JADI KE NAK MENIPU NI..???
Pembohongan yang di balas Allah SWT dengan segera. Tetapi pembangkang
akan terus menipu sebab ramai lagi rakyat malaysia yang bodoh...
LOW CLASS : MENIPU RAKYAT UNTUK DAPAT UNDI.
Siap menari Oppa Gangnam Style lg..
Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1
SUARAM,
sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis
dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal
selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali
juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka
dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan
penipuan mereka.
Mungkin
kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a
pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan
dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.
Namun,
dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves
Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai
pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah
perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik
noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.
Charpenel
juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang
berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak
awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM. Ini kerana mengikut
undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat
sewajarnya secara tertutup dan rahsia.
Walaubagaimanapun,
hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat
merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan
negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan
Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.
Oleh
itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan
sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina
serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya
sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para
pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.
SUARAM
seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia
dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa
kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu
lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.
Selaras
dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan
sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk
Malaysia dan juga Perancis. Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan
diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.
Dalam
usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan
yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat
siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan
pula oleh mereka kepada umum. SUARAM juga memberi gambaran yang polis
Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke
negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.
Dan
kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang
semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke
penghujung. Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah
berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi
keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing. Kedatangan
Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit,
sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.
Secara
langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM
menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya
memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya
sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi
kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi
berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.
No comments:
Post a Comment