Friday, 9 November 2012
CELAKA PUNYA APEK.. LU MAU MATI KA?
Korang baca je statement apek NGEH KOO HAMPEH.. Kurang ajar punya apek....
Thursday, 8 November 2012
HAMBIK KO....
NURUL IZZAH KENA BAMBU DGN TUN DR M...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan kebebasan agama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kerana terpengaruh dengan pemikiran barat.
"Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama.
"Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil … kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat." katanya dalam sidang akbar selepas menerima Anugerah Penaung Pertubuhan Perancangan Malaysia sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, semalam.
Mengulas lanjut kata Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini tidak boleh terbawa-bawa pemikiran barat, bebas melakukan apa sahaja, termasuk mengeluarkan filem menghina agama Islam dan berkahwin dengan sesama jenis.
"Saya tertarik apabila tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat menyatakan taufan Sandy yang melanda pantai timur negara itu disebabkan balasan Tuhan terhadap kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Jelas mereka juga tidak setuju dengan amalan berkenaan dan kalau kita biarkan perkara ini berlaku, institusi keluarga akan hancur," tambah beliau.
Nurul Izzah dalam satu wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?," anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu berkata orang Melayu tidak harus terkecuali daripada kebebasan agama dan hak itu bukan istimewa untuk bukan Melayu sahaja.
Dalam masa sama, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.
Jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi, katanya, ia dianggap sebagai tidak menghormati hak privasi seseorang individu.
Nurul Izzah melalui profil peribadi yang disiarkan di nurulizzah.com adalah pemilik ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional, dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington, D.C. di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa.
"Menerusi aktiviti antarabangsa yang beliau ceburi, beliau berkesempatan menghadiri konvensyen yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Beliau juga, bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia untuk mengetengahkan isu ketempangan demokrasi di Malaysia.
"Beliau juga telah menyumbang dalam penulisan Global Health Watch 2 (2008), sebuah penerbitan laporan alternatif kesihatan sedunia, dan bergiat aktif dalam kumpulan Women Leaders Intercultural Forum (WLIF) kelolaan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dari tahun 2005-2007,"lapor nurulizzah.com.
TENGOK NI....
WAN AZIZAH SEBOK BACA SKRIP NAK RAIH SIMPATI RAKYAT, TP ROSMAH YANG BERJAYA MENYENTUH HATI RAKYAT...
Kasihan sungguh apabila melihatkan perbezaan dua alam yang terbentang depan mata petang semalam….
Isteri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang juga merupakan Presiden PKR, Dr Wan Azizah nampaknya tidak pernah lekang dari menjalankan peranan membaca skrip untuk menutup kesilapan ahli keluarganya sendiri.
Sudah hampir 15 tahun tugas Wan Azizah hanyalah membaca skrip yang disediakan oleh suaminya untuk menipu rakyat, menagih simpati rakyat…, mengemis sokongan rakyat…!!
Kita tidak lupa bagaimana Wan Azizah mula mula berbohong menyatakan Anwar akan diberikan suntikan mengandungi virus Aids sewaktu suaminya ditahan pada malam 20 September 1998…
Sewaktu meletop kisah Anwar liwat Saiful, wanita bernama Wan Azizah dicekup kantoi apabila wartawan bertanyakan dimanakah suamninya pada waktu yang disebut oleh Saiful telah diliwat..? Wan Azizah terketar ketar gelabah tidak dapat memberikan jawapan sehingga memaksa Nurul Izzah mencelah menipu “He was with us…” [Anwar ada bersama mereka].
Manakala apabila bergegar persada politik tanahair setelah tersebar video seks Anwar menutoh enak seorang China Doll, sekali lagi Wan Azizah terpaksa melakonkan watak seorang penipu…, untuk menjawab soalan diamanakah Jam Tangan OMEGA….!!
Kesemua ini dilakukan semata mata mahu melindungi segala kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarganya sendiri. Itulah padahnya apabila sebuah parti politik yang dikuasai oleh sebuah keluarga yang memegang jawatan penting.
Kelmarin Wan Azizah mengemis lagi…!! Lihat dibawah ini, bagaimana terdesaknya wanita ini cuba sedaya upaya meraih simpati diatas kesalahan anak sulungya yang semakin bengong dalam membuat kenyataan.
Inilah balasan Allah swt terhadap segala dosa dosa Anwar, dan Wan Azizah yang selama ini bersubahat melindungi dosa suaminya. Satu per satu dan semakin banyak kesalahan mereka terhidang didepan mata kita sekarang….
Apabila terlalu sibuk untuk melakukan kerja politik, maka hilanglah tumpuan untuk melakukan kerja sebagai pemimpin… Buat diri Wan Azizah dan Anwar, masalah anak mereka kini menjadi prioriti utama.
Oleh itu masalah rakyat terpaksa dilupakan, tidak perlu diberikan tumpuan dan perhatian….
Cuba kita lihat bagaimana prihatin seorang wanita yang bergelar isteri Perdana Menteri ini…..
Mendekati rakyat, memahami masalah dan kepayahan rakyat menjadi fokus utama Datin Seri Rosmah Mansor.
Mangsa mangsa banjir di negeri Selangor jajahan PKR telah mendapat perhatian dan bantuan dari Rosmah semalam. Kalau hendak diharapkan bantuan dari PKR yang sibuk mahu menyelesaikan masalah Nurul Izzah…., maka jawapnya mangsa mangsa banjir ini akan terbiar tanpa sebarang bantuan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang itu.
Anda saksikan sendiri segala rakaman dibawah ini…
Lebih banyak foto foto menarik di SINI
KUANG KUANG KUANG..... MANO DEN NAK LOTAK MUKO NIH....
PANASSS !!! PEMBANGKANG MALU BESAR ISU LYNAS !!
Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca :
KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.
VIDEO BERITA KEKALAHAN PEMBANGKANG
Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.
Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.
Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.
Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari. Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman. Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin. - BERNAMA
Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
*Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
*Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
*Laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
*Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan untuk menyertai AELB atau DOE *bagi menjalankan ujian mereka sendiri
Sambung baca seterusnya untuk mengetahui fakta fakta tentang LYNAS di SINI dan SINI
KO TABUR TAIK KAT ORANG, PADAN LA MUKA KO BILA ANAK KO SENDIRI YG TABUR TAIK KAT KO....
ANWAR MENANGIS KERNA NURUL
Cuba korang tengok betul-betul apayang telah dilakukan oleh Nurul Izzah? Yang jelas kat sini ialah Izzah mengelap air mata bapaknya menangis?Mungkin kerana kali ini mungkin balasan tuhan kepadanya.Kerana terlalu angkuh berpolitik hingga Izzah telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menamatkan karier politiknya....Ibarat bermain api tersilap langkah membakar diri....
Wednesday, 7 November 2012
BANYAK CANTIK MUKA KAU? ADA HATI NAK BEREBUT DUN CHENDERIANG YE!!!!!!
OH... LU MAU ROMPAK BALAK KAT KAWASAN WA YE??? LU LANGKAH MAYAT WA DULU...
Ngeh Koo Hum (NKH) rupa-rupanya ada percaturan halus dalam mengejar kuasa sebagai pemimpin utama di Perak, No wonder la Nizaroyan(NR) sanggup boneka kepada babe dan sanggup juga bersumpah demi Allah ketika istiharkan Zambry syirik,(ISU ANCAK) huhuhu modal apakah yang buat Ngeh tertungkus lumus dan disupport 200% oleh NR..teman skang nak focuskan pada kome(korang) apa agenda Ngeh jika dapat memerintah Perak 2nd time..Kompom rabak kalau mengkomer tahu (yang dah tahu tu tolong peringat), Artikel yang teman nak kosongsikan pada kome² ini adalah dari sumber portal Mediaperak yang menelanjangkan Ngeh dalam isu ketaikoan Ngeh dalam politik di negeri Perak hari ini, kome pon sedia maklum siapa ngeh bukan...ngeh²...Pendedahan ini ditulis oleh seorang yang cukup senior dalam bidang penulisan MatSAMANkati yang mendedahkan Isu TAIKO ini.
mengapa kerusi DUN Chenderiang menjadi rebutan DAP…terutamanya Ngeh Koo Ham.
Satu-satunya daya tarikan yang terdapat di Chenderiang ialah Lata
Kinjang. Masa aku masih bersekolah dulu, setiap hujung minggu, sama ada
kami lepak kat sini ataupun di Lata Iskandar. Yang ni kena cerita lain
kali la…sebab apa yang menarik sekarang ialah perebutan kerusi DUN
Chenderiang antara PKR dan DAP yang sampai sekarang belum selesai.
Apa yang ada kat Chenderiang? Bukan ada pekan besar…tak ada industri…tak
ada tarikan pelancung..China Doll pun tak ada….apa pun tak ada. Seterusnya...
DENGAR SINI WAHAI UMAT ISLAM...
Semua rakyat Malaysia, mohon disebarkan dan turut hadir....
Datang lah beramai ramai untuk mendengar keputusan semasa di Di Dewan Kelab Sultan Sulaiman KG BARU Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)













