Monday, 8 October 2012

Gitu citenye....


Kenapa Wan Azizah TAK Sudi Cium Tangan Anwar...? Cukup Hanya Tunduk Hormat...



Bajet Alternatif Pembangkang yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim di Bilik Taklimat di Parlimen Rabu lalu terus mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Ini termasuk ahli politik, para penganalisis ekonomi dan kewangan serta pakar dalam bidang pendidikan dan sosial.

Kebanyakan kritikan tertumpu kepada betapa tidak praktikalnya pandangan pembangkang kononnya untuk mengemukakan model pengurusan ekonomi dan kewangan yang  "lebih baik" daripada Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat lalu.

Jika bajet pembangkang dilaksanakan kemungkinan besar negara akan berhadapan dengan risiko bankrap kata penganalisis ekonomi.

Ini kerana cadangan seperti penurunan harga kereta dan harga petrol hanya akan melemahkan fondasi ekonomi negara disebabkan kegagalan pembangkang memberi butiran bagaimana mereka mahu mengimplemensi rancangan tersebut.

Ada mungkin juga ini adalah sekadar retorik kosong pembangkang yang hanya berminat untuk menjadi popular dan meraih undi ketika negara di ambang pilihan raya umum.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang menerangkan secara terperinci dasar atau program ekonomi yang hendak dilaksanakan kerana ia sudah tentunya akan membabitkan dana awam.

Jadi rakyat perlu tahu bagaimana wang mereka akan digunakan sebaiknya untuk mendapatkan pulangan dan kesan berganda yang lebih berkesan.

Pembangkang pula nampaknya hanya melepaskan batuk ditangga dengan menggariskan secara kasar cadangan-cadangan berbentuk populis dan gimik politik semata-mats tanpa input pemikiran yang menjurus kepada pembangunan ekonomi negara dalam erti kata sebenar.

Juga cadangan memansuhkan PTPTN lebih berbaur politik peti undi daripada benar-benar bersifat kepentingan bagi golongan pelajar.

Memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma pada peringkat kolej dan universiti akan mematikan semangat kompetitif di kalangan pelajar.

Umpamanya pelajar cemerlang tidak akan merasa perlu untuk membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam bidang yang dipelajari kerana pelajar mundur dan malas juga mendapat kemudahan yang sama.

Cadangan pembangkang hanya akan mamou mewujudkan satu generasi siswa yang malas berfikir, jumud pemikiran serta kosong semangat juang di dalam jiwa mereka.

Seperti kata komen mengenai perkara ini, universiti hanya akan mengeluarkan ribuan graduan saban tahun yang berkualiti 'mediocre' ataupun cukup makan.

Akibat daripada itu pasaran pekerjaan akan terjejas teruk kerana para majikan tidak lagi mampu mendapatkan tenaga profesional yang benar-benar mahir dan berkaliber.

Akan berlaku keadaan di mana graduan tidak laku di pasaran pekerjaan tempatan dan ini memaksa sektor swasta mencari kemahiran yang diperlukan dari negara luar demi memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Lebih penting daripada itu, bajet yang diwar-warkan oleh pembangkang tidak memenuhi satu kriteria yang amat penting dalam mana-mana belanjawan sesuatu negara iaitu bagaimana bajet itu mahu mendapatkan sumber kewangan bagi menampung segala yang dicadangakan.

Secara logiknya, jika bercita-cita mahu membeli kereta mewah atau membina rumah idaman, kenalah difikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang.

Jika tidak segala impian hanya tinggal angan-angan Mat Jenin sahaja.

Ketua Pembangkang gemar menggunakan analogi pendapatan besar Petronas setiap tahun untuk menjual ide 'penstrukturan semula' ekonomi yang dibawanya.

Cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak nampak mulus tetapi jika dikaji dengan teliti ia sebenarnya bercanggah dengan pendiriannya.

Dalam ceramahnya Anwar sering mengkritik kerajaan kerana didakwa menggunakan wang Petronas untuk memberi subsidi harga pasaran tempatan minyak petrol dan diesel.

Beliau gagal melihat ironi cadangan penurunan harga minyak dan bahanapi kerana tindakan itu juga akan akhirnya mengakibatkan penggunaan dana Petronas.

Jika harga petrol dan diesel diturunkan hanya kerana pembangkang mahu menjadi popular di mata rakyat, jumlah perbezaan harga dengan harga pasaran dunia dan mekanisme penetapan harga oleh Petronas akan terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Di mana kerajaan akan mencari sumber kewangan untuk menampung kos pengurangan harga minyak jika tidak mengetuk pintu Petronas juga atau mengorbankan rizab tunai negara?

Jadi rakyat kena berfikir secara matang dan rasional untuk mengelak terperangkap dalam permainan psikologi pembangkang.

Seperti kata Perdana Menteri, pembangkang boleh berjanji bulan, bintang dan apa sahaja asalkan rakyat boleh diperdaya untuk menang Pilihanraya.

No comments:

Post a Comment