Sunday, 7 October 2012

Tu la dia kalau dah tak laku...

Artis ni ada hati nak bersihkan Pilihanraya Malaysia...




Penyanyi dan pemuzik, Ito yang terkenal dengan kumpulannya Blues menyeru golongan artis untuk menyokong konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 13 Oktober akan datang.

Ito atau nama sebenarnya Ito Mohd menegaskan bahawa beliau sememangnya menyokong lapan tuntutan Bersih kearah pilihan raya bebas dan adil dan menyeru lebih ramai artis mengambil bahagian menyokong agenda Bersih.

“Kenapa ramai artis tidak kehadapan? “Sepatutnya benda-benda macam ini, lebih ramai artis kehadapan. “Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini,” kata beliau dalam sidang media Bersih.

Menurut Ito lagi, tidak salah untuk beliau bersama konsert anjuran Bersih kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini beliau telah terlibat dengan konsert anjuran kerajaan.

“Saya orang Malaysia, Peminat saya semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja parti politik,” katanya lagi.

Selain Ito, kumpulan Republic of Brickfields, Nik Bin Jidan, Ray Cheong dan Julian Mokhtar akan turut memeriahkan konsert anjuran Bersih bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenuhi lapan tuntutan badan bukan kerajaan tersebut.

Menurut Maria Chin Abdullah, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut, Bersih menganjurkan konsert ini untuk menarik lebih ramai anak muda dan golongan seniman serta artis untuk bersama menyokong tuntutan agar pilihan raya dilaksanakan secara bebas dan adil. 

No comments:

Post a Comment