Friday, 15 February 2013

PROTES.. JANGAN TAK PROTES

Kalimah Allah: Lagi ahli Pas, NGO anjur protes

SEKUMPULAN NGO teramsuk ahli Pas membakar akhbar Buletin Mutiara sebagai tanda bantahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam di di Masjid Syaikh Eusoff, Doby Gout, George Town, Pulau Pinang hari ini. 


GEORGE TOWN 15 Feb. - Sekumpulan anggota Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bantahan secara aman itu berlangsung kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini.

Kumpulan berkenaan turut membakar akhbar keluaran kerajaan negeri, Buletin Mutiara sebagai simbolik menolak Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab memulakan isu kontroversi itu.

Pengerusi Tetap Pas kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar menyelar kepimpinan tertinggi Pas yang didakwa terus bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terangan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

"Mengapa Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) (Mursyidul Am Pas) pergi melawat Karpal (Singh) (Pengerusi DAP) baru-baru ini? Untuk berdakwah? Beliau menunjukkan contoh tidak baik kepada ahli Pas kerana dia (Karpal) secara jelas menghina perjuangan Pas dengan meminta majlis syura menukar pendirian mengenai isu itu," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, di Kedah, lebih 300 anggota Persatuan Penawar 1Malaysia dan jemaah Masjid Jamek di Sik turut mengadakan protes serupa di hadapan masjid itu selepas solat Jumaat.

Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim.

Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik Ghazali Ahmad, 58, berkata, masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu. 

"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu. - BERNAMA

1 comment: