Tuesday, 12 February 2013

PM jamin BR1M diteruskan

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor disambut oleh ribuan pengunjung setibanya pada majlis sambutan Tahun Baharu CIna Peringkat Negeri Johor di pasar raya Econsave, Senai, Kulaijaya, semalam. -
 
 
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan, malah akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4 dan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana seperti 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti dahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2. Saya yakin, berdasarkan apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, 'the best is yet to come' (yang terbaik bakal menyusul). 

"Tidak kira tahun ular atau tahun naga atau tahun apa sekali pun, berkat kerjasama, perpaduan dan sokongan rakyat yang semakin jitu dan padu kepada Barisan Nasional (BN), kita akan menempa lima tahun yang lebih berjaya," katanya ketika berucap dalam sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang di pekarangan pasar raya Econsave Senai dekat sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Kulai, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Terdahulu pada sebelah pagi, Najib mempengerusikan mesyuarat tertutup UMNO dan BN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan kadar pertumbuhan negara adalah paling tinggi dalam masa 10 tahun manakala pendapatan perkapita rakyat meningkat daripada RM18,590 pada 2009 kepada RM27,890 pada akhir 2011.

"Ini bukan janji tetapi program transformasi yang sedang berjalan dengan rancak yang akan memberi faedah kepada rakyat jelata. Kalau kita hendak agenda transformasi ini dilaksanakan sepenuhnya, bergantung juga kepada mandat politik yang diterima daripada rakyat dalam masa tidak beberapa lama lagi.

"Kalau kita dapat tubuh kerajaan yang kuat maka kita akan menjurus kepada masa depan yang cukup hebat lagi cemerlang. 

"Saya yakin pasaran akan melonjak lebih tinggi dan keyakinan akan terus memuncak dan kita semua mendapat faedah jika membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya nanti," katanya.

Tambah Najib, tuntutan perubahan yang disuarakan rakyat telah disahut oleh kerajaan melalui proses transformasi yang terancang dan sistematik serta terbukti membawa kepada keberhasilan yang lebih terjamin.

APA NAK JADI LA ARTIS SEKARANG NIH???

'Ingin dapat stamina, terpengaruh dengan artis barat'


KUALA LUMPUR 12 Feb. - "Ingin mendapatkan stamina dan keyakinan semasa membuat persembahan." Itu antara alasan diberikan beberapa artis yang ditangkap semasa disoal siasat polis.

Timbalan Pengarah III (Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin berkata, kebanyakan artis yang ditangkap juga didapati menggunakan sendiri dadah yang dibeli dan tidak ramai yang terlibat dalam aktiviti pengedaran.

"Berdasarkan pengakuan artis yang mempunyai rekod dadah, mereka mendakwa terjerumus dalam aktiviti penagihan kerana beranggapan ia trend penghibur terutama artis barat.
"Ada artis mendakwa mereka tidak mempunyai jadual kerja tetap. Jadi, masa terluang yang panjang dipenuhi dengan aktiviti tidak sihat termasuk mengambil dadah atas dorongan rakan-rakan tetapi mereka boleh melupakan dadah jika sibuk bekerja," ujarnya.

Thursday, 7 February 2013

BILA AHLI PARLIMEN PAS MASUK TV3.


Semalam rancangan Bual Bicara di TV3. Rancangan yang diacarakan oleh Dato Ahmad Talib itu telah menjemput Nasharuddin Mat Isa.

Antara point-point menarik yang diutarakan Ustaz Nasha..

Ustaz Nasha nampaknya konfius sama ada dia masih ahli PAS atau tidak sebab Nik Aziz kata dia automatik tak jadi ahli, manakala Presiden, Hj Hadi kata dia ahli biasa

Ustaz Nasha mengKOMFEMkan bahawa kenyataan yang dibuat Hj Hadi tentang kalimah Allah bersama Anwar dan Lim Kit Siang memang berbeza dengan apa yang diputuskan kemudian oleh Majlis Syura

Ustaz Nasha tak pernah dijemput untuk masuk UMNO oleh PM.

Ustaz Nasha pernah mewakili Speaker Parlimen di Persidangan Speaker Parlimen di Syria pada 2 tahun lepas - menunjukkan keterbukaan Kerajaan Barisan Nasional dalam perjuangan satu-satu isu terutamanya agama Islam

Ustaz Nasha juga nampak usaha yang dilakukan ketika lawatan ke Mekah bersama ulama-ulama disana adalah satu usaha yang besar...malah lebih besar dari percanggahan politik UMNO dan PAS.

Ustaz Nasha akui yang usaha beberapa pihak untuk membenarkan kafir menggunakan kalimah Allah adalah satu agenda jahat untuk menjahanamkan akidah umat Islam...dia memberi contoh yang agak baik: sepertimana yang diutarakan oleh pemimpin Pakatan yang perkataan Allah digunakan oleh non-muslim di Arab..tetapi Ustaz Nasha menjelaskan..perkataan ustaz digunakan oleh Pak-pak Arab untuk panggil orang-orang yang dihormati seperti Prof.. pemimpin, tokoh-tokoh dan sebagainya..berbeza dengan di Malaysia yang ustaz hanya khas untuk gelaran orang-orang yang ahli dalam agama Islam..

Di dalam facebook..ramai juga geng-geng Pakatan meroyan tak tentu arah...ada yang mengatakan Ustaz Nasha menjual agama lah dan macam-macam lagi..sedangkan PAS sendiri dah jual agama dengan benarkan kafirun pakai kalimah Allah...

BOLEH PERCAYA KE NIH?

Cer korang baca.. Boleh percaya ke nih dengan manifesto deme nih? Yg dulu2 pun tak tertunai? apa cite nih?







Untuk info lebih lanjut, klik http://pasbagandatoh.blogspot.com/2013/02/10-agenda-menuju-negar-berkebajikan.html

Janji yang dulu pun tak tertunai, macam mana nak tunaikan manifesto nih??

Wednesday, 6 February 2013

Kalau Datuk M. Saravanan pun keluarkan kenyataan begini, Takkan la korang still tak sedar lagi kot?

Semalam minah hadir ke program anjuran Jabatan kerajaan di sebuah kampung di Tapahroad. Semasa program tu berlangsung, minah sempat dengar beberapa ucapan yang disampaikan oleh Datuk M. Saravanan. Ada ucapan yang menarik perhatian Minah iaitu mengenai ketuanan Melayu dan Agama Islam.


Beliau mengatakan bahawa kalau Barisan Nasional kalah, Orang Melayu akan mengalami kerugian besar. Beliau juga mengatakan bahawa sekarang ekonomi telah dipegang oleh bangsa asing, jadi jika Barisan Nasional kalah, sudah tentu segala nikmat yang dikecapi oleh Orang Melayu akan hilang dan tidak mustahil Hak Keistimewaan Melayu akan dihapuskan. Beliau juga meminta agar Orang Melayu menghargai nikmat yang dikecapi pada masa kini. Beliau juga berkata, walaupun beliau berbangsa India, tetapi bila beliau berada diluar negara terutama di India, rakyat di negara sana tidak mengatakan yang beliau berbangsa India, sebaliknya mereka mengatakan bahawa beliau adalah berbangsa Malaysia.

Jadi, korang boleh fikir tak semua ni? Kalau Datuk M. Saravanan yang berbangsa India pun faham mengenai hal ni, Mengapa korang masih nak cuba gadaikan maruah Melayu dan Islam sendiri? Fikir - fikirkanlah.....

ALFATIHAH. DATUK YAHYA SULONG MENINGGAL DUNIA

Masa dalam perjalanan ke office, Minah dengar berita dari radio Hits.fm (radio orang puteh) yang mengatakan Datuk Yahya Sulong telah meninggal dunia. Sampai office, Minah terus bukak Twitter dan terbaca makluman dari Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai kematian Datuk Yahya Sulong. Setakat ini, masih belum ada informasi lengkap mengenai pemergian beliau.

Sebelum ini, berita mengenai penderitaan beliau telah pun mendapat liputan luas di dada-dada akhbar tempatan. Semoga isteri Datuk Yahya Sulong iaitu Datin Anisah Ali tabah dengan pemergian beliau. 


FAEZAH ELAI SELAMAT MELAHIRKAN BAYI SULUNG

Jutaan tahniah diucapkan kepada Faezah Elai dan suaminya, Heykal Hanafiah atas kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan mereka. Faezah telah melahirkan bayi tersebut di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 7.30 malam semalam.





 Faezah dan Heykal masih belum berkongsi sebarang info (jantina, berat dan lain-lain) bayi mereka. Semoga Faezah dan bayi sihat tanpa sebarang masalah. Tahniah sekali lagi Minah ucapkan. Minah teringin nak tatap wajah baby comel Faezah.