WAJIB BACA! Syiah Bukan Daripada Islam : Cara Mudah Mengenal Syiah
SEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa
syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Syiah adalah agama
yang telah masyhur sikap mereka yang suka berdusta di atas nama Nabi SAW
untuk menyebarkan ajaran mereka ini. Bahkan mereka mendakwa bahawa
malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad
sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.
Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi dari San'a,
Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan
berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan
dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah
sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.
Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat
fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama
seperti beriktikad bahawa para sahabat Nabi semuanya telah murtad
setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad
bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang
sahaja yang tidak murtad. Bahkan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai
Khalifah Islam turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga
mengatakan Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur.
Hal inilah yang diajarkan Syiah kepada pengikutnya.
Ulama Syiah juga menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat
ini diharamkan oleh Nabi SAW kepada kita dan mereka beriktikad (beriman)
bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.
Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah
al-Kulaini, Saad bin Abdullah al-Qummi, An-Naubakhti, Abdullah an-Nasyi
al-Akbar, Abdullah al-Mamaqani, Muhammad Husin al-Zain, dan yang terkini
seperti Khomeini, Ali Khamenei, Hasan Nasrullah dan Yasser al-Habib.
Di kalangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Imam Hanafi, Maliki,
Syafie dan Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi
dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang
berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai Syiah
Rafidhah. Seperti perkataan Imam Syafie, "Aku belum tahu ada yang
melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu". (mizanul I'tidal
2/27-28, Karya Imam az-Zahabi).
Mereka dikafirkan bukan kerana berbeza dengan Ahli Sunnah dalam hal
fiqh(furu') tetapi mereka berbeza dengan kita dalam hal usul aqidah.
Antara lain lain dakwaan mereka bahawa al-Quran yang ada di sisi kita
(Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan
manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai
"mushaf Fatimah" di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran
kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu
Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.
Mereka mendustakan al-Quran yang ada di sisi kita kerana mereka
beriman bahawa para periwayat-periwayat hadis di kalangan sahabat Nabi
seperti Abu Hurairah dan Amru bin Ash sebagai pembohong dan pendusta
lagi kafir, mereka hanya beriman dengan periwayat hadis di kalangan
pengikut mereka sahaja dan Kitab Usul al-Kaafi ini adalah antara rujukan
terbesar golongan Syiah dalam mengatakan bahawa yang benar wahyu Allah
adalah apa yang terkandung dalam 'mushaf Fatimah'.
Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan
penganutnya ialah Taqiyah (Hipokritikal) dan Mutah. Taqiyah bermaksud
satu ucapan atau perbuatan yang anda lakukan tidak sesuai dengan
keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk
menjaga kehormatan anda.
Mesejnya apabila berhadapan dengan ahli Sunnah maka perlu
berpura-pura seperti berakidah dengan ahli sunnah supaya dapat
berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka
akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.
Seperti kata al-Kulaini dalam kitabnya " Jagalah Agama Kalian(Syiah),
tutupilah dengan Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia
bertaqiyah". Hal ini menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini
adalah tanda-tanda orang yang beriman. Nauzubillah.
Sementara itu, Mut'ah pula adalah penzinaan yang diberikan nama nikah
bagi mengaburi masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mut'ah adalah
pernikahan kontrak tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau
beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran.
Pernikahan ini di sisi Islam adalah haram dan berdosa besar manakala
di sisi Syiah ia adalah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir
daripada mut'ah adalah anak yang paling mulia. Bahkan agama Syiah ini
tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang nak di Mut'ah kan
dihalalkan walaupun dengan 1,000 orang dan walaupun ia isteri
seseorang. Penzinaan Mut'ah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang
terpengaruh dengan agama Syiah ini kerana dalam agama Syiah ini ada
kelazatan zina yang telah di'agama'kan dengan diberikan nama nikah
Mut'ah .
Syiah juga terkenal dengan amalan perayaan dan ritual mereka yang
bid'ah lagi sesat seperti merayakan hari Asyura 10 Muharam dengan
mengingati hari terbunuhnya Saidina Husin cucu Rasulullah SAW dengan
mencederakan diri dengan menumbuk dada, menampar pipi dan memukul-mukul
belakang badan sehingga berdarah sebagai lambang ketaatan mereka pada
agama mereka.
Pada hari ini juga mereka memakai pakaian hitam dan berdemonstrasi di
jalanan tanda berkabung dengan kesedihan atas terbunuhnya Saidina Husin
dengan menyebut ya husin! Ya Husin!. Sedangkan kita mengetahui bahawa
mencederakan diri dan meratap ini adalah amalan yang dilarang oleh Allah
dan RasulNya.
Seperti kata Nabi SAW yang bermaksud; "Tidak termasuk golongan
kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak pakaian dan berteriak
seperti teriakan jahiliyah kerana meratapi". (hadis Riwayat al-Bukhari)
Mereka juga merayakan 9 Rabiul Awwal sebagai mengingati hari kematian
saidina Umar RA. pada hari ini mereka bergembira dengan nyanyian dan
tarian bagi mengingati hari terbunuhnya Saidina Umar yang ditikam oleh
seorang Majusi yang bernama Abu Lu'luah. Ketika merayakan hari ini
mereka menyebut laknat si Umar! Dan memuja si kafir Abu lu'luah yang
menikam Umar R.A.
Untuk kita menangkis tohmahan dan ajaran Syiah ini daripada tersebar
ada beberapa cara seperti bantah mereka dengan menegakkan hujah secara
ilmiah dengan membongkar segala pembohongan dan kepalsuan yang ada pada
kita-kitab rujukan Syiah disampingkan kita bentangkan pandangan ulama
Ahli Sunnah wal Jamaah di kalangan Imam empat mazhab yang sepakat
mengatakan syiah bukan dari Islam.
Dan tindakan yang kedua adalah menggunakan kuasa undang-undang bagi
mengambil tindakan kepada sesiapa yang menyebarkan ajaran Syiah dalam
negara ini.
Apa yang menggusarkan kita pada hari ini ialah Syiah kian menular
dalam negara kita melalui gerakan parti politik yang berbunyi 'Islam'
dan mereka selesa berada dalam parti ini kerana terdapat di kalangan
pemimpin parti ini cenderung dan mengamalkan ajaran Syiah tersebut.
AHMAD TAJUDDIN IDRIS AL-MANHAJI ialah Ketua Biro Sekretariat Ilmuwan Malaysia (iLMU).
No comments:
Post a Comment