Wednesday 4 September 2013

NAMPAK SANGAT LA KIT SIANG TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI.......

Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan tidak perlu untuk mengubahnya.

“Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku.

“Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek ‘Impression’ Melaka di sini hari ini.

Projek ‘Impression’ Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan terbuka di Pulau Melaka.

Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyelar tindakan sasterawan negara yang juga aktivis propembangkang, A. Samad Said yang belum menyerah diri kepada pihak polis kerana mengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam kemerdekaan tempoh hari.

“Semua orang adalah sama. Jika menteri sekalipun, kalau diminta menyerah diri, mesti pergi.
“Besar sangat ke A. Samad? Polis panggil, pergi sahajalah," tegasnya.

*Kalau dah buat salah, macam2 akal dia.....

No comments:

Post a Comment