Thursday 21 February 2013

HAIYA...... LU MEMANG CELAKA LA KARPAL.....

Jui Meng kecewa tindakan Karpal


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dikatakan sangat kecewa dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana secara terbuka menyokong Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.

Jui Meng dilaporkan kecewa dengan tindakan Karpal menyokong Cheng Hau berhubung isu membabitkan pengagihan kerusi pakatan pembangkang di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 antara DAP dengan PKR.


Menurut portal propembangkang Malaysiakini yang memetik akhbar China Press, kekecewaan itu bertambah kerana Karpal menggesa kepimpinan PKR Pusat memulakan siasatan terhadapnya.

Jui Meng yang keluar daripada MCA untuk menyertai PKR pada Julai 2009 turut sedih kerana Karpal mempersoalkan keahliannya dalam MCA.

"Saya telah berkata ketika saya bersama MCA bahawa sekiranya UMNO tidak berubah, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN). Akhirnya, saya keluar MCA untuk menjaga kepercayaan politik saya dan juga untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dilucutkan anugerah Datuk kepada saya.

"Namun, saya telah dikritik oleh Karpal seperti ini. Saya sangat kecewa, " katanya semalam.
Sementara itu, Malaysiakini turut memetik akhbar SinChew Daily yang melaporkan PAS Johor menggesa Jui Meng dan Cheng Hau supaya menghentikan perang mulut dan bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan keduanya.
 
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Cheng Hau secara terbuka mengecam Jui Meng. Mahfodz dillaporkan berkata kecaman terbuka Cheng Hau menjejaskan imej pakatan pembangkang di Johor dan memberikan gambaran bahawa mereka dalam keadaan huru-hara.
 
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Tan Kok Wai menyatakan tindakan tidak akan diambil terhadap Cheng Hau kerana pemimpin itu hanya menyatakan perkara yang benar.
 
Semalam, Jui Meng dan Cheng Hau dilarang membuat sebarang kenyataan terbuka berhubung konflik yang melanda kedua-dua itu.
 
sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment