Monday 17 June 2013

BENGONG!!!!

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.

Bagaimanapun, Husam yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily berkata tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.
"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu.

Husam juga dilaporkan menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS agar turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," katanya lagi.

Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," katanya.

Husam bagaimanapun tidak menyentuh tentang kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sehingga membolehkan mereka untuk terus berkuasa.

No comments:

Post a Comment