UMNO Perak sokong Presiden, Timbalan Presiden tidak ditanding
IPOH 4 Sept. - Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong cadangan
jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam
pemilihan parti, Oktober ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian
UMNO Perak itu tidak perlu disalahtafsirkan oleh mana-mana ahli demi
kebaikan parti dan proses transformasi dalam Umno.
Katanya, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanya, Tan
Muhyiddin Yassin merupakan gandingan mantap untuk memimpin parti itu.
"Saya yakin UMNO Perak telah nyatakan bahawa di samping tidak menolak
hak untuk anggota bertanding di mana-mana peringkat, kami merasai
bahawa kedudukan untuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak
dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco
kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengenai pertandingan di peringkat bahagian dan cawangan, beliau
berharap ia dapat diadakan dalam suasana kekeluargaan dan ahli parti
sudah matang untuk memilih calon yang sesuai. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment