Thursday, 9 August 2012

Apa kata Tun Dr Mahathir...



Dibawah ini terjemahan artikel terbaru Tun Mahathir - The Race Factor yang dibuat oleh Blogger Din Turtle. Jika terdapat sebarang kesilapan terjemahan atau dari segi maksud, sila perbetulkan.

1 - Ramai yang bertanya kenapa kita tidak boleh hapuskan politik yang berasaskan perkauman ?

2 - Jawapan yang mudah adalah kerana kita sendiri yang mahu memperingati diri dan diiktiraf mengikut asal usul kaum, negara asal tuk nenek, bahasa dan budaya ibunda.

3 - Kita tidak cukup setakat menyatakan bahawa kita ini adalah rakyat Malaysia. ( maknanya kita masih mahu merujuk kepada kaum kita samada Melayu, Cina , India dll )

4 - Jika diberikan contoh negara lain dimana rakyat pelbagai kaum mereka mampu hidup tanpa adanya politik perkauman, atau perlu dibezakan mengikut negara asal mereka ( contohnya China, India dll ) , kita akan jawab yang kita ini berbeza. Keadaan kita unik, tidak boleh dibandingkan dengan negara lain. TAPI waktu sama dalam banyak perkara lain, kita mahu pula bandingkan dengan mereka.

5 - Tapi apakah kita begitu berbeza dengan mereka ? Sebenarnya ramai juga rakyat kita yang berasal dari negara luar tapi mereka telah lupa akan negara asal. Kita menerima mereka kerana mereka telah menerima sepenuhnya cara hidup penduduk asal disini. Mereka berbahasa tempatan, mengamalkan budaya dan tradisi tempatan dan kebetulan kebanyakannya adalah orang Islam.

6 - Mengikut Perlembagaan, mereka ini adalah Melayu dan diiktiraf sebagai Bumiputera dan bukannya pendatang luar.

7 - Menjadi satu isu besar diSabah kerana bilangan besar mereka yang diberikan kerakyatan. Ada yang telah dihantar pulang kenegara asal tapi ramai juga yang kembali secara haram.

8 - Tapi ramai dari mereka ini sebenarnya layak untuk diberi kerakyatan. Mereka telah tinggal di Malaysia ( Sabah ) berpuluh tahun lamanya. Mereka dan anak2 fasih bertutur dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan kita.

9 - Atas dasar permastautin yang lama dan kefasihan mereka dalam Bahasa Kebangsaan mereka layak dan telah diberikan taraf Warganegara.

10 - Sebagai perbandingan, kita punya ramai dikalangan rakyat yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tapi telah diberikan Kerakyatan. Dan kita masih lagi berikan kerakyatan kepada orang luar yang memohon menjadi Warganegara dengan syarat mereka telah tinggal disini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas, fasih dalam Bahasa Kebangsaan dan mengangkat sumpah ketaatan kepada negara. Jadi kenapa imigran diSabah yang sudah memenuhi syarat2 diatas tidak boleh diberikan Kerakyatan ? Bantahan kepada pemberian Kerakyatan mereka ini dilihat lebih bersifat politik.

11 - Faktor perkauman menjadi isu besar lagi. Suatu ketika dulu terdapat parti2 politik yang berasaskan ideologi bertanding dalam Pilihanraya tapi mereka semua ditolak oleh pengundi dan rakyat memilih parti2 yang berasaskan kaum.

12 - Jika kita mahu melihat politik yang berasaskan kaum, maka kita harus bersedia untuk melupakan asal usul kita, bertutur dan menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan melafazkan ikrar taat setia kepada negara ini saja. Kita masih boleh kekalkan ugama masing2.

13 - Mungkin satu hari nanti ia akan berlaku. Tapi untuk ketika ini, politik kita akan tetap berasaskan kaum walaupun kita tidak mahu mengakuinya. Kita juga tidak harus sebut 'pelbagai kaum' kerana dengan itu secara tidak sedar kita mengakui wujudnya perbezaan kaum.

House PK: Nak baca komen Din Turtle, KLIK SINI

Sedih beb, sampai hari ini, anak-anak muda Cina tak reti berbahasa Malaysia. Mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka. Makin lama makin tak reti mereka nak cakap bahasa kebangsaan. Bangla, Myanmar, Nepal dan mana-mana negara lain datang sini lagi fasih berbahasa Melayu dari kaum DAP ni.

Elok dilucutkan kerakyatan rakyat malaysia yang tak reti nak bertutur bahasa Kebangsaan ini. Apa pendapat korang?

Monday, 6 August 2012

Memang Kurang Ajar Betul La Dia nih...


Sesuka hati je perlekehkan orang. Walaupun Datuk Lee Chong Wei kalah, atleast kalah bermaruah. bukan menang sorak. kalau nak tau ceritanya, klik je kat nama dia...

Ini ke agaknya yang PR nak?

Paderi gay anjur majlis resepsi kahwin















KUALA LUMPUR 6 Ogos - Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin.

*Agaknya ini lah yang mereka mahu.... Apa nak buat? Dunia dah nak akhir zaman.....

Monday, 30 July 2012

Penyudahnya ada yang palam Abby Balik...

Umie ‘Tegur’ Abby, Jangan Politikkan Agama



Sejujurnya, jika ada anugerah artis politik paling popular, memang penulis nak beri anugerah khas tersebut kepada Abby Abadi. Abby Abadi nampaknya semakin hangat diperkatakan oleh rakan-rakan media serta peminat yang mula mempersoalkan beberapa kenyataan Abby.Kali ini timbul pula isu Abby Abadi yang menyatakan sukar bagi dirinya yang sudah berhijrah untuk mendapatkan kerja kecuali apabila kerajaan yang sedia ada tumbang.

Kenyataan itu telah dikecam oleh Umie Aida menerusi laman sosial Twitter.Menurut Umie, kenyataan Abby Abadi itu seperti orang yang cetek pemikirannya.

Umie lebih bersifat terbuka apabila dia menyatakan yang selebriti yang berhijrah masih boleh maju tetapi jangan menggunakan medium politik.

Justeru, penulis lebih gemar untuk mengambil beberapa contoh artis/selebriti yang telah berhijrah tetapi masih berjaya dalam industri seni tanah air.Penulis suka melihat cara Erma Fatima berdakwah. Anda nampak cara dia berdakwah? Mungkin ada yang sudah perasan akan perkara ini.

Erma Fatima yang juga pengarah terkemuka di Malaysia menggunakan pendekatan berbeza untuk berdakwah rakan selebriti yang lain.Dia telah melakukan penggambaran di Tanah Suci Mekah pada masa yang sama melakukan ibadah umrah. Selain itu, dia juga gemar memaparkan isu berkenaan wanita dan Islam dalam hasil karyanya sekaligus dapat memberi nasihat serta pengajaran kepada penonton.

Lain pula cara yang diguna pakai oleh Sheila Rusly. Penulis melihat Sheila lebih cekal dalam industri seni apabila dia pernah jatuh kemudian kembali semula bangkit dan berjaya dalam industri.Dia berusaha untuk mencipta nama menerusi program-program yang dihoskan serta diterbitkan sendiri.Pada masa yang sama, dia membantu suaminya, Jinggo dalam memajukan syarikat produksi mereka, JS Production.

Selain itu, Wardina Safiyyah juga mengakui yang sedikit sukar untuk mendapat kerja sebagai pelakon selepas memakai tudung kerana perlu menjaga adab dan sebagaianya.Namun, pelbagai cara alternatif yang boleh digunakan untuk menjana pendapat.“Tapi bila kita tiada ‘job’ untuk berlakon, kita boleh cari dengan cara lain dalam industri ini dalam usaha mencari rezeki.“Kita nampak satu pintu tertutup, tapi Allah SWT Maha Penyayang, 10 pintu dibuka untuk umatnya,” kata Wardina sewaktu dihubungi hari ini.Ujarnya, pelbagai pilihan boleh dibuat seperti menjadi duta produk, pengacara, mengusahakan perniagaan ataupun terlibat secara langsung disebalik tabir produksi.Bagi Wardina, sikap, personaliti serta pemikiran merupakan asas utama untuk berjaya dalam industri.

Jelas, isu berhijab serta kerajaan yang memimpin Malaysia bukanlah isu yang perlu dipersoalkan oleh Abby.Rata-rata komentator dalam laman-laman sosial serta laman web dan blog lebih menjerumus untuk memberi nasihat kepada Abby supaya tidak begitu aktif dalam politik sebaliknya mengfokuskan agama yang didahagakannya sebelum ini.

Penulis suka untuk mencadangkan supaya rakan-rakan selebriti yang telah berhijrah tetapi masih berjaya melangsungkan kehidupan dan menjana sumber rezeki untuk duduk berbincang bersama Abby serta berkongsi tips kejayaan.

Mungkin itu salah satu cara yang terbaik. Apa kata anda?

Pengkhianat.....



Rasanya satu Malaysia dah tau yang Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dah lompat parti. Keputusan mereka berdua ni sememangnya sudah lama dijangka. Sekurang-kurangnya kita dah nampak siapa duri dalam daging, api dalam sekam. Kalau mereka masih berada bersama Barisan Nasional dan UMNO, rasanya mungkin lebih haru-biru jadinya.. kalau nak tau cerita mereka, Klik je...

Monday, 23 July 2012

Dah kata UMNO ada hubungan dengan Komunis.... Suka Suki je...

UMNO tiada hubungan komunis

Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) bersalaman dengan para perwakilan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-20 parti tersebut di Wisma Tan Sri M. G. Pandithan, Seri Kembangan di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 22 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi Pas dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA



Apa nak jadi dengan puak PR nih? lepas satu, satu fitnah yang dihamburkan pada UMNO. Agak2 la woi... 

Punya La Desprate....



                    Sh Aini (klik)      Ning Baizura (klik) Nasha Aziz (klik)

Adoiyai. punya la desprate PAS ni, sampai artis yg tak tau benda pun dia kata nak join depa. kan dah kena bambu... padan muka.... nak tau ceritanya, tekan je klik...