Wednesday 6 March 2013

KANTOIIII.... AKU SUMPAH JUGAK DIA NI JADI TIRAM.....

Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu


KUALA LUMPUR 6 Mac - Jamalul Kiram III (gambar) tidak boleh mendakwa sebagai pewaris atau bergelar Sultan Sulu kerana namanya tidak tersenarai sebagai antara waris Kesultanan Sulu yang berhak memperoleh 'imbuhan' daripada sewaan tanah Borneo Utara (kini Sabah).

Menurut sumber, dalam satu penghakiman di Mahkamah Tinggi Borneo Utara oleh Ketua Hakim, C.F.C. Macaskie pada 1939, hanya sembilan pewaris tersenarai menerima imbuhan berkenaan.

Katanya, mereka ialah Dayang- Dayang Haji Piandao Kiram, Putli Tarhata Kiram, Putli Sakinur In Kiram, Mora Napsa, Esmail Kiram, Datu Punjungan Kiram, Sitti Mariam Kiram, Sitti Rada Kiram dan Sitti Putli Jahara Kiram.

Malah, tambah beliau, selepas kesemua pewaris asal itu meninggal dunia nama Jamalul Kiram III juga tidak tersenarai untuk menerima imbuhan berkenaan dalam penghakiman mahkamah di Jolo pada 25 Mei 2011.

 

No comments:

Post a Comment