Tuesday 4 June 2013

KENYATAAN YANG HARUS ABANG NON AND GANG TERIMA....

Tun Mahathir : Pakatan Kalah PRU13 Sebab Orang Melayu 

Takut Kepada Anwar & DAP


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan Bernama berkata UMNO 


menang besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 bukan disebabkan perpaduan parti itu, 

sebaliknya disebabkan orang Melayu takut negara ini dipimpin oleh Ketua pembangkang, 

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya DAP.“Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana 

kekuatan UMNO atau perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh 

perasaan takut orang Melayu, terutama kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar 

Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.“Kalau mereka mendirikan 

kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu 

mereka memberi sokongan kepada UMNO,” katanya.Dr Mahathir berkata demikian ketika 

ditemui pemberita selepas memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan 

Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti 

Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), di Yogyakarta, Indonesia.Menurut Dr Mahathir, belum 

sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka 

kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia dan pendekatan terbaik pada masa ini ialah 

kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan 

kekayaan negara.“Kita tak boleh ketepikan parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun 

dalam BN, ada parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang 

mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi satu kaum saja.“Kalau kita lihat 

parti GERAKAN sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi 

belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti,” katanya.Dr 

Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan mengenai corak 

dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan 

mendalam akan kesan baik dan buruknya.“Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang 

kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh 

orang Melayu.“Walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan 

mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment