Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 16 September 2012

Please stop it.....

Hentikan penyiaran video anti-Islam di YouTube

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Penyiaran filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW di YouTube perlu dihentikan serta-merta.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan itu perlu memandangkan penyiaran filem tersebut turut menganggu-gugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Malah, katanya, filem yang membelakangkan sensitiviti agama Islam tersebut tidak sedikitpun memberi manfaat kepada penontonnya.

"Saya menyokong cadangan semua pihak untuk mengharamkan siaran video biadab ini daripada terus mendapat publisiti murahan. Kita sebagai masyarakat harmoni yang digerakkan dengan perasaan saling menghormati antara satu sama lain meskipun berbilang kaum dan agama menentang penyiaran tersebut.

*kalau  Tan Sri Lee Lam Thye yang berbangsa Cina n beragama Buddha pun menghormati agama Islam, kenapa yang lain x buat macam dia? 

Bagus....

Haramkan masuk - TPM


Sebahagian orang ramai menyertai bantahan terhadap sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, Perak, semalam.

KOTA BHARU 14 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam keras penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW mahu ia diharamkan dan tidak dibenar diedarkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri dengan tegas berkata, perbuatan menghina Rasulullah dalam apa juga keadaan tidak boleh diterima dan ia merupakan suatu kesalahan besar bagi umat Islam.

Beliau turut menyifatkan penerbitan filem tersebut yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, berniat jahat untuk mewujudkan pertembungan dan pergaduhan antara agama dan akhirnya membawa kesan buruk kepada masyarakat dunia.

"Bagi saya secara peribadi, sepatutnya kita haramkan. Perbuatan menghina Nabi bagi orang Islam tak boleh diterima, suatu kesalahan besar bagi kita. Kita tak boleh izinkan baik dalam bentuk filem, perkataan, apa sahaja yang menghina Rasulullah SAW, ini memang suatu yang kita tolak.

"Jadi, bagi saya jelas (pihak berkuasa) tak payah tunggu keputusan (kerajaan), jangan benarkan masuk, jangan edarkan kerana sudah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

"Ini satu perbuatan berniat jahat, mungkin ada tujuan-tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, membangkitkan perasaan marah, sesuatu yang boleh membawa kesan kepada masyarakat dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat dan Mesra Aidilfitri yang dihadiri lebih 20,000 orang di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Pengerusi Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kota Bharu yang juga Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu.

* utk pengetahuan lu orang, pihak SKMM dah buat laporan rasmi pasal filem yang boleh merendahkan martabat Islam pada Google. Hopefully google akan menghormati undang-undang cyber Malaysia...


Padan Muka Lu.. Lu ingat Orang Islam ni Bodoh ke?


AMERIKA TAHAN PENERBIT FILEM HINA NABI



Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.

Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.

Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.

Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan ada miliknya.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya.

Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.

"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.

Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.

Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.

Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain


BANGUN WAHAI UMAT ISLAM....

OIC kesal filem hina Nabi, kutuk serang kedutaan


JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi.

Setiausaha Agung OIC, Prof Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, beliau terkejut dengan tindakan keji itu, yang tidak boleh diterima atas sebarang alasan.

Christopher Stevens terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang pejabat konsul Amerika menggunakan roket pelancar bom, sebelum membakar bangunan berkenaan kelmarin.

Keganasan itu dikatakan berpunca daripada penerbitan sebuah filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Dalam kenyataannya, Ihsanoglu menyuarakan kebimbangan mendalam beliau berkaitan serangan terhadap kedutaan Amerika di Kaherah kerana membantah filem yang diterbitkan di Amerika itu.

Katanya, dua kejadian itu mempamerkan akibat buruk yang boleh tercetus daripada tindakan menyalahguna kebebasan bersuara, seperti yang sentiasa diberi ingatan oleh OIC.

Walaupun penerbitan filem berkenaan amat dikesali kerana boleh menyalakan api kemarahan, namun tindakan melakukan keganasan, yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, juga tidak boleh diterima, katanya. 



Saturday, 15 September 2012

Ni la padahnya bila menghina nabi junjungan kita. Sam punya angkara, Christ jadi mangsa...


Eksklusif: Gambar Duta Amerika Chris Stevens Terbunuh


Berikut adalah gambar eksklusif kematian duta Amerika ke Libya, Chris Stevens yang maut dalam serangan penunjuk perasaan ekoran munculnya sebuah filem pendek yang menghina Nabi Muhammad SAW. Treler filem berdurasi 14 minit itu berjudul Innocence of Muslimsdihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile dari Amerika.

Berdasarkan laporan, mayat Chris Stevens telah diseret oleh para demonstran...





Bagi penganut fahaman liberalisme, tindakan tmenghina Nabi juga satu kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Namun bila terjadi tindak balas seperti ini, ada mereka mempertahankan slogan yang sama?

* so, kepada PAS dan PKR, kalau anda benar2 beragama Islam, sanggup  ke kita nak biarkan orang menghina Nabi Junjungan kita? Macam tu jugak bila YB Paralyzed a k a Karpal Singh dok kata langkah mayat dia dulu kalau nak laksanakan hukum hudud.. So, sendiri mau ingat la...


Thursday, 13 September 2012

Putar Belit memang kerja orang PAS.. Tak de kerja lain.....


FAKTA DAN PENJELASAN: TUN DR MAHATHIR TIDAK PERNAH MENGHINA JANGGUT NABI MUHAMMAD SAW




1. Isu Tun Mahathir menghina janggut nabi pernah menggemparkan arena pesada politik tanahair berdekat lamanya. Persoalannya benarkah Tun Mahathir yang dikenali ulamak oleh sesetengah ulamak dari Timur Tengah sanggup menghina janggut Nabi SAW ?? Isu ini telah dimain oleh penganut agama PAS dengan hebatnya suatu ketika dulu.

2. Sebenarnya telah lama MH pendamkan perkara ini. MH rasa amat kewajipan kepada MH untuk memperjelaskan perkara yang sebenarnya mengenai fitnah besar PAS terhadap Tun Dr Mahatir kepada seluruh rakyat Malaysia. Secara ikhlasnya MH pernah berjumpa dengan salah seorang bekas pengiring Tun Mahathir dalam tahun 2002 didalam satu kursus  di Sik Kedah (namanya terpaksa penulis rahsiakan). yang juga bekas anggota pasukan keselamatan

3. Menurutnya, beliau ada bersama Tun Mahathir pada ketika itu. Ketika itu majlis jamuan teh selepas perasmian (setiap majlis yang dihadiri oleh PM dan mana-mana menteri sekali akan disertai dengan kudapan). Turut serta di meja Tun Mahathir pada ketika itu antaranya ialah Allahyarham Tan Sri Hamid Othman, beberapa orang menteri dan ulamak.

4. Antara intipati perbualan Tun dengan beberapa orang menteri dan ulamak ini berkisar mengenai perkara-perkara yang disunatkan pada hari Jumaat, seperti bergunting dan juga bercukur. Tun sebenarnya ingin tahu, bagaimanakah Nabi SAW merapikan janggut Baginda pada zaman itu. Tun bertanya dengan rasa ingin tahu (curious) bagaimana Nabi SAW dan para sahabat bercukur (merapikan) janggut pada zaman itu. Menurut Tun zaman itu tak dak pisau cukur apatah Gillette. Persoalan Tun jugak berkisar pada bagaimana umat pada zaman untuk bercukur sedangkan air adalah terhad. Itu sebenarnya yang ditanya oleh Tun pada ketika itu. Tun sebenarnya amat bersyukur dengan kemudahan yang  ada pada hari ini untuk bercukur.

5. Bagi yang kurang arif pasal Tun Mahathir, secara genetiknya Ayahanda kepada Tun Mahathir berasal dari keturunan India Muslim. Automatisnya mestilah berjanggut dan berbulu lebat.


Tun Mahathir suatu ketika dulu. Zaman dia berkhidmat di Hospital Alor Setar. Tengah Houseman ship lagi kot time ni. Sampai tak dan nak cukur janggut. Inilah pokok perbualan Tun pada hari tersebut.  Handsome juga Tun Mahathir dengan wajah begini......


6. Perbualan ini menjadi topic utama pada pagi itu. Dan apabila perkara ini disampaikan secara mulut ke mulut dan lebih-lebih lagi kepada penganut agama PAS, depa ni telah memfitnah kata-kata Tun sebagai Tun menghina Nabi SAW seperti berikut:


"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?  Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yangspecial sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Nauzubillahiminzalik......
7. Firman Allah SWT

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh pulluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

8. Seperti mana yang kita semua maklum, fitnah itu adalah mainan PAS, adu domba itu mainan Pakatan Rakyat. Ini semua adalah fitnah PAS yang TERBESAR terhadap Tun Dr Mahathir. Adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyebarkannya kepada seluruh rakyat Malaysia... Insyaallah...


* dah jelas kan sekarang..... Tun tak pernah keluarkan statement yang tak wajar, apatah lagi dalam bentuk penghinaan...


Wednesday, 29 August 2012

Memang Mulut Capoi betul la depa ni.. Sesukahati je keluar statement tak betul...


TUN M - SAYA TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM !!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya. -UM