'Jangan tertipu agenda DAP bela Islam, Melayu'
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan orang Melayu dan umat Islam tidak tertipu dengan pembohongan DAP kononnya mahu menjaga kebajikan kumpulan masyarakat tersebut.Malah, beliau turut membayangkan agama Islam dan orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah DAP yang tidak pernah menghormati sentimen masyarakat itu.
Menurutnya, perkara itu sudah ditunjukkan pemimpin DAP yang sering memperlekehkan sensitiviti Islam dan orang Melayu selain sering menampilkan dasar yang hanya mementingkan perjuangan kaum Cina.
"Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pernah mencetuskan provokasi terhadap usaha orang Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, kemudian Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendesak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
No comments:
Post a Comment