Friday 15 February 2013

LAGI BERITA BAIK UNTUK ORANG ASAL

PM: Pendemokrasian buka peluang Orang Asli dapat pendidikan berkualiti

SERI ISKANDAR 15 Feb. - Prinsip pendemokrasian pendidikan diamalkan kerajaan telah membuka ruang dan peluang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti Orang Asli mendapat akses pendidikan berkualiti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, prinsip yang berada dekat di hatinya itu tidak bersifat elitis atau terbuka kepada golongan yang berkedudukan tetapi setiap orang di negara ini mesti mendapat peluang berkenaan.

Beliau berkata, pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.

"Mungkin kita (kerajaan) boleh membina jalan, membina jambatan atau sediakan rumah sekalipun. Tetapi tidak ada alat wahana yang lebih berkesan berbanding sekiranya seseorang itu mendapat akses pendidikan berkualiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi dan selanjutnya," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama YAB Perdana Menteri serta pelancaran program Mengubah Destini Orang Asli di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada bumbung yang dapat mengehadkan pencapaian seseorang itu selain keinginan dan kesungguhan untuk berjaya melalui pemupukan semangat serta mengubah sikap, menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam sistem pendidikan oleh kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment