Thursday 18 October 2012

APA???

PENGESAHAN HALAL PADA DAGING BABI ?!! PAS MAKIN KEMARUK KUASA !!!


PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru.  

Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagaikan iklan.  

Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan mereka.

Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan.  

Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.  

Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang. 

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan.  

PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.  

Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.  

Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka. 

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.

Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.  

Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010. 

Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.  

Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.  

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal.  

Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri. 

Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian ???  

Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan ???  

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.  

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. 

Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan. 

 

 

No comments:

Post a Comment