Wednesday 15 August 2012

Pergh... Sahih Lim Kit Siang lari malam....


Tanda Putera Kenapa Lim Kit Siang Gabra?

        

Tanda Putera akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 
15 November 2012 akan datang. Menurut pengarah filem ini, 
Datin Paduka Shuhaimi Baba, pertukaran tarikh tayangan sama 
sekali tidak menjadi isu kepada pihaknya dan bersetuju dengan
tarikh tersebut.

“Tarikh ini dikira paling sesuai kerana bersempena dengan 
permulaan cuti sekolah hujung tahun dan memberi lebih ruang 
dan masa bagi FINAS dan kami merancang promosi filem ini.”

Sebelum ini filem Tanda Putera dihentam hebat oleh sesetengah 
pihak dan timbulnya dakwaan yang menyatakan watak seorang 
pemimpin DAP telah digambarkan dalam filem ini. Akan tetapi 
Shuhaimi Baba telah menegaskan bahawa itu sama sekali tidak 
benar dan kesemua jalan cerita dipetik daripada kisah sejarah 
Malaysia yang lampau. Oleh itu, ia langsung tiada kene mengena 
dengan propaganda politik sekarang.

“Dia tidak ada dalam filem ini. Kami telah beberapa kali menegaskan 
dan ingin mengulang bahawa tidak ada watak pemimpin DAP itu
dalam Filem Tanda Putera,” jelas Shuhaimi Baba sewaktu sidang
media filem ini berlangsung semalam.

“Terlalu banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan 
serta tidak berasas. Serangan berterusan ini memberi tekanan berat 
kepada tenaga penerbitan serta artis filem Tanda Putera.”

Filem Tanda Putera turut menyelitkan adegan berkaitan peristiwa 
sekitar 13 Mei, akan tetapi ia hanya ditayangkan dalam waktu yang 
singkat dan ia hanya merupakan latar kepada cerita utama.

“Adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei memakan masa hanya 
selama 10 minit daripada filem berdurasi 115 minit ini. Adegan
 tersebut hanya merupakan latar kepada cerita utama bagi 
menjelaskan mengapa Tun Dr.Ismail yang telah bersara terpaksa
 kembali menyertai Kabinet. Cerita utamanya ialah tentang Perdana 
Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya 
Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan
negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak 
diduga.”

Selain itu, pihak produksi filem Tanda Putera berharap agar sebarang 
spekulasi negatif yang dilemparkan sebelum ini segera diberhentikan 
dan kata-kata terakhir pengarah filem ini adalah, “Saksikan filem ini 
dan buatlah kesimpulan sendiri.”

No comments:

Post a Comment