Wednesday, 29 August 2012

Memang Mulut Capoi betul la depa ni.. Sesukahati je keluar statement tak betul...


TUN M - SAYA TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM !!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya. -UM

Lompat si Katak Lompat..


BERITA DARI SABAH: LAJIM KEMBALI RUJUK


SAYA KENA TIPU BAH
Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Bagaimana pandangan anda?

* Laporan dari wakil mymassa di Kota Kinabalu.

Wow.. Patung Budha baru ke ni????

INI KE PATUNG TOKONG YANG DI SEMBAH PENDUDUK PULAU PINANG ?? DENGARNYA DAH JADI TARIKAN BARU 

DI PULAU PINANG....



 Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.

Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.

Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.


Dalam entri blog gelagatanwar.wordpress.com  pada 16 Jun 2012 yang memetik Mansor Othman berkata: "Kamu tau dia (Guan Eng) angkuh...sombong dan angkuh. Bukan mudah. Sekarang ini lebih angkuh. Sebab dia (Guan Eng menang banyak. Mereka (DAP) dah pasti menang 19 dan mahu menang lebih lagi.Kerana dengan dua lagi (kerusi) mereka boleh membentuk kerajaan sendiri dan mereka boleh ambil (lompat parti) daripada kami (wakil PKR) menyebelahi mereka dan meninggalkan kami (PKR)"

Dalam PC baru ini, Mansor menafikan menggunakan perkataan 'sombong' dan 'angkuh' terhadap Guan Eng. Mansor mengakui menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng... 

Nak tanya kepada rakyat Pulau Pinang,betul ke..!! Apa yang di maksudkan oleh Mansor Othman yang Lim Guan Eng sekarang ini adalah seperti 'Tokong'. Kepada rakyat Pulau Pinang. 'Tokong' bermakna Lim Guan Eng perlu disembah oleh masyarakat Cina Pulau Pinang dan mesti dihormati oleh orang Melayu dan India Pulau Pinang. 

"JB cadang kan kepada Mansor Othman,Pengerusi PKR Pulau Pinang,buat patong bermukakan Lim Guan Eng dan keluarkan arahan,agar tiap-tiap ahli DAP,PKR dan Pas membeli dan menyimpan patong Lim Guan Eng di rumah dan di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk satu patung Lim Guan Eng yang tinggi dan besar diletakan diatas Bukit Bendera,Pulau Pinang.

Mmg cepat Perasan Betol la ....


Isu FB: Tak masuk akal minta Pemuda bertanggung

jawab atas perkara yang tidak dilakukan


Isunya  begitu mudah , pertama  laman  FB itu bukan lidah  rasmi 
Pergerakan  Pemuda  UMNO  Malaysia  (PPUM). Kedua, Perkara 
yang   disuarakan,     baik      posting   yang  di keluarkan  ataupun 
permohonan   maaf   dari  pengendali  laman  tersebut bukan atas 
arahan   Pergerakan   Pemuda   UMNO   Malaysia.   Ketiga,  Oleh 
kerana ia  tidak  dilakukan  oleh  Pemuda  UMNO, maka tidak logik 
untuk meminta Pemuda UMNO bertanggungjawab di atas perkara 
yang  ia  tidak  lakukan  dan  tidak  masuk  akal juga untuk Pemuda 
UMNO meminta maaf bagi sesuatu yang ia tidak lakukan. Flip flop? 
Hmm takkan sampai nak kena lukis gambar rajah baru nak faham? :)

Agaknya pembangkang ni memang cepat perasan kot? Nak tau cerita, 


Tuesday, 28 August 2012

Jangan Taksub la.....


AWAS!! JANGAN TAKSUB PADA PAS HUUUHUUU




Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun. 

Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS. 


Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu. 

Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS. 

Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga. 

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud. 

Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama. 

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya. 

Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. 



KUALA LUMPUR 30 Julai - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan baha
wa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA

Sunday, 26 August 2012

Kalau Bekas Naib Pengerusi DAP dah kuar statement ni, takkan la Melayu masih tak sedar lagi kot?


Guan Eng miliki keangkuhan luar biasa

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri.

Kata Tunku Abdul Aziz, beliau juga tidak percaya rakyat sanggup menganggap Guan Eng seperti 'tokong' melainkan di kalangan penyokong fanatik beliau sahaja.

"Ketika pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk bercakap dengan saya.

'Beliau merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga terpaksa menggunakan 'budak suruhan'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menafikan menggunakan perkataan 'sombong dan angkuh' terhadap Guan Eng.

Nukilan Merdeka


SETIAP kali menjelang Ogos... 
Rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu
 padu.

Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan.

Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu.

Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya.

Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai.

Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara.

Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah negara.

Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.

Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.

Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu.

Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah dipertikaikan lagi.

Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara.

Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan.

Sebagai contoh, Pendeta Za'ba ialah pejuang kemerdekaan yang telah berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: " Saya telah diminta memimpin orang Melayu yang ketika itu tidak ada pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu, tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu."

Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara.

Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara.

Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu.

Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan di sekolah.