Monday, 22 October 2012
ADOIYAI.....
Puak-puak Pakatan kata, pompuan yang selak baju semasa penguatkuasa MPPP
nak rampas perniagaan dia di Penang semalam tu terpengaruh dengan
perangai Sharizat..
YE KE KAK ZAH? BOLEH PERCAYA KE?
Selepas Bebas Dari Penjara 2004 Saya Mula Kesan Perubahan Anwar Pasal Perjuangan Islam....
Saya mula mengesan perubahan pola pemikiran Anwar bercakap dengan media
asing di Munich, sejurus selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh
pada September 2004.
Satu rakaman wawancara Anwar dengan Evan Williams dari Foreign
Correspondent pada 14 September 2004 di Munich membuktikan perubahan
pola pemikiran itu.
Dalam wawancara itu Anwar berkata usaha membendung keganasan dalam
Islam hanya dapat dibendung melalui penyertaan bersama dengan kumpulan
Islam yang kredibel.
“Bagaimana anda berhadapan dengan isu keganasan, pelampau dan
fanatik, sekiranya anda tidak terlibat dengan kumpulan Islam yang boleh
dipercayai ?,”kata Anwar.
Kata-kata Anwar itu menimbulkan mula mencetus keraguan apakah
penyertaannya dalam PKPIM, ABIM dan sekarang ini berasimilasi dengan PAS
bukan berasaskan keikhlasan kepercayaan, tetapi berasaskan matlamat
tertentu yang senada dengan polisi Barat.
Ketika Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat (AS, perkembangan
tentangnya jarang diperkatakan di Malaysia), kecuali di kalangan
pengikut-pengikut setianya dari PKR.
Sekitar tahun 2005, saya menjumpai satu rakaman video ucapan Anwar di New York Democracy Forum anjuran National Endowment for Democracy (NED) yang dipaparkan di laman PUM (Persatuan Ulama Malaysia).
Saya tidak pasti kenapakah PUM berminat dan memaparkan kepada ahli-ahlinya ucapan Anwar yang bertajuk “TThe Future of Muslim Democracy” itu.
Friday, 19 October 2012
HE HE HE... APA DAH JADI?
DAP mahu pujuk Bah Tony...Semakin Jauhhhh Meninggalkan DAP...
IPOH 18 Okt. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini
mengesahkan menerima surat keluar parti daripada bekas Presiden
Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Amani William-Hunt Abdullah
yang lebih dikenali sebagai Bah Tony.Menurut Koo Ham, Bah Tony sudah
menyuarakan hasrat untuk meninggalkan parti itu sejak beberapa bulan
lalu sebelum menghantar surat keluar parti secara rasmi 11 hari
lalu.Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih cuba berunding supaya Bah
Tony menarik balik keputusannya itu.
“Selepas beliau serah surat itu pun, saya ada berbincang dengannya. Bah
Tony juga ada berjumpa dan beritahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa
beliau tiada apa-apa pergaduhan dengan saya atau parti. Beliau keluar
atas sebab-sebab peribadi.Kita masih memujuk dan memohon supaya beliau
mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti. Kita sedang menunggu
keputusan beliau. Walau apa pun keputusan beliau, kita akan terus
bekerjasama,"
BETUL KE APA YANG AKU DENGAR NI???
Kerana Krisis DAP, Bah Tony Keluar Parti
2 Jun 2011, Bah Tony@Amani William-Hunt Abullah, seorang peguam terkenal Orang Asli menyertai DAP. DAP Perak berjaya meyakini Bah Tony bahawa DAP adalah landasan yang terbaik baginya untuk menyuarakan isu-isu Orang Asli. Kemasukan Bah Tony kedalam DAP telah mendapat liputan akhbar-akhbar arus perdana seperti The Star dan NST.
Walaubagaimanapun, Bah Tony hanya mampu bertahan selama 16 bulan
dalam DAP. Minggu lepas, Bah Tony telah menyerahkan surat perletakan
jawatan dan keluar dari DAP.
Apakah yang menyebabkan Tony keluar DAP?
Setakat ini, pelbagai spekulasi telah dibuat tetapi apa yang jelas,
keluarnya Tony dari DAP menunjukkan kelemahan dan kegagalan Pengerusi
DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Ngeh memrintah DAP Perak secara kukubesi dan
tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Tapi apakah itu saja alasan
Tony untuk keluar.
Beberapa hari lepas, Bah Tony bersama-sama dengan peguam Augustine
Anthony telah berjaya dalam kes mereka yang melibatkan empat orang asal
yang dituduh membunuh seekor harimau. Berita mengenainya boleh dibaca
di sini dan sini.
Kes membunuh harimau ini menjadi tumpuan bukan saja media tempatan,
malah telah menarik minat media luar negara. Secara tiba-tiba, Bah Tony
dan Augustine menjadi selebriti dikalangan Orang Asal. Satu kenduri
besar-besaran akan diadakan pada 27 Oktober ini di Bidor bagi meraikan
kejayaan ini.
Ketika kes ini mula-mula didengar dua tahun lalu, empat orang Asal
ini sudah hampir-hampir mengaku bersalah. Bukan kerana mereka membunuh
harimau tersebut…tetapi kerana mereka tidak mampu membayar peguam untuk
membela mereka. Augustine Anthony kemudiannya tampil membela
keempat-empat tertuduh secara percuma dengan dibantu oleh Bah Tony.
DAP Perak telah menggunakan kelebihan dan keistimewaan Bah Tony untuk
dijadikan sebagai Calon DAP dalam PRU akan datang. Tetapi mengapa dalam
keadaan yang genting ini…dan dikala populariti Tony sedang melonjak,
tiba-tiba Bah Tony bertindak keluar dari DAP?
Bah Tony bukan ahli politik licik macam Ngeh dan Nga. Dia hanya ada
sebuah kereta Kancil. Seorang peguam dan bekas Eksekutif bank hanya
pakai kereta Kancil..bukan macam Ngeh dan Nga yang bukan saja mendapat
ribuan ringgit dari elaun Wakil Rakyat malah mendapat elaun Pengarah
beberapa buah syarikat. Tony lebih dikenali sebagai aktivis masyarakat
berbanding ahli politik. Tony juga merupakan penggerak BERSIH 3.0 yang
diadakan di Ipoh April lalu.
Tony juga tidak memerlukan publisiti apabila keluar dari DAP macam
Tunku Aziz. Dia tak buat sidang media untuk mengumumkan kepada rakyat
apa yang dia tak puashati. Dia tak kutuk DAP bila keluar..tak macam
Hasan Ali atau Zulkifli Nordin. Dia ada prinsipnya sendiri.
Tapi sebaliknya, Ngeh pula yang kelamkabut untuk memburukkan Tony.
Macam-macam arahan dan kenyataan dibuat oleh Ngeh memburukkan Tony.
Pasai apa Ngeh teruk sangat macam tu? Mengapa Ngeh seolah-olah suka
bila Tony keluar. Dan bila Tony keluar DAP..Ngeh pulak membuat pelbagai
fitnah untuk menghancurkan kredibiliti Tony?
Macam-macam soalan yang aku tanya. Dan aku tau hanya segelintir saja yang tau apa rahsia disebalik keluarnya Tony dari DAP.
Perhatikan gambar diluar mahkamah itu dan itu boleh menjadi petunjuk
tentang mengapa Ngeh begitu panas hati dengan Tony. Ada banyak cerita
disebalik gambar tersebut dan ada banyak skandal dalam DAP Perak yang
cuba ditutup leh Ngeh.
Lepas ni….kita dengar pula Skandal Ngeh Koo Ham. Apakah Tony keluar
DAP ini ada kaitan dengan syarikat perladangan yang dimiliki oleh Ngeh
dan isterinya seperti dibawah. Woww!! DAP Perak semakin panas!!
Thursday, 18 October 2012
APA???
PENGESAHAN HALAL PADA DAGING BABI ?!! PAS MAKIN KEMARUK KUASA !!!
PAS sememangnya parti
yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan
bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru.
Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagaikan iklan.
Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan mereka.
Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan.
Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.
Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.
Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan.
PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.
Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.
Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.
Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.
Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.
Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.
Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.
Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.
Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal.
Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri.
Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian ???
Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan ???
Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.
Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011.
Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.

TUN PECAH RAHSIA ANWAR LG. HABIS LA ANWAR KALI NI..
Tun M dedah lagi perilaku moral rendah Anwar
Menurut Dr Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana
Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai
pemimpin."
"Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini
tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri). Dia harus disingkirkan.
"Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju
Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.“
Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi
pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Dr Mahathir, rakyat tidak nampak masalah moral Anwar
kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan
kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.“Sebaliknya dia
menyalahkan orang lain pula,” katanya.
BURUKNYA PERANGAI.. TAK PADAN DENGAN TUA..
18SX: KUATNYA NAFSU SITUA SORANG NI.....
Hai... Tengah Buat Apa Tu Pak Sheikh???
Hakikatnya,
semua lelaki memang lemah dalam mengawal nafsunya. Tapi hanya lelaki
ini sahaja yang agak keterlaluan dalam kehendak untuk memenuhi nafsu
dia.
Orang lain
pun ada jugak nafsu macam dia ni. Tapi tak de la sampai nak ditunjukkan
kepada semua orang. Lepas tu, dah buat, tak nak mengaku pulak.
Banyak pulak alasan yang dia bagi semata - mata untuk mengelakkan diri dari tuduhan GAGAL memangawal nafsunya itu.
Soalnya,
kenapa dia tak nak ambik tindakan terhadap pendedahan yang dibuat demi
menjaga maruah diri dan keluarga? Oh ye. Lupa pulak. Nafsu dia terlalu
besar untuk ambik peduli dengan semua tu. Jadi, tak heran la kalau dia
bangga tayang nafsu dia pada orang!!!
PETALING
JAYA: Parti-parti dalam Pakatan Rakyat saling memperkudakan satu sama
lain, kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra
Muzaffar.
Malah,
matlmat parti-parti berkenaan hanya untuk berkuasa dan menuju ke
Putrajaya, justeru untuk mencapainya, PAS, PKR dan DAP sanggup
menghalalkan segala-galanya, menurut Dr Chandra.
"Mereka (PAS dan DAP) memperkudakan beliau (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Anwar
pula, bagi beliau, beliau memperkudakan dua-dua parti (itu). Memang ini
permainan kudalah, dia kudakan pihak ini, pihak lain pula kudakan dia.
Inilah mereka punya hubungan," katanya ketika diwawancara secara
eksklusif olehAntarapos di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Menurut
Dr Chandra yang juga Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan
(JUST), pemimpin-pemimpin Pakatan tidak mempedulikan kelemahan peribadi
Anwar demi cita-cita menawan Putrajaya.
"PAS,
DAP tidak ada matlamat lain bagi mereka, mereka nak berkuasa. Dan
mereka dah tahu selepas pilhan raya (umum) 2008, Anwar adalah pemimpin
yang boleh membantu mereka dalam proses ini," kata beliau lagi.
Bagi
Dr Chandra yang berjuang bersama-sama Anwar, khususnya dalam isu-isu
hak manusia ketika beliau menerajui ALIRAN, manakala Anwar pula
mengetuai ABIM berkata, kelemahan utama Ketua Umum PKR itu adalah nafsu
kuasanya.
"Anwar
merupakan manusia yang banyak kelemahan. Bagi saya kelemahan Anwar...
saya menganggap sebagai kelemahan utama yang meruntuhkan beliau adalah
nafsu kuasa.
"Memang ini kelemahan utama beliau, beliau mahu mencapai kuasa ini. Itu impian beliau untuk menjadi perdana menteri," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)