Tuesday, 17 September 2013
Wednesday, 4 September 2013
NAMPAK SANGAT LA KIT SIANG TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI.......
Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar
tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah
dan tidak perlu untuk mengubahnya.
“Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku.
“Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek ‘Impression’ Melaka di sini hari ini.
Projek ‘Impression’ Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu
produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan
terbuka di Pulau Melaka.
Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan
menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi
negara.
Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyelar tindakan sasterawan
negara yang juga aktivis propembangkang, A. Samad Said yang belum
menyerah diri kepada pihak polis kerana mengibar bendera Sang Saka
Malaya pada malam kemerdekaan tempoh hari.
“Semua orang adalah sama. Jika menteri sekalipun, kalau diminta menyerah diri, mesti pergi.
“Besar sangat ke A. Samad? Polis panggil, pergi sahajalah," tegasnya.
*Kalau dah buat salah, macam2 akal dia.....
ITU YANG LEBIH BAIK....
UMNO Perak sokong Presiden, Timbalan Presiden tidak ditanding
IPOH 4 Sept. - Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong cadangan
jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam
pemilihan parti, Oktober ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian
UMNO Perak itu tidak perlu disalahtafsirkan oleh mana-mana ahli demi
kebaikan parti dan proses transformasi dalam Umno.
Katanya, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanya, Tan
Muhyiddin Yassin merupakan gandingan mantap untuk memimpin parti itu.
"Saya yakin UMNO Perak telah nyatakan bahawa di samping tidak menolak
hak untuk anggota bertanding di mana-mana peringkat, kami merasai
bahawa kedudukan untuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak
dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco
kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengenai pertandingan di peringkat bahagian dan cawangan, beliau
berharap ia dapat diadakan dalam suasana kekeluargaan dan ahli parti
sudah matang untuk memilih calon yang sesuai. - BERNAMA
GREAT TOK ALI....
Ali Rustam tanding Naib Presiden
![]() |
Mohd. Ali Rustam (berdiri, kiri) beramah mesra dengan tetamu yang
menghadiri majlis
Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Rumah
Melaka, Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Teka-teki mengenai jawatan
yang akan ditandingi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd.
Ali Rustam pada pemilihan UMNO hujung tahun ini terjawab apabila beliau
mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden parti itu.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan
sedalam-dalamnya dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dalam
parti.
Katanya, langkah itu juga setelah mengambil kira pengalaman yang
dimiliki beliau yang sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Presiden
serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO selain memegang jawatan dalam kerajaan.
"Bukanlah tujuan saya untuk melawan ataupun menidakkan sesiapa, ini
adalah proses penawaran, semua yang ada (bertanding) baik-baik belaka.
Ahli parti ada pilihan, saya fikir pengalaman dimiliki boleh membantu
memperkuatkan parti dan saya juga ingin perjuangkan kepentingan orang
Melayu serta Islam mengikut Perlembagaan Malaysia.
"Kita lihat hari ini, hak-hak orang Melayu semakin dipertikaikan,
terutama oleh parti pembangkang hingga tak hargai apa pengorbanan
golongan Melayu sejak merdeka, maka saya melihat UMNO merupakan wadah
terbaik untuk pertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam serta
Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui bersama semasa menuntut
kemerdekaan dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Rumah Melaka di sini hari ini.
Pengumuman itu mengesahkan pertandingan lima penjuru bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.
Sebelum ini tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie
Apdal mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandang sementara Ketua
UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menawarkan
diri bertanding.
Menurut beliau, UMNO sebagai sebuah parti demokrasi memerlukan
transformasi dan umum melihat jawatan-jawatan tertentu wajar
dipertandingkan untuk kebaikan parti.
Katanya, semua yang bertanding untuk jawatan tersebut mempunyai
keistimewaan tersendiri dan berdasarkan rekod perkhidmatan,
masing-masing telah banyak berjasa kepada parti serta negara.
"Jadi terpulang kepada ahli parti untuk memilih yang terbaik. Bagi
saya semua mempunyai peluang yang sama, cuma mungkin kelebihan kepada
saya memandangkan tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.
"Saya mempunyai lebih masa untuk jumpa ahli serta pemimpin di
peringkat akar umbi. Dengar pandangan mereka dan membawanya kepada pucuk
pimpinan atasan untuk dijadikan panduan," katanya.
Mengulas ketiadaan muka baharu yang menawarkan diri untuk bertanding
jawatan Naib Presiden, beliau memberitahu, masih terlalu awal untuk
membuat keputusan kerana UMNO mempunyai banyak pemimpin pelapis dan
berkemungkinan akan ada yang menawar diri pada saat-saat akhir.
Terima Kasih Kerajaan Malaysia
Minah terbaca headline Utusan Malaysia. Yang menarik perhatian Minah adalah tajuk Ringankan Beban Guru. Timbalan Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa sebanyak 10000 jawatan Pembantu Pentadbiran akan diwujudkan bagi meringankan beban tugas guru. Minah setuju bersetuju sangat. Ye la. Beban tugas guru semakin berat. Bermakna kerajaan memang prihatin dengan masalah beban tugas yang dihadapi oleh guru. Jadi, memang patut la kalau diwujudkan jawatan tu. Semoga pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan menjadi berita baik untuk semua guru-guru di Malaysia.
* Kalau la PR yang memerintah, rasanya lagi berat kot beban tugas guru.....
Subscribe to:
Posts (Atom)