Wednesday 6 February 2013

Kalau Datuk M. Saravanan pun keluarkan kenyataan begini, Takkan la korang still tak sedar lagi kot?

Semalam minah hadir ke program anjuran Jabatan kerajaan di sebuah kampung di Tapahroad. Semasa program tu berlangsung, minah sempat dengar beberapa ucapan yang disampaikan oleh Datuk M. Saravanan. Ada ucapan yang menarik perhatian Minah iaitu mengenai ketuanan Melayu dan Agama Islam.


Beliau mengatakan bahawa kalau Barisan Nasional kalah, Orang Melayu akan mengalami kerugian besar. Beliau juga mengatakan bahawa sekarang ekonomi telah dipegang oleh bangsa asing, jadi jika Barisan Nasional kalah, sudah tentu segala nikmat yang dikecapi oleh Orang Melayu akan hilang dan tidak mustahil Hak Keistimewaan Melayu akan dihapuskan. Beliau juga meminta agar Orang Melayu menghargai nikmat yang dikecapi pada masa kini. Beliau juga berkata, walaupun beliau berbangsa India, tetapi bila beliau berada diluar negara terutama di India, rakyat di negara sana tidak mengatakan yang beliau berbangsa India, sebaliknya mereka mengatakan bahawa beliau adalah berbangsa Malaysia.

Jadi, korang boleh fikir tak semua ni? Kalau Datuk M. Saravanan yang berbangsa India pun faham mengenai hal ni, Mengapa korang masih nak cuba gadaikan maruah Melayu dan Islam sendiri? Fikir - fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment