Hari ni kita dikejutkan dengan berita Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan
ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara
berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
beginilah keadaan kenderaan yang dinaiki oleh Karpal |
Kemalangan tersebut turut mengorbankan pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez manakala anaknya dan pemandu dilaporkan mengalami cedera parah. Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau
Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian
akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang
dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa
memberi isyarat.
Mayat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh adalah YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir dan isteri, ahli-ahli Exco Negeri Perak seperti YB Norlee Ashilin, YB Dato Shaarani dan Bekas Menteri Besar Perak YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Turut hadir memberi penghormatan adalah YB Dato Dr Mah Hang Soon , ADUN Chenderiang.
Walaupun Minah marah dengan perbuatan Karpal Singh semasa dia masih hidup, sebagai manusia, segalanya adalah ketentuan Allah. Minah sependapat dengan rakan Minah (klik) bahawa setiap perbuatan ada balasannya.
Untuk itu, Minah ucap takziah kepada keluarga Karpal Singh. Dan kepada puak-puak PAKATAN HARAM, lepas ni tak de masalah lagi nak laksanakan hukum hudud.
No comments:
Post a Comment