Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (sama dengan tahun 2004); undi India (30 %) – 16 kerusi PKR jatuh. Termasuk Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai).

Sebangsa, Senegara, Sejiwa apa – kalau pada Anwar analisa mesti dilakukan secara fokus kepada masyarakat Cina. Anwar yakin, dengan bantuan DAP – peratusan angka 70 % boleh dicapai dengan mudah. Malahan, pada Anwar – ianya boleh meningkat sehingga 85%!

Sebangsa, Senegara, Sejiwa apa – kalau dalam mesyuarat utama PKR, Anwar menggambarkan DAP sebagai ‘kumpulan cina kemaruk kuasa’.

Baik tukar - SE-ANWAR; SE-AZIZAH; SE-AZMIN kalau nak bolot semua.

Sumber: Gelagat Anwar

Thursday, 9 August 2012

Apa kata Tun Dr Mahathir...



Dibawah ini terjemahan artikel terbaru Tun Mahathir - The Race Factor yang dibuat oleh Blogger Din Turtle. Jika terdapat sebarang kesilapan terjemahan atau dari segi maksud, sila perbetulkan.

1 - Ramai yang bertanya kenapa kita tidak boleh hapuskan politik yang berasaskan perkauman ?

2 - Jawapan yang mudah adalah kerana kita sendiri yang mahu memperingati diri dan diiktiraf mengikut asal usul kaum, negara asal tuk nenek, bahasa dan budaya ibunda.

3 - Kita tidak cukup setakat menyatakan bahawa kita ini adalah rakyat Malaysia. ( maknanya kita masih mahu merujuk kepada kaum kita samada Melayu, Cina , India dll )

4 - Jika diberikan contoh negara lain dimana rakyat pelbagai kaum mereka mampu hidup tanpa adanya politik perkauman, atau perlu dibezakan mengikut negara asal mereka ( contohnya China, India dll ) , kita akan jawab yang kita ini berbeza. Keadaan kita unik, tidak boleh dibandingkan dengan negara lain. TAPI waktu sama dalam banyak perkara lain, kita mahu pula bandingkan dengan mereka.

5 - Tapi apakah kita begitu berbeza dengan mereka ? Sebenarnya ramai juga rakyat kita yang berasal dari negara luar tapi mereka telah lupa akan negara asal. Kita menerima mereka kerana mereka telah menerima sepenuhnya cara hidup penduduk asal disini. Mereka berbahasa tempatan, mengamalkan budaya dan tradisi tempatan dan kebetulan kebanyakannya adalah orang Islam.

6 - Mengikut Perlembagaan, mereka ini adalah Melayu dan diiktiraf sebagai Bumiputera dan bukannya pendatang luar.

7 - Menjadi satu isu besar diSabah kerana bilangan besar mereka yang diberikan kerakyatan. Ada yang telah dihantar pulang kenegara asal tapi ramai juga yang kembali secara haram.

8 - Tapi ramai dari mereka ini sebenarnya layak untuk diberi kerakyatan. Mereka telah tinggal di Malaysia ( Sabah ) berpuluh tahun lamanya. Mereka dan anak2 fasih bertutur dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan kita.

9 - Atas dasar permastautin yang lama dan kefasihan mereka dalam Bahasa Kebangsaan mereka layak dan telah diberikan taraf Warganegara.

10 - Sebagai perbandingan, kita punya ramai dikalangan rakyat yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tapi telah diberikan Kerakyatan. Dan kita masih lagi berikan kerakyatan kepada orang luar yang memohon menjadi Warganegara dengan syarat mereka telah tinggal disini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas, fasih dalam Bahasa Kebangsaan dan mengangkat sumpah ketaatan kepada negara. Jadi kenapa imigran diSabah yang sudah memenuhi syarat2 diatas tidak boleh diberikan Kerakyatan ? Bantahan kepada pemberian Kerakyatan mereka ini dilihat lebih bersifat politik.

11 - Faktor perkauman menjadi isu besar lagi. Suatu ketika dulu terdapat parti2 politik yang berasaskan ideologi bertanding dalam Pilihanraya tapi mereka semua ditolak oleh pengundi dan rakyat memilih parti2 yang berasaskan kaum.

12 - Jika kita mahu melihat politik yang berasaskan kaum, maka kita harus bersedia untuk melupakan asal usul kita, bertutur dan menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan melafazkan ikrar taat setia kepada negara ini saja. Kita masih boleh kekalkan ugama masing2.

13 - Mungkin satu hari nanti ia akan berlaku. Tapi untuk ketika ini, politik kita akan tetap berasaskan kaum walaupun kita tidak mahu mengakuinya. Kita juga tidak harus sebut 'pelbagai kaum' kerana dengan itu secara tidak sedar kita mengakui wujudnya perbezaan kaum.

House PK: Nak baca komen Din Turtle, KLIK SINI

Sedih beb, sampai hari ini, anak-anak muda Cina tak reti berbahasa Malaysia. Mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka. Makin lama makin tak reti mereka nak cakap bahasa kebangsaan. Bangla, Myanmar, Nepal dan mana-mana negara lain datang sini lagi fasih berbahasa Melayu dari kaum DAP ni.

Elok dilucutkan kerakyatan rakyat malaysia yang tak reti nak bertutur bahasa Kebangsaan ini. Apa pendapat korang?