ANWAR IKON GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA?????
Telah menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia
bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-wilayah lain di
dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan
atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau
Tuhan, Emas dan Keagungan.
Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque
apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada
kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.
Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di
Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau
terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi
penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa
Inggeris.
Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque
tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan
penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama
Islam, samada secara halus atau paksaan.
Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi
diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa
Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis
DAP.
Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada
dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi
bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.
Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah
Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung
oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20,
maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan
oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.
Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli
Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di
Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar
DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.
Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama
meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut
merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United
Kingdom dan Afrika Selatan.
Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka
mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara
Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang
yang beragama Nasrani.
Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah
kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi
satu realiti.
Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.
Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari
Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman
beliau.
Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP
nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka
mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada
PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.
Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian
mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama
Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar
Ibrahim.
Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke
seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut
Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam
bahasa Melayu.
Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang,
anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony
Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan
ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang
berpihak kepada mereka.
Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang
lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan
Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.
Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama
menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat
menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang
walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen
berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.
Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon
Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini
jika dibenarkan berkuasa.
PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada
Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh
pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang
menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.
Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.
Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat,
biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh
pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian
yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.
Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah
terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan
parti 2012.
Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.
Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP
yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi
Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment