Tuesday 12 February 2013

UMNO IS THE BEST...

Undi BN sebagai pengajaran kepada parti - Aktivis Pas


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Ahli-ahli Pas yang bijak, mempunyai prinsip dan istiqamah dengan perjuangan asal parti perlu mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan kesucian Islam terpelihara dan diperkasa.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, tindakan itu perlu dilakukan sebagai mesej ahli-ahli akar umbi yang mahukan barisan kepimpinan Pas di setiap peringkat ditukar.

Menurutnya, undi protes itu sebagai pengajaran kepada pemimpin Pas.

"Kami mahu barisan kepimpinan Pas tahu tanpa ahli siapalah mereka. Pandangan ahli perlu diambil kira," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang mengingatkan ahli-ahli Pas tidak memberi undi kepada calon parti itu dan rakan sekutunya iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pembangkang.

 

2 comments:

  1. betul katakan minah ni BN adalah terbaik sebagai pembangkang selepas PRU 13 ni..rakyat x boleh harapkan BN sebagai pemerintah utk kebaikan Malaysia tercinta ni.

    ReplyDelete
  2. Tp org islam akan lebih menderita kalau PR memerintah. semuanya krn org mcm kau. org mcm kau la yg gadaikan agama...

    ReplyDelete